Wednesday 8 January 2014

#TIPS : mengatasi masalah sembelit di kalangan infant

Assalamualaikum 
8 Januari 2014
bersiaran untuk update kejadian semalam
semoga ada panduan dan tips berguna kepada semua
tips : mengatasi masalah sembelit di kalangan infant
 NOTA : ini adalah pengalaman peribadi
since we feed Muhammad Thaqyf with formula milk besides the solid foods, he always had a problem of digestion or constipation

kesian sangat tengok keadaan dia
nak bercakap, tak pandai
nak mencangkung, tak reti
sudahnya meneran sampai merah padam muka
menangis sampai serak2 suara
luluh hati mommy dan daddy

sebelum tu kami bagi susu Enfalac A+ (6-18 bulan)
pastu since NY, Enfagrow (1-3 tahun)
pastu 6 Januari 2014, Anmum Essential (1-3 tahun)
tapi Isnin malam selasa tu memang teruk sangat tengok keadaan dia

6 Jan 2014 around 7pm


Selepas keletihan 7 Jan 2014 12:16am


lega selepas 1st round 7 Jan 2014 around 4pm

2nd round 7 Jan 2014 5:00 pm



Alhamdulillah..ceria 7 Jan 2014 around 8pm

(peringatan : gambar2 ni koleksi peribadi. diupload dalm entry ini sekadar untuk perkongsian sahaja. dilarang save picture. please be ethical. TIA)
sudahnya semalam kami bawa Thaqyf ke KK Presint 11
doktor sendiri tengok macamana Thaqyf meneran dan menangis
so, doctor decided to gave him enema ravin in 1ml
he said, immediate effect
kami berdoa semoga semuanya berjalan lancar
Alhamdulillah, lepas masuk 1ml tu, Thaqyf terus poopoo
jangan cakaplah macamana dia menangis
teruk
sedu
sedih
sayu
pastu, sementara aku uruskan monthly check-up
Thaqyf stay dengan daddy sambil tgk Upin Ipin
he looks better tapi tak nak duduk
geli agaknya
hehehe
siap semuanya
kami balik rumah
aku siapkan susu suam
siapkan air mandi suam
lepas mandi, pakai pampers, masuk buai
terus tidur
susu pun tak sempat habis
Thaqyf tidur daripada sebelum jam 1petang sampai 4petang
lena
tak menguit langsung
letih barangkali
sudahnya aku EL semalam
meneman Thaqyf di rumah
tak sampai hati nak hantar ke nursery
around 5pm, Thaqyf meneran lagi
sakit sangat menengoknya
seperti pagi tadi ketika di klinik
tapi kali ni hasilnya lebih banyak dan lebih lasyemmmmm baunya
hehehehe
macam geli tapi mommy lega
at least, apa yang dok bersarang dalam usus anak sebelumni, dah dinyah keluar
3penumbuk org dewasa keluar
mau tak lega
malamnya masa dinner di Padi House
bukan main ceria bergelak ketawa
seronok ke sana ke mari
apa lagi yang mommy mahu di hari lahir
senyuman si anak sudah cukup membahagiakan
rupa2nya masalah sembelit di kalangan infant ni memang biasa berlaku especially bagi anak2 yang tidak menyusu ibu
iye, aku akui
buat aku lebih tekad untuk fully bf baby kami yang bakal lahir nanti
InsyaAllah
aku ada search info tentang sembelit di kalangan bayi
so, aku kongsikan untuk panduan kita semua
aku dah numbering tips yang boleh kita amalkan bagi memudahkan pembacaan
(^__^)
SOALAN:
SAYA mempunyai anak berumur 6 bulan. Semenjak saya memberikannya makanan (bubur) anak saya sering sembelit malah sehinggakan ada darah pada najisnya. Anak saya juga tidak berapa suka minum air masak. Ada ketikanya anak saya menangis ketika membuang air besar walaupun saya sudah campurkan buburnya dengan sayur dan sedikit buah. Mengapa anak saya tetap sembelit? Apa yang harus saya lakukan untuk mengatasinya? Kalau boleh saya tidak mahu memberikan ubat kepada anak saya setiap kali dia membuang air besar. Adakah susu formula baik untuk sembelit?
n Ibu muda, Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
DicegahPerkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.

Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.

Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

LangkahAnda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti :

i) mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh.
 --> aku buat macam senaman bila Thaqyf menangis nak poopoo.. dia nampak lega sikit maybe sebab kita belai dia. berkesan ke tak, tetap kena cuba.

ii) Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit
-->  aku selalu letak barang mainan dia especially balls dan blocks kat bawah coffee table pastu acah2 minta dia ambil..nanti dia akan crawl dan menyusup bawah meja untuk ambil.berkesan ke tak, tetap kena cuba.

iii) perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit 
--> ini tips yang paling kerap aku amalkan. aku akan sapu minyak yuyi kat perut, betis dan pinggang Thaqyf sambil berdoa semoga lembut najis dia dan mudah untuk dia poopoo. berkesan ke tak, tetap kena cuba.

iv) selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu. 
--> daripada pembacaan aku, kalau anak sembelit, bagi buah yang mula hurif P in english macam papaya, prune, pitaya. aku bagi Thaqyf makan betik. Alhamdulillah, dia pun ok..poopoo tapi masih xlega.berkesan ke tak, tetap kena cuba. 


v) Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. 
--> fruits and vege adalah diet harian wajib untuk Thaqyf selain daripada nasi bubur dan sup (kadang2). berkesan ke tak, tetap kena cuba.   

vi) Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
--> lately Thaqyf liat betul nak bagi minum air masak. sampai kena trick. kejap2 bg minum guna cawan, pastu tukar gelas, pasti sippy cup..nanti2 tukar dalm botol straw dia. tetapla xputus asa. cuma lepasni kena lebih bertegas. kalau payah sangat, kena guna syringe la jawabnya. berkesan ke tak, tetap kena cuba.   


 
vii) Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
--> seingat aku dah 2kali kami merujuk kepada doktor tentang keadaan Thaqyf ni. 1st time jumpa, doktor prescribed Lactulose 2.5ml. aku bagi Thaqyf sekali tapi tak berkesan. tapi tadi officemate aku, Syed bagitau, campurkan lactulose tu dalam susu dia sebelum tidur malam. berfungsi untuk bantu lembutkan najis dan bagi anak poopoo tak hazab sangatla. 2nd time jumpa doktor semalam, doktor on enema ravin 1ml pada Thaqyf..memang immediate effect and kaw2 punya keluar. tapi kena kuat hati tengok dia nangis masa najis tu nak keluar. Doktor pun bag lactulose juga semalam. cuma doktor pesan, kalau masalah sembelit ni nampak berpanjangan, rujuk ke Hospital Putrajaya, bimbang ada masalah usus. aku doa semoga takde masalah serious. harapnya sembelit biasa je la due to his diet.

Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

8 comments:

  1. Tip yg bagus! Tapi susah nak guna tip ni utk jangka lama kerana skrg ni kita sebagai ibubapa bukannya ade byk masa nak jaga anak2 semua. Sy skrg gunakan Mamil Dumex utk bby sy sebab member recommend utk guna buat jangka masa lama utk mengelakkan masalah sembelit kanak-kanak. Buat masa ni sy sudah guna setengah tahun dan mmg berkesan..

    ReplyDelete
  2. mamil tu okay tp jgn sesekali beli susu formula yg murah
    pernah ke dgr scandal di china bila susu formula Fontera dicemari byk baby jatuh sakit mmg bahaya klao gune susu murah
    tp ape yg saya paham sebab kanak2 sembelit adlh kerana byk minum susu formula dn kurang minum air barulah kanak2 sembelit

    ReplyDelete
  3. mmg betul kut... aq pun sedih... masa kanak kanak sembelit... tahan tak mahu berak... sedih!!!!ADUH!!

    ReplyDelete
  4. Betul jugak sbb anak saya ada masalah sembelit sejak kecil lagi.. Jiran bagitau saya suruh saya pergi beli Mamil sbb ada Prebiotic dan DHA yg banyak untuk membantu kanak2 dlm masalah sembelit dan cuba selama 7 hari. betul2 berkesan.. anak gembira saya pun legalah sikit.

    ReplyDelete
  5. Kalao kalian nak cuba petua lain pon blh. Sebenarnya bukan saja tepung susu formula yg blh rawat dan cegah masalah sembelit, lebih air utk bby kalian pon blh. Mcm saya selalu kasi jus buah buahan utk bby saya untuk melancarkan pergerakan usus dan jugak cuba mengurangkan makanan keras sbb bby nanti akan susah nak hadam.

    ReplyDelete
  6. Wife I sudah cuba Mamil, kata dia senang nak rawati masalah sembelit tu tapi kalo nak utk jangka masa lama, baik guna petua mcm bagi lebih air utk bby minum supaya senang nak buang air besar.

    ReplyDelete