Thursday, 2 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum


Ahlan wasahlan 2014
syukran jazilan 2013

banyak sangat kenangan sepanjang tahun lepas
 semuanya aku terima dengan sebaik mungkin

perkahwinan
Alhamdulillah, apa jua dugaan dan cabaran, kami suami siteri tanganinya sama2
sedari dulu kami memang xpernah share masalah kami pada orang
masalah ni selalunya ttg kewangan, masa etc
bukan ttg masalah kami
Alhamdulillah
3tahun melayari kehidupan berumahtangga, kami sentiasa mengingati diri sendiri dan masing2 akan tjawab
apatah lagi dengan hadirnya Thaqyf dan insyaAllah anak kedua Jun 2014 nanti
takat gaduh2 manja pasal benda2 kecil tu biasalah ehhehe
aku jenis suka mengusik suami
suka tanya dia benda yang sama byk2 kali
"b nak minum tak?"
ni soalan paling dia pantang
hahahaha
kelakar kan..

anak
Alhamdulillah
biar sedikit terduga, namun bahagia tetap dikurnia
selepas 11 bulan berkahwin, aku disahkan hamil
sepanjang proses tersebut kami lalui dengan penuh kegembiraan
lahirnya Muhammad Thaqyf apda 27 Julai 2012 sudah cukup menyempurnakan hidup kami
dapat ku rasakan bahagia itu disegenap urat nadiku

dan awal oktober 2013, sekali lagi, aku disahkan hamil anak kedua
biar sedikit terkejut namun berita baik ini kami terima dengan penuh kesyukuran
insyaAllah, buah cinta kedua ini akan lahir pada Jun 2014
semoga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat hendaknya
Ameen

kerjaya
memulakan tugas sebagai PTD pada 24 Mac 2008
banyak yang aku lalui
hampir enam tahun dalam perkhidmatan awam, apa yang boleh aku simpulkan
ia cukup mematangkan aku
tak perlu emosi mengiringi tugas hakiki
belajar dan terus belajar
bina hubungan interpersonal skill
Julai 2013 rezeki Allah buat kami sekeluarga
memangku M44 biarpun daripada segi kewangan tak memberi impak namun daripada sudut exposures and responsibilities are priceless
seronok apatah lagi mulai oktober 2013 aku ditugaskan ke bahagian baru
semoga terus sukses dalam kerjaya
begitu jua buat suami dan adik-beradikku

yang lain2, aku simpulkan bahawa 2013 sarat dengan pelbagai tjawab
usia meningkat seiiring dengan tjawab

buat 2014, semoga lebih sukses dan positif
i would send more loves and positive vibes to all
insyaAllah

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014
tahun penjimatan buat aku
heeeeeee

 
 

No comments:

Post a Comment