Friday 28 December 2012

happy birthday ayah


Assalamualaikum dan salam hari jumaat..

alhamdulillah..
semalam genap 5bulan usia Muhammad Thaqyf dan hari ni lari lahir ayah yang ke-57..

insyaAllah, malamni balik batang kali sb malam esok ada kambing bergolek dan nasi arab =)
jemputan hanyalah kedua besan kkb dan kami sekeluarga..
small makan-makan

me ordered red velvet cuppies from dayang, kawan satu batch..
acu dian ordered pavlova dr officemate beliau..
kami bergolek @ kambing bakar by ayah himself
nasi arab tempah..
sos black pepper by walid haizam..
buah-buahan by ibu azie..

biasanya kami buat smaller makan-makan..
kek, satey n masak sikit2..
kami je satu family bsama anak cucu menantu..
sb ayah bukan jenis yang suka menyambut-melambung ni..

but this year, ayah plak yang suggest nak buat makan-makan..
me ok je..
bukan kena masak pun..
kami lebih suka collect duit dan tempah je..
senang..
nak lagi senang, masing-masing ambil part nak sediakan apa..
like this year..
mudah..
bukan xnak masak tapi xnak menyusahkan badan..
nak bagi mama rehat..
kalo masak, dia la yang bersungguh-sungguh..
time cuti ni, nk relax sambil makan2...

selamat hari lahir ke-57 ayah..
along, hafidz dan thaqyf doakan semoga Allah mengurniakan kesihatan, kesejahteraan, kelapangan dan kesenangan kepada ayah..
semoga kasih sayang dan jasa bakti ayah kepada kami direward dengan sebaik-baik nikmatNya...
we love u ayah..


update 07.01.2013
me ordered red velvet cuppies from dayang, kawan satu batch..
salad kegemaran ayah three meals

acu dian ordered pavlova dr officemate beliau..
buah-buahan by ibu azie..
acu dian tempah nasi goreng cina satu tray RM50.00
ibu azie beli cake chocolate indulgence from Secret Recipe..
ibu & acu & nenek ordered karipap mini 50pcs x 20sen


kami bergolek @ kambing bakar by ayah himself
nasi arab tempah..
sos black pepper by walid haizam..


Wednesday 26 December 2012

wishlist lagi hehehe ;)

1. Avent steamer and blender



2. MOMMA non-spill cup & dual handle

banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgtttttttttttttttttttttttttttttttttttttt yang berkenan hehehe...


tips tingkat production


Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payu dara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.

1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi 
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com 

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

Friday 21 December 2012

galaxy tab vs galaxy note III



dec's treat

Assalamualaikum..

Tengahari tadi sempat ke Alamanda..
temankan wani beli kasut untuk lil Khaled..
sampai je, terus masuk Butik Anakku..
beli baju untuk Thaqyf and Nyna..

so, these are the treat for them..
beli baju 3 pasang dan socks thaqyf 3 pasang pun cost RM100.00
=)



lepas tu singgah MPH..
these are the hasil tangkapan hehe.
buku untuk daddy
buku untuk mummy
buku untuk thaqyf..

All together almost RM50.00
but worth..
I love thaqyf's book so much..



family vacation

Assalamualaikum..

biasanya hujung2 tahun ni ramai yang ambil kesempatan untuk cuti dan bercuti dengan keluarga.
this is the best time to gather all the family members..

keluarga ni antara yang paling saya kagumi..walaupun, telah berpisah tetapi Nora Danish xpernah ketinggalan menyertai percutian keluarga bahagia ini...

cemburu tengok mereka..bukan apa, semua ahli keluarga ada sama2 cuma tahun ni jejai xjoin sb fasha sedang hamil..

tak sabar nak tunggu percutian keluarga ni tahun depan..agak2 ke mana yea destinasi mereka?

saya berdoa semoga keluarga saya juga akan berkesempatan seperti ini..
yang tengok pun happy hehehe

2012 - Dubai

2011 - Jepun

sweet escape 2012 : cable car langkawi


Monday 17 December 2012

Power Pumping

I need to do this..
really...

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung dan meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Walaupun letih, percayalah yang sesungguhnya ia adalah memori yang terindah buat si ibu =)

Kan mommies kan..

Sumber :KIM

update 21.12.12

Alhamdulillah, since monday amalkan PP..syukur sgt..production pun dah ada kemajuan..alhamdulillah..semoga niat, usaha dan impian saya nak bf Muhammad Thaqyf sehingga 2 tahun dipermudahkan dan direstuiNya.. Ameen

Friday 14 December 2012

nama anak

assalamualaikum..

zaman 2012 ni kalau berbicara tentang nama-nama anak sama ada anak lelaki mahupun anak perempuan, kemain lagi canggih...

ada yang bagi nama anak sampai 3 nama tu belum berbin/berbinti kan nama bapa..
fuhhhh, jenuh anak nk hitamkan nama kat borang OMR time exam hehehe

berdasarkan kepada pengalaman sendiri, saya dan suami juga tak lari daripada dilema ini..
kisahnya suami suka nama ini, isteri suka nama itu..
jadinya, hanya selepas doktor sahkan jantina anak, baru kami fokus..

cari nama untuk anak lelaki..
bukan mudah..
tanggungjawab besar..

suami kalau boleh nak ada DZ pada nama anak-anak..
saya pula nak ada huruf Y 

ni antara cadangan awal masa mula2 disahkan hamil
contoh nama pilihan suami :
MUHAMMAD FARIDZ ADYB
NUR RAUDATUL RAUDZAH

contoh nama pilihan isteri :
MUHAMMAD ZHARYF MIKAIL
NUR ZARA MEDYNA


nama anak sedara saya diberi oleh ibu dan abahnya tapi saya yang isi borang pendaftaran kelahiran, makanya saya suggest pada adik perempuan saya agar huruf I diganti dengan Y kerna maknanya masih sama cuma signature nama ada huruf Y, besar nanti senang nak beza, so jadilah namanya
MAISARAH QISTYNA

tapi bila doktor bagtau saya hamil anak lelaki, terus blur..
dua-dua orang blur..
ishhh nak bagi nama apa..

taknak nama panjang-panjangla sb nama suami pun dah 3 nama..
lastly, saya pilih nama THAQIF tapi sb suka huruf Y saya tukar ejaan jadi
THAQYF..

mula-mula, ingat nak letak nama THAQYF BIN MOHD SYUKRI HAFIDZ
tapi suami cadangkan letak nama MUHAMMAD @ AHMAD didepan nama..

a day before nak submit borang untuk daftar kelahiran, we finally decided to named him 
MUHAMMAD THAQYF
which means
MUHAMMAD = yang terpuji
THAQYF = yang pandai, yang bijak, yang cepat faham..

cuma ada sedikit kekeliruan untuk pronounce nama THAQYF..
ada yang sebut as TAQIF..
ada yang sebut as SAQIF..
but is SAQIF cuma dalam rumi xde hurif tsa..
kalau ejaan SAQIF, itu huruf sin dalam jawi..
sebutan tsa dalam rumi, hurufnya tak diiktiraf dalam A-Z..
kalau ejaan tsa, mesti ada tanda kat bawah huruf s..TSAQIF..bwh s tu ada tanda..
since, huruf tu tak diiktiraf makanya, ejaan adalah THAQYF..

nota :
kalau ada rezeki, tunggu apa pulak nama adik-adik Thaqyf hehehe...at last, saya suka nama yang simple






love the color : SHAH JAZLE


sweet : DD