Tuesday 24 July 2012

insyaAllah, 15 days to go


penangan Masterchef

Perbualan yang tak direkodkan..

Isteri : B, hari ni nak iftar makan apa?
Suami : Ikut sygla..
Isteri : Lauk semalam ok? I mean ayam masak halia? as per expected tak?
Suami : hurmmmm, persembahan ok..rasa pun not bad..cuma ayam tu kalo xgoreng lagi ok kot..
Isteri : Tapi syg mcm xberapa boleh makan kalo xgoreng dulu..ok xpe..Comments accepted..Air epal?
Suami : warna cantik, rasa pun sedap cuma kalau kirangkan sikit gula, lagi best..overall, sedap..eh, B ni komen dah macam chef dalam Masterchef tu plak..
Isteri : Tau xpe..

Haishhh, itulah penangan Masterchef..

kalau dulu bila ditanya macamana..jawapannya mudah dan ringkas..
 "thanks syg..semoga syurga untukmu"
sedap ke tak sedap ke, xreti isteri nak jangka..
Sebab masa tu, suami tak tau nak nilai ttg kualiti sst masakan..asal masak, semua sedap..kurang garam gula asam segala, xtau..tp ilmu diperolehi daripada tv show..

la ni dah improve..
jadi mudah untuk isteri perbaiki skill masakan agar kena dgn citarasa suami..

 I am on this side tapi bab plating segala isteri OUT

He is on this side hahaha..

menu Iftar Day 3

Assalamualaikum...

Seperti yang direquest oleh en. suami, makanya isteri pun xde la pening2 kepala nk fikir apa yang nak dihidangkan untuk juadah berbuka puasa..

Suami bbm nk nasi putih dan ayam masak halia sahaja..
Alhamdulillah..senang urusan isteri..
yang sedikit sukar sebab stuck di Pasar Presint 8...MasyaAllah, punyalah ramai orang dan jalan jammed..dahla laluan kat area situ mmg menguji tahap kesabaran dan pemanduan..
xpe..ibadah jugak kan..

OTW balik kat area Presint 4 quite clear..orang balik awal..dipermudahkan perjalanan pulang..
Risau juga kalo2 xsempat nk masak..
sampai2 rumah dah nak dekat jam 6.30petang..
tgu lif segala 6.40pm baru dapat masuk rumah..
buh barang kat dapur, duduk sat ambil nafas..
Tak lama pastu, suami balik..
aisshhh, kelam kabut isteri ke dapur..

alhamdulillah, dalam kepenatan dan ketidakselesaan minggu2 akhir kehamilan ni, ntah daripada mana ntah, isteri dapat kekuatan dan semangat luas biasa..
Subhanallah, dalam pada rasa mcm xlarat tu, siap juga isteri masak..
Nasi putih suami masak hehehe
Ayam Masak Halia
Ikan Masin Goreng Pedas
Ulam Timun Jepun
Budu+Tempoyak
Epal Asam Boi..

Seronok bila tgk suami makan sampai tambah nasi wpun mula2 tu bila isteri offer,
Isteri : B nak tambah nasi tak?
Suami : Thanks..but no thanks..nak ratah lauk je..

tak lama pastu...

Suami : Yang, nak nasi sikit..
Isteri : senyum2 je la..

Benarlah kata orang, masak sendiri tu berpuluh-puluh kali ganda kenikmatannya pada rumahtangga..biarpun lauk yang simple tapi cukup untuk mengikat dan menambah keharmonian rumahtangga..

Terima kasih Ya Allah..

Monday 23 July 2012

Gulai Lemak Udang


Gulai Lemak Udang

g pasor dapat pulak udang besau nih! 6ekor seng yen! ok la tuh kan! dari smlm pk nk masak apa ngan udang nih.mula2 pk nk masak sambal udang.tp hb cakap nk yg berkuah. masak lomak jerk la senang. kurangkan pedas anak2 bleh makan sama. layan la menu simple ni yerk! ejas skit dr resepi k.rozie..

Bahan- bahan
  • 300-400g udang
  • 3 bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 10-15 cili padi merah + cili ijau
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 inci kunyit idup
  • 1 asam keping
  • santan secukupnyer
  • kacang buncis
  • garam
Cara-cara
  • tumbuk bwg merah,bwg putih,cili dan kunyit hidup.
  • masukkan santan dan bhn tumbuk dalam periuk/kuali. didihkan.pastikan sentiasa dkacau supaya tk meruap.
  • masukkan udang,serai,asam keping.didihkan lagik.last skali masukkan kacang. Tutup api.

baby pun berpuasa jugak..

seronok..

risau..

teruja..

bimbang..

ni la antara perasaan sekarangni..
dah masuk 3 Ramadhan 1433H ni, mummy puasa, daddy puasa n baby pun berpuasa juga insyaAllah..
tapi satu yang best abaout my baby ni hehehe..
bila mummy dia tgk menu/makanan je, baby mesti bergerak2 besar ;)

I do Love his movement coz I know this is kind of response from him..
good boy syg..puasa eh..
iftar hari ni mummy masak ok..

I LOVE YOU SON..CAN'T WAIT FOR THAT MOMENT..

ayam masak halia

sumber : ayam-masak-halia.

AYAM MASAK HALIA
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 600g ayam - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah @ bwg besar - hiris
  • 2 inci halia muda - hiris jejari
  • 2-3 sb sos tiram
  • sedikit air
  • cili padi - ketuk - jika ingin pedas - hana buh blackpepper
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula dan sedikit air.
  • Tutup kuali supaya ayam masak rata. Sesekali balik2kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!

murtabak maggi



Bahan-bahan 
  • 2 maggi kari ( dicelur dan ditapis) (kak rose guna 1 bungkus jer...) 
  • 4 biji telur ( kak rose guna 3 biji telor) 
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang putih dipotong dadu
  • Cili Merah dan cili padi ( jika suka)
  • Daun sup
  • Sedikit garam dan perasa
  • 2 peket perisa kari (kak rose buh 1/2 jer) 
  • lgi sedap tmbh ayam didadu kecil..xpon daging cincang..ikut selera masing2 n kreativiti....i just share the basic ..tq
  • (kak rose guna 2 keping daging ramly burger dan tambah celery - tumiskan dulu)

cara-cara 

  1. Campur kesemua bahan td didalam mangkuk. Pastikan telur dipukul mangkuk lain dan baru dimasukkan ke dlm bhn.. Boleh tambah ape2 bahan lain jika suka
  2. Panskan kuali dgn api sederhana dan masukkan sedikit minyak
  3. Masukkan bhn td ikut saiz ape yg kita suka..mcm goreng telur jerk.. Selamat Mencuba!!

ayam masak halia kicap

Assalamualaikum


Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, tekak ni mulalah dok mengidam nak makan itu dan ini sebagai juadah berbuka..macam-macam yang nka dimakan..sebenarnya itu nafsu je..maklumlah perut tengah kosong, jadinya tgk biskut kosong pun rasa sedap kan hehehe..


last week, hubby ada sebut-sebut dan tanya, pandai tak masak ayam masak halia..isteri senyap je..(sebenarnya xtau nak jawab apa)..pernah la masak tapi kena rujuk resepi tok guru (blog masakan)..bimbang tak menepati piawaian..langkah terbaik, isteri senyum je la..


So, hari ni, sempena hari berbuka pertama di rumah Putrajaya, makanya isteri nak masak Ayam Masak Halia..jenuh godek2 dapur blogger masakan yang ada..ni, antara resepi yang berkenan di hati..harapnya menjadilah yea..apapun, akan diupdate hasilnya esok..insyaAllah..


sumber : ayam-masak-halia-kicap.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

kenangan semasa morning sickness



nobita yang kreatif


candid



Friday 20 July 2012

Puasa bagi ibu hamil


Berbicara soal puasa wanita hamil, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor mempunyai pendapat tersendiri.
Katanya, tahap kesihatan janin bergantung pada pemakanan dan metabolisme tubuh ibu.
Bicaranya, pakar perbidanan kebiasaannya tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa pada bulan pertama hingga ketiga.
“Pada awal kandungan, ibu hamil sering mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaik-baiknya elakkan berpuasa.
“Ketika itu bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang mencukupi daripada ibu,” katanya.
Ujarnya lagi, ibu hamil pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan berpuasa jika mental mereka baik setelah pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mereka tidak memudaratkan.
Shah Reza memberitahu, ibu hamil boleh mengalami masalah ketidakhadaman dan senak perut jika terlalu banyak makan makanan berempah, berlemak, bergoreng dan minuman bergas.
“Mereka juga boleh mengalami sembelit jika makan makanan yang diproses selain mudah lesu dan keletihan kerana makanan yang dimakan mempunyai banyak kandungan kanji, karbohidrat dan lemak.
“Selain itu, ibu hamil perlu tidur yang mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan masalah kekejangan otot,” katanya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Mat Adenan pula berpendapat, ibu hamil perlu sentiasa merujuk kepada doktor peribadi mereka.
NOOR AZMI


Makanan janin
“Ini kerana doktor yang merawat mereka lebih mengetahui tentang sejarah kandungan dan kesihatan wanita hamil tersebut.
“Berkemungkinan doktor akan menasihati wanita itu agar tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis terutama dalam kes membabitkan suntikan insulin,” ujarnya.
Katanya lagi, ibu hamil juga perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk mengelak tubuh kekurangan air atau dehidrasi.
“Bersahur juga baik untuk ibu mengandung,” katanya.
Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari turut senada dengan Noor Azmi dan Shah Reza.
“Tidak perlu memaksa diri berpuasa. Ini membahayakan kandungan kerana janin boleh mengalami kekurangan zat gula, kalori dan nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,” katanya.
Ujarnya lagi, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan normal yang boleh dialami oleh semua wanita.
Beliau menjelaskan, ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang anak dalam kandungan mereka kelaparan.
Katanya, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi daripada tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui uri.
Noor Aini bagaimanapun memberitahu, wanita hamil yang mengalami kekurangan nutrien dalam pemakanan akan menyebabkan tumbesaran bayi bermasalah.
“Semua bekalan yang ada dalam tubuh ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.
“Jika mereka tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan turut terjejas,” katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walaupun sedikit tetap akan menjejaskan kesihatan wanita hamil serta janinnya.

tips berpuasa bagi ibu hamil


Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa? 

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepala,ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya? 

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan? 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Salam Ramadhan Al-Kareem 1433H

Assalamualaikum..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem 1433H..
Esok, insyaAllah, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan 
maka bermulalah pengembaraan yang penuh keberkatan dan kenikmatan bagi mereka yang berpuasa
kerna berpuasa itu bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga bahkan ia mentarbiyah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan mulia..

Bukan hanya berjemaah di masjid/surau pada bulan Ramadhan sahaja
Bukan hanya bersedekah dan mengaji di bulan Ramadhan sahaja
Bukan hanya sepanjang Ramadhan tetapi Ramadhan adalah permulaannya..
Ingatlah...

dan Ramadhan pada kali ini pastinya adalah sesuatau yang paling-paling-paling manis buat saya dan suami..
Kerna saya akan melaluinya sebagai bakal ibu..
Sedikit sebanyak pasti akan ada kelainannya berbanding jika puasa 'seorang'
Namun saya telah berazam, akan berpuasa selagi mana terdaya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..

Buat semua umat Islam, selamat berpuasa dan semoga barakah wa rahmah sentiasa bersama kita
Buat suami, salam ramadhan kareem syg dan selamat berjaga-jaga hehehe..
Buat mama dan ayah, selamat berpuasa dan bersiap siaga hehehe..
Buat adik-adik & Nyna, selamat menyambut Ramadhan...


u can count on me as i can count on u..


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
[ From: http://www.elyrics.net/read/b/bruno-mars-lyrics/count-on-me-lyrics.html ]

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

lirik masa kini..liking-liking poking-poking


Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya

Ulang chorus 2x
Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Wednesday 18 July 2012

Nyna & the School Bus at Alamanda


Majlis Bacaan Yaasin & potluck BSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

17.07.2012
12.00 tengahari
Majlis Bacaan Yaasin Sempena Ramadhan Kareem dan Potluck BSR


 Tiramisu by Masturah Ma'arof
Puding Koktel by Niza
Oren & Anggur by BSR

 Bread Butter Pudding & Vanilla Sauce by Wani

 Daging Salai Masak Lomak by Big Boss Cik Normi
Ayam Masak Merah by diri sendiri 

 Pulut Kuning & Rendang Kerang by kak Suriati

 Beef Speghetti Bolognese By Fadzlin Hasyimah
Sandwich by En. Aizul Fidy
Karipap Power by Ramzamshah
Mee Goreng Udang by Pn. Puteh Soraya

Cendol Special by Suhaidi Torres
Thumb ups

ulam-ulaman & sambal belacan by Induk Pisah
Pucuk Ubi Masak Tempoyak by Big Boss Cik Normi
Sayur dalam bekas kuning tu untuk steamboat by Pn. Salmah

sayur campur by Induk Pisah
Kari Daging Superbest by Pn. Puteh


Ribena by BSR

















Karipap Power ni mmg laris di pasaran...
sedappppp


sambal sardin special by Sharizan Hamni








Sepanjang majlis bacaan yaasin