Monday 31 March 2014

barang2 yang tak complete lagi

Assalamualaikum

selamat pagi
walau lagi beberapa minit nak masuk tengahari
kepeningan melanda lantaran kurang tidur semalaman
Muhammad Thaqyf kena demam chicken pox
kesian tengok dia merenyah je

okla, hari sabtu aritu g Alamanda
belikan hadiah untuk Tanisya dan Tihani
seronok tengok baju anak2 perempuan ni
maklumlah kita xpernah beli
tapi baju2 anak2 lelaki apa kurangnya
smart weiii
mak asyik tergoda je
 hehehe

so, pas balik daripada Alamanda
pas selesai bawa Thaqyf g klinik
balik umah
rehatkan thaqyf
aku keluarkan pakaian2 thaqyf yang dia dah xmuat tu
dulu konon2nya nk bg kat orang tp dok delay je
rupanya sebab nk sambut orang baru
hehehe
adik pakai baju abang
xpe kan
semoga akrab hubungan kalian

sabtu tu terrrrrbeli 2helai romper KIKO untuk baby
satu kaler merah hati, satu kaler coklat-putih
size 12 (0-6m)
bila dah manage pakaian2, rasanya tak perlu dah beli pakaian untuk baby
sebab yang baru pun dah banyak
pakaian abang pulak mostly size 6-12m
later on la pakai
in the meantime, pakai je dulu baju2 yang baru beli
nanti dah abis pantang mommy n daddy g shopping lagi ok
for 4 of us

so, list yang xbeli lagi hanyalah

untuk baby
1) MB
2) deep freezer - budget dalam RM800 ke bawah je..
3) lereng besi - 2pcs (beli kat btg kali)
4) penyangkut pakaian - RM200 (beli kat btg kali)
5) set pengurusan uri - RM40
6) minyak telon
7) minyak rambut, talcum powder & keperluan diri baby yang lain2
8) shaver kuning - 5pcs
9) bottled wet tissue
10) duit untuk aqiqah RM2,000.00

untuk aku
1) milo 3in1
2) kurma & air zamzam
3) cream cracker & bekas kedap udara
4) sudu
5) sandal
6) postnatal product

7) berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka
8) selipar toilet


bila tengok list ni, rasa macam xbanyak dah barang yang nak kena beli/prepare
cuma pas dah complete list ni, just nk kena pack all the stuffs yang nak bawa balik sana
maklumlah kali ni kami berempat
pasti byk yang nk kena arrange and manage
 aku pun dah mula keluarkan pakaian2 thaqyf y size besar untuk pakai time raya
so, pas abis pantang (read : 44days), bolehlah keluar shopping raya pakaian anak2
pakaian daddy juga
mommy xperlu kot
abis2 pun sandal dan tudung je
haisshhhh, excited dah rasa thn ni nk berpuasa dan beraya berempat
sape sangka kan..
thn lepas bertiga
no planning
tiba2 thn ni nk berempat dah
Allahuakbar
seronok sangat rasa

doaku semoga segalanya berjalan lancar
(^__^)

Thursday 27 March 2014

24.3

Assalamualaikum

24.3
tarikh yang takkan mungkin akan luput dalam ingatan
melainkan dengan izinNya

mana boleh lupa
sebab itulah tarikh aku melapor diri sebagai PTD batch 2/2008 di INTIM
maa, ayah, ngah dan ude hantar ke sana
tidur semalaman di rumah ayahcik mokhtar di Kuantan dan esoknya gerak ke Kemaman
pertama kali g beli baju batik
duit maktam bagi rm100 dan duit ayah bagi
dapatlah beli sepasang batik crepe warna hitam
sampai sekarang ada lagi
sayang nk pakai selalu
kenangan
maa belikan tudung bawal
mahal juga masa tu
tp maa kata hadiah
kami ni bukan daripada orang senang
jadinya bila nk membeli tu aku memang berkira
xperlu, xusah beli
mahal, xusah beli

itulah hadiah daripada mereka
masih ada lagi hingga kini

dan 24.3.2014 hadir lagi
kali ini disambut dengan perasaan yang cukup berbeza
selain daripada meraikan tahun keenam dalam perkhidmatan PTD
kami juga suram dengan pengumumam YAB PM bahawa penerbangan MH370 yang turut membawa Muhammad Sofuan Ibrahim, sahabat satu batch berakhir di selatan lautan hindi
(flight MH370 ended in the southern indian ocean)

cukup sakit menerima khabar ini
khabar sedih di hari ulangtahun keenam perkhidmatan kita sebagai PTD
iye, sofuan bukan siapa2 dalam hidup aku
cuma sahabat satu batch
tapi perkhidmatan ini telah mewujudkan bonding yang cukup utuh antara kami
persis, dicubit peha kanan, peha kiri jua terasa
sebagai rakan seperjuangan, keberangkatan beliau ke Beijing adalah atas dasar tugas rasmi dan bakal memulakan khidmat sebagai economic attachee
suatu tugas yang cukup hebat di mata sesiapa sahaja
peluang yang bukan calang2 orang boleh dapat
aku sendiri bangga dengan kawan2 yang berpeluang berkhidmat di bumi asing
kerna pada aku mereka cukup hebat
(pada aku la)
yang bertugas di tanah air pun xkurang hebatnya
kami semua hebat sebab tu kami berjaya menjawat jawatan ini
(i am so proud with all of us)

namun, semuanya tidak kesampaian
that flight never landed
missing
unknown

semuanya menjadi teka teki
mewujudkan 1001 persoalan
biarpun pengumuman awal YAB PM pada 24.3.2014 jam 10pm yang lepas bernada suram
namun aku tetap optimis
selagi tiada physical evidence, selagi itu segalanya masih sebuah harapan
sesungguhnya ALlah jua yang Maha Mengetahui

dan untuk tahun2 yang mendatang
24.3 bukan sahaja tarikh keraian PTD 2/2008
ia lebih daripada itu
tarikh yang bukan saja menjadi ingatan abadi PTD 2/2008 
tapi seluruh dunia akan terus mengingatinya

buatmu sahabatku, Muhammad Sofuan Ibrahim
seorang yang cukup berkaliber
kau mungkin xmengenali aku
tapi siapa yang xkenal kau kan
hehehe
manusia hebat ciptaan Illahi
bertuah batch kita sebab ada pegawai mcm kau
kami ni tumpang tuah kau Sofuan
kalau kau boleh baca semua status2 yang kawan2 tulis di fb/twitter tentang kau, ketahuilah betapa kami semua cukup menghargai kehadiran sahabat seperti kau Sofuan
perjalanan kerjaya selama 6tahun ini cukup hebat
kau tak meninggi diri
tak berlagak
cukup menyenangkan
dan itu yang membuatkan doa serta harapan kami akan keselamatan kau terus mekar
semoga kau pulang ke pangkuan kami dengan selamat
insyaAllah
semoga diizinkan olehNya


Allah, berat sungguh ujianMu ini
sesungguhnya aku hamba yang kerdil ini sujud kepadaMu
ampunilah segala dosa2 dan kekhilafan kami
rahmatilah kami
payungilah kami dengan kasih sayangMu
jauhi kami daripada malapetaka
matikanlah kami dengan husnul khatimah
ameeennnn

Tuesday 25 March 2014

Mencari Hikmah (MH370)

Mencari Hikmah (MH370)

Membawa nyawa, muatan yang sarat,
Terbang menuju destinasi tersurat,
Menembus awan amanah yang berat,
Namun hilang ke tempat yang tersirat.

Hilang dari radar;
Seluruh dunia tersedar;
Berita tersebar;
AllahuAkbar!

Spekulasi tak berhenti;
Apakah mereka telah mati?
Apakah Enjin yang terhenti?
Manusia tak sabar menanti.

Status Facebook jadi berat,
Doa, HashTag, Grafik jadi sarat,
Fitnah, caci juga berselirat,
Nafsu amarah menjadi karat.

Malaysia tidak sendiri,
Jiran tetangga bersimpati,
Malaysia harus berdiri,
Terus berdoa tak henti.

Dunia kini menumpukan perhatian,
Setiap perbuatan jadi pertimbangan,
Salah sedikit menjadi bualan,
Kelapa, bubu, mencuit keadaan.

Satu persatu tenaga dikerah,
Seluruh dunia kini menyerah,
Laut dan udara kini diredah,
Mengharap petunjuk terdedah.

Buntu.
Tidak tahu.
Sini situ.
Masih begitu.

Tok Menteri, Pak Pengerusi, Ketua Operasi,
Sidang media berhari-hari,
Wartawan dunia ada yang sangsi,
Malam ke siang; tugasan tak berhenti.

Sehari menjadi dua,
Seminggu menjadi dua,
Menteri, pegawai, duta,
Menjadi sasaran media.

Kuasa besar dunia bersuara,
Menawarkan jasa membantu kita,
Semangat setiakawan antarabangsa,
Tak membezakan agama, negara.

Petunjuk baru telah ditemui,
Apakah ini yang dicari,
Tumpuan beralih ke Lautan Hindi,
Garang arusnya tidak terperi.

Dunia terus mengirimkan doa,
Semoga harapan terus membara,
Ilmuan pakar begitu juga,
Memberi dengan sedaya upaya.

Satu hari di Twitter,
Aku terbaca update Prime Minister,
Bersedia juga para Newscaster,
Bak menerima gempa bumi 10 skala richter.

Tepat jam 10 malam,
Najib Razak memberi salam,
Takziah bertalu di malam kelam,
Memberi khabar yang suram.

Perjalanan MH370 disahkan,
Berakhir di sebuah lautan,
Teramat luas tanpa sempadan,
Lautan Hindi berakhir penerbangan.

Dunia masih menanti,
Sekeping besi pun belum ditemui,
Misteri kekal misteri,
Kotak Hitam itulah misi.

Mencari Hikmah
Dengan penuh tekad dan usaha
Mencari Hikmah
Dengan penuh sabar dan redha
Mencari Hikmah
Dengan penuh tawakal dan doa
Mencari Hikmah
Dengan penuh Iman dan Taqwa.

#TakziahMH370

Hafiz Hamidun
Makkah Al-Mukarramah
Selasa 25 Mac 2014, 11.40pagi.

Monday 24 March 2014

update : FINALE LIST BABY PELANGI PART IV

Assalamualaikum

last saturday we went to Maternity & Baby Fair Expo at PICC
ALhamdulillah, despite the Bookerville and wedding reception of three pengantin, we managed to get the parking and all the listed baby stuffs
Alhamdulillah
happy face of me
hehehehe 

total perbelanjaan
1. steriliser Little Bean RM200.00
2. barang2 Cutie Disney RM130.00
3. Botol Susu RM46.00
4. MB Pigeon RM10.00
5. Baby bag RM20.00
6. Bag hadiah rayyan Simple Dimple RM25.00
7. 3heli romper hadiah QaisaraRM30.00

8.  3 pasang baju tidur Thaqyf RM60.00
9. 1 set romper+legging+bib baby RM25.00
10. Stroller organizer Simple Dimple RM23.00
11. flush toys hadiah baby ika talal RM80.00
 
 

New Born Check List

□ Bodysuit


romper Thaqyf ada lagi..kurang lebih ada 10pcs 
boleh guna bila baby dah abis pantang
in between just belikan 10pasang baju size NB
-semalam dah beli 5 pasang baju butang2 depan campur2 lengan pjg/pendek
pastu tergedik beli Tollyjoy gift set sebab corak baju rare
ada cap, sarung kaki, sarung tgn, baju & seluar
- g manjaku tadi beli sepasang baju lengan panjang butang depan brand Pooh size S RM20.00
- g manjaku semalam (20.3.2014), beli 3 pasang baju brand cuddles 
- beli 3 pasang baju Cuti disney (RM40.00) 

□ Infant Cap
beli la sikit nanti. xguna sgt pun sebab cuaca panas
beli 2helai je la nanti
- dah ada satu set dalam Tollyjoy gift set
- tadi beli dah sehelai topi brand disney. rasanya matching dengan baju disney yang beli kat JJ baru ni. so, this part done hehehe 
- beli 1 helai lagi Cutie Disney Rm5.00 je..murah2 hehehehe

□ Mittens and Bootie
akan beli nanti..yeay
insyaAllah, beli 10 pasang nanti. pair siap2 dengan baju
- semalam beli 8pasang. pastu masa beli babycot ada sepasang funky sock
ni beli lebih pun xpe. 
nk beli baju nanti, boleh tambah2 lagi pair dengan baju
*wink wink wink*
- tadi beli sepasang je brand KIKO RM11.00 
- g manjaku semalam (20.3.2014), beli 5 pasang MB pelbagai jenama..
- beli 3in1 pigeon RM10.00
- beli cutie disney RM3.00 sepasang..so beli 3 pasang

□ Blankets
beli beli beli
insyaAllah, akan beli brand KIKO warna tiffany blue (RM39.00)
pastu nak beli brand bumblebee 1helai & pureen 3helai
- mission accomplished for KIKO RM40.00
pastu tollyjoy blanket RM27.00 
bumbleebee 3-receiving blanket
just nk tambah brand pureen je
- tadi beli 2 helai blanket brand pureen. satu RM30.00, satu lagi RM23.00. so this one considered done

□ Napkin
dah beli a pack of 8pcs brand Disney
just beli satu pack je lagi nanti. kotla ada design lain. yang dah beli design telinga Mickey
- dah beli brand cutie disney 8's RM25.00
□ set pengurusan uri
beli yang dah siap je. ada jual kat kedai Modernmum BBB
- ada jual kat expo semalam. mcm y kami beli masa thaqyf. harga RM35.00..tgh dok fikir tak awal sgt ke beli skrg huhuhu..tp fikir2 semula, nanti la beli..awal Mei..
□ almari baju
beli yang macam abang thaqyf je. puas hati banyak partitions
□ barut/baby binder
tempah je. minta tolong maa uruskan. balik sekali lagi bagi duit siap2 kat maa untuk beli kain dan upah tempah. nak tempah dalam 10helai & tali panjang
- hubby cakap dia dah tempah dengan kak wan..so, i considered as done hehehe
- maa pun kata nk tempahkan..on her treat..alhamdulillah..rezeki anak2 
□ laundry's stuff
baby detergent beli dalam 2botol RM18.00 x 2botol = RM36.00
hanger size kecil 40pcs RM6.00 x3 sets of 12's = RM18.00
penyangkut pakaian abang Thaqyf & baby. beli cm yang kat rumah je

□ NB pampers
beli brand Huggies, Drypers & Mamypoko 1 pack each
ni boleh beli kat Darulsalam. nanti bila baby dah ok baru decide nak stick dengan brand apa
- last friday beli mamypoko NB 48's RM30.00
g manjaku semalam (20.3.2014), beli 1pack huggies (RM30) dan Drypers (RM25.00). both ada 64's of NB diapers.

□ Feeding Bottles & Teats 
plan nak beli Tommee Tippie je. senang sama macam abang Thaqyf. beli size NB
- beli Tommee Tippee 5oz 2's RM46.00 je..mommy rambang mata tapi ditahan je hehehhe 
checked. Alhamdulillah

□ Steriliser  
dah survey, nak beli brand auntum
kalau kat One Baby World, ada combo package dengan home+car bottle warmer
- beli brand little bean warranty 1year. dapat steriliser design baru and home+car food warmer. 2in1. kalau y autumz tu asing2 kot..masa tgjk2 baru ni xde pun offer autumnz..bila jalan2 tgk kat booth satu ni ada jual brand little bean. normal price RM270.00..tp kt expo kami dapat RM200 + free changing mat + personal alarm.. so, checked Alhamdulillah

□ Bottles Drying Racks  
nak kena beli juga sebab keperluan bertambah. mommy punya breast pump. botol2 abg Thaqyf. botol2 susu baby lagi kan. so, masuk dalam list. 
tadi tengok kat manjaku ada yang style mcm pokok tu tapi harga berpokok2 RM180.00 brand beabe kalau xsilap. nampak gaya sila tunggu la dulu..uhuk uhuk uhuk

□ Nursing Pillow
dah ada. ude hadiah masa bersalinkan Thaqyf dulu. so, considered as done

□ Deep Freezer
ni memang kena beli juga
abis2 pun beli jenis chest. lebih affordable
rasanya kena beli sebelum bersalin kot dan bawa g btg kali
sebab fridge kat rumah penuh dengan barang2 berniaga acu dian
tp dok fikir, macamana nk bw balik sini pulak nanti
aduhai
buntu dah
masih dalam perbincangan lagi
kena duduk discuss dengan maa ayah dulu
- balik baru ni pun dah bincang dengan maa ayah. so far, they all setuju beli DF nanti ayah try adjust nk bawa DF and EBM balik sini.. meanwhile, ayah kata beli nanti letak kat stor sebab ada free plug 2sockets. Alhamdulillah..just prepare untuk byr duit electricity je


□ Bath Tub
guna yang abang Thaqyf punya je elok lagi. DONE 

□ Water Temperature Indicator 
ada yang thaqyf punya sebelum ni. tak guna pun. DONE

□ Bath Towels
baru beli 2pcs. nak tambah lagi 4pcs 
maybe campur2 brand KIKO dan Pigeon 
- aritu dah beli KIKO 2's =RM19.00
- gi JJ baru ni beli Tollyjoy 1 = RM27.00 
- tadi beli  brand pigeon warna biru RM28.00

□ Toiletries (Baby Bath & Shampoo)
- beli brand pigeon (shampoo, talc, baby bath) - td beli wash 2in1  botol kecil RM16.00
pastu beli top to toe Johnson botol besar yang jenis pump -RM17.00
- minyak telon
- minyak Johnson (rambut)
- tungku baby nanti buat sendiri je
- shaver kuning - 5pcs

□ Baby Comb and Brush - done
□ Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors) 
- nail clipper brand Mothercare RM19.00 done


Sleeptime
□ Crib /Cradle - buai dah ada..so, gilir2 je la abang dengan adik nanti. DONE

□ Crib Set (Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) - nk tempah comforter patching nama dengan syaznie je nnt. untuk Thaqyf dah tempah
RM200 untuk 2pillow cases size toddler/baby, 1 bolster case & 1 comforter name patching
lagipun comforter sweet cherry abang Thaqyf ada 2 pcs
kalau nk beli pun 1 pc je lagi sebab nnt nk tempah dengan syaznie

□ Bedding Set (Newborn Pillow & Bolster & Mattress ) - done.
dah beli playpen mattress & fitted sheet
playpen babycot untuk hantar kat nursery
2dimple pillows x RM15.00 = RM30.00
DONE

□ Night Light
ni memang nk beli juga. lum pernah survey lagi..
plan nk beli yang portable je

□ Baby Monitor - xsure perlu ke tak..sebelumni xpernah guna pun. lagipun kami tdo sebilik sekatil setoto hehehhehe


□ Medicine Set (Medicine Dropper, Medicine Syringe) 

□ Nasal Aspirator  
-semalam beli dah nose cleanser brand pigeon RM16.00
DONE

□ Thermometer - done

 
□ Infant Car Seat  - done

 
□ Stroller / Travel System  - done

 
□ Baby Carrier / Sling - guna yang sedia ada je. DONE


□ Baby Bag - beli brand simple dimple. RM20.00 je..murah wokkkkk hahahahahha. DONE
 
□ Changing Mat/air-filled cotsheet
- beli brand Anakku sebab besar sikit RM27.00. DONE
 
□ Infant Head Support  

- dah ada cuma kena cari yang abang Thaqyf punya..sb dulu abang Thaqyf xpakai pun.

□ Thermal Insulation Product (hot water)  
- beli 1L Thermocafe by Thermos RM70.00..DONE

□ Stroller or Car Seat Toys - ada abg thaqyf punya. DONE

□ Wet tissue
dalam pack - semalam beli 3 pack besar Tollyjoy RM15.00
pastu cutie disney 4packs RM18.00
dalam botol besar beli sebotol dan 1 pack refill. nanti tambah lagi

□ face towel
semalam beli 3p's RM7.00 + bumbleebee 5's + Cutie Disney 4's RM5.00..DONE
    
Playtime - guna yang abang thaqyf punya je..banyakkkkkkk
□ Soft Toys 
□ Musical & Educational Toys 
□ Teethers & Clutching Toy
□ Play Gym/Activity Mat 
□ Books, VCD & CDs

- kambing untuk aqiqah
--> aritu dah verbally cakap dengan ayah cuma nk confirm berapa ekor sahaja
--> last time masa thaqyf, budget RM1,500 utk kambing, masak & kukus pulut kuning. pack dan sedekah pada surau/masjid/madrasah dan jiran2 
- dah tempah seekor kambing dengan ayah. harga ayah bagi RM900.00 seekor dan upah sembelih+siang RM100.00..itu xtermasuk budget untuk masak kambing dan tanak pulut serta packing stuffs yang lain.
- total allocation RM2,000.00 untuk seekor kambing

tambahan
1. stroller organizer Simple Dimple RM23.00
2. Mosquito Net Cutie Disney Rm25.00

Thursday 20 March 2014

i love my babies

Assalamualaikum

i really agree with this quote
sooooo true
nanti nak print and frame
heeeeee


hospital bag

Assalamualaikum

dup dap dup dap
barang tak complete lagi
hati dah mula tak keruan
debaran kian dirasai
baby, get ready yea..

bila tengok gambar ni, terbayang masa DPA
PPK/PP UDPA selalu pesan sebelum pergi modul luar
jangan bawa peti ais
maksudnya xpyhla bw luggage
bawa bagpack sudah
yang basic je

camtu jugalah hospital bag for both mom and baby
aku pun dah siap list down apa yang nak di bawa
supaya tak terbawa peti ais g hospital hehehe


some1 special

Assalamualaikum

RESERVED FOR SOMEONE SPECIAL
(^___~)



dad vs mom


Assalamualaikum

hahaha
ini adalah sangat benar dan realiti sebuah rumahtangga
just like me and my husband
hatta balik btg kali pun, i did check so many times keperluan
1. pakaian thaqyf
2. susu, thermos, feeding bottles
3. pampers
4. toys
5. pakaian dan keperluan peribadi sendiri
6. tuala suami

suami hanya pack baju dia je
sigh

sebanarnya ni nature seorang ibu
kita xpuas hati kalau sub pada orang walau pada suami sendiri
mesti nak recheck
ekekekeke



membubarkan perkahwinan

Assalamualaikum

dah hari khamis dah
patutnya happy sebab esok je lagi nk kerja before weekend
tp hati ni rasa lain

just nak luahkan perasaan
tentang pembubaran perkahwinan
atau biasa disebut sebagai penceraian
maknanya meleraikan ikatan pernikahan suami isteri

selama ni aku selalu dengar cerita orang
selalu menonton di kaca tv
selalu dibaca dalam novel2 cinta
tapi kali ini seseorang yang cukup dekat dengan aku melaluinya

konflik rumahtangga yang tak berkesudahan
semuanya kerana tinggal berasingan dek tuntutan kerja
selalu pula bertugas di luar kawasan
bertemu ramai orang
lalu terbit rasa kasih pada yang lain
cukup lama bersabar
cuma tabah memaafkan
cukup kuat memberi ruang
namun semuanya sia2

mahligai kasih yang dibina atas dasar cinta akhirnya bernoktah jua
aku sendiri menghadiri perbicaraan itu
aku sendiri mendengar lafaz talak dijatuhkan
aku sendiri menjadi saksi
aku sendiri
aku sendiri
aku sendiri
tak sangka aku akan jejakkan kaki ke kamar bicara itu
Allah, aku xcukup kuat
tapi demi sebuah kelangsungan hidup, aku gagahkan diri
hadir sebagai tanda aku setia menyokong

17 Mac 2014 tepat jam 9.52pagi
terlerailah ikatan pernikahan yang aku sendiri tak sempat menjadi saksi
saat hakim membatalkan sijil pernikahan mereka, hatiku bagai disiat2
pedih
sakit
luka
kecewa

dan saat talak itu dilafazkan, aku bagaikan terpana
benarkah semua ini
mengalir jua air mata yang aku cuba tahan
sedih sangat

hingga saat ini, doaku semoga Allah mengurniakan kekuatan buat wanita tabah itu
semoga cekal mebesarkan anak yang menjadi peneman setia hidup
semoga kuat melalui pancaroba dunia
semoga tabah mendepani kata2 orang sekeliling

benarlah
berat mata yang memandang
berat lagi bahu yang memikul

sebagaimana Aku Terima Nikahnya
berat dengan tanggungjawab
begitulah beratnya Aku Menceraikan ..................................

Allah jua yang Maha Mengetahui
pasti ada sinar bahagia menanti dihujung sana

kisah benar ini membuatkan aku lebih menghargai suami
menerima dan bertoleransi dengan kekurangan dan kelemahannya
mensyukuri setiap kekuatan dan kelebihannya
demi cinta kami
demi anak2 kami
demi syurga Illahi
insyaAllah

selagi ada waktu
selagi ada rindu
hargailah pasangan halal anda
dedikasikanlah kesetiaan buat pasangan halal anda
sebelum semuanya terlewat

 

thursday

Assalamualaikum

pagi ni lemau sikit
kenapa ntah
rasanya sebab tak dinner semalam
xde selera
just makan roti sapu kaya 2keping dan air 100plus
siap2 masak nasi, masak sup thaqyf and tumis untuk nasi goreng
pagi tadi just perangat sup dan goreng nasi
xla rushing sangat

hari ni baru cuba bekalkan thaqyf nasi
biasa nasi bubur
so tadi bekalkan nasi & sup ayam+kentang+carrot+seleri
pastu masak nasi goreng udang
bekalkan sikit untuk thayqf
pastu dah side aside portion thaqyf, baru aku tambah cili masak tumbuk & garam
sampai2 office je terus makan
lapooooooo

ni badan rasa lemau maybe sebab berlapar tidur semalam
(-___-)
sian baby
sorry ye sayang

btw, sana sini orang dah mula tanya tentang jantina anak
aku dan suami sepakat xmau reveal
ada sorang akak office ni je dah meneka
hehehe
cim pun aku bgtau
cuma family members kami decide nak bagitau after this
tunggu scan dengan KK Presint 11
(~ <> ~)

hai la anak, xsabar sangat nk melahirkan awak
nak dakap awak
nak susukan awak
nak gomol2 awal
yang pasti bukan mommy je tp daddy dan abang thaqyf pun sama2 excited
seronok sangat rasa
now, we are 29weeks and insyaAllah we have another 11weeks to go before the EDD
tapi mommy doa semoga ada rezeki kita di minggu ke 38 hehehe
cepat2 cari jalan yea anak hehehe
 

Wednesday 19 March 2014

kepentingan bersarapan

Assalamualaikum

kepentingan bersarapan sebelum memulakan hari anda

sarapan ni sangatlah penting untuk semua peringkat usia

semoga article ni membuka mata dan hati kita semua betapa pentingnya sarapan
apatah lagi untuk anak2
macamana nk fokus dalam pelajaran kalau perut kosong
sedangkan dalam Islam pun kita disunatkan bersahur malah melewat2kan sahur jika ingin berpuasa (sunat atau wajib)

see, the importance of breakfast in Islam
simple breakfast pun sudah memadai
roti bakar
roti sapu jem
cereal with fresh milk
juices
fruits
biscuits
sandwiches
salad

kalau nk lebih kemelayuan 
nasi lemak
bihun goreng
kuih muih
teh
kopi
milo
nescafe

untuk anak2 biarlah menu yang sesuai dan simple
milk
bread
fruits

senang je nak prepare



Pregnancy Symptoms

Assalamualaikum

heading to week 29 of my second pregnancy
I feel so much differences
*sigh*

yang paling ketara pastinya tahap kesihatan dan kesejahteraan yang tidak menentu
sat2 sihat
sat2 ada je xkena
sat2 mood ok
sat2 moody je

I blamed the hormones
hahahha
what else right

setiap wanita akan melalui pengalaman kehamilan yang ebrbeza
unik
tersendiri
takkan sama antara kehamilan pertama dan seterusnya
mungkin jua disebabkan faktor gaya hidup
corak pemakanan/diet 
wallahu'alam

masa google2 tadi, terjumpa Pregnancy Symptoms
so, let's share
betul ke idok
hehehe
 



despite all the pahit-manis sepanjang kehamilan ni
ada sesuatu yang cukup berharga menanti dikemudian hari
iaitu
senyuman anak
seperti ini
siapa yang memandang pun senang hati kan

hai la anak
tak sabar mommy nk mendakap awak