Thursday 24 April 2014

#throwback - 33weeks


tugas sebagai ibu bekerjaya

Assalamualaikum

pagi2 ni rasa macam xcukup tanah nak berjalan
time pregnant pulak tu
speed kena lebih kalau nak sama level dengan orang lain
ekekeke

phewwww

pepagi alam ni memang busy
mengurus segala macam keperluan anak
itu kalau anak ok
kalau tetiba xsihat ke
poopoo ke
muntah ke
lagi tak cukup masa dan tanah
huhuhuu

jadinya kalau pagi2 ni jgn haraplah aku nak kelek2 hp
pick up calls
reply sms/whatsapp
memang nan hado la

sebab tu malam hari sebelum tdo
atau
dah tdo tu kena la bangun semula
siapkan segala keperluan anak yang boleh
SIAPKAN

ni antara SOP:
1. pakaian nursery siap2 pack
2. bekas2 makanan nursery siap2 cuci
3. botol2 susu siap2 cuci
4. bekas susu nursery siap2 refill
5. dapur siap2 cuci/kemas
6. thermos kena tukar air panas supaya mlm hari nnt senang suami nk bancuh susu anak
7. masukkan bekas susu, botol susu, roti (kl ada), kudapan, air masak, mangkuk, sudu dan garfu dalam bakul. esok kiranya siapkan bekal bubur/nasi, lauk & buah betik

dah siap2 baru boleh sleep dengan tenang
phewwwww

bangun pagi, macam biasa
pas solat subuh
siapk2 keperluan makanan anak
suami biasanya akan bancuh susu dan tukar diaper anak
kl xsempat, gua la kena buat
sebba tu masa itu emasssss
ada faham
ehehehehe

siap2 pack bakul dan bag anak, letak kat depan pintu
kl suami sempat, suami akan tolong masukkan dalam kereta
kl xsempat, makcik gak yang kena buat
as usual
suami akan tolong kl xlewat

kalo mood thaqyf ok, dia bangun sendiri g kat pintu
kalo manja sikit, nak aku pimpin
kalo manja banyak, kena la dukung
kalo tengah sleep, sah2 la kena dukung kan
cer bayangkan makcik ni dah 34w dukung anak
kussss semangat
tp seronok
bau masyammmm
hehehe

selalu aku start enjin kereta dulu
then baru masukkan thaqyf dalam kereta
(duduk kt car seat dia. ini WAJIB)
only then baru aku switch off all the lampu dan kipas
pastu lock pintu/grill
siap, terus vroooommm sambil mata menjeling jam di dasboard

siap hantar anak, terus pecut ke pejabat
pastu kena perang dengan traffic pulak
T__T

gitula rutin aku setiap pagi
jalan laju2 nak g opis
kalau melenggang mak limah, memang merah je la punch card aku
nak kena berjalan lalu security guard lagi
nk tunggu lif
keluar lif nak g opis tu boleh tahan juga
ekekekke
semua ni sudah cukup mengepam oksigen untuk sampai ke otak (betul ke teori aku ni?)

pas duduk, on laptop
pastu perut mesti berdondang sayang
..........
..........
..........
..........
..........
..........
..........
..........


AKU PTD-SUPERMOM,
AISYAH
 

 

 

 
 

Wednesday 23 April 2014

#43daystogo

Assalamualaikum

bila baca keterangan kat bawah ni, berbunga2 rasa hati esp part 'soon to be head down'

Ya Rabb pekenankanlah
Ya Rabb permudahkanlah

aku tak dapat nak nafikan kegusaran hati
aku jua tak dapat nak hapuskan kegelisahan jiwa
dan
aku tak dapat nak lenyapkan kerisauan raga
bila dikhabarkan kedudukan bayi dalam kandunganku ini breech/transverse lie
sedari awal kehamilan sehingga entry ini ditulis

bukan, aku tak terima ketentuan Illahi
bukan juga menidakkan takdirNya

setelah berperang dengan diri sendiri, akhirnya aku temui bahagia
insyaAllah, aku berlapang dada dengan segala kemungkinan asalkan aku dapat lahirkan anak ini dengan sihat dan selamat
itu yang lebih utama
bagaimana dia akan dilahirkan, sesungguhnya Allah lebih mengetahui
justeru, aku terima segalanya
(^__^)

tapi aku jua tak putus berdoa semoga kelahiran kali ini dipermudahkan
semoga aku dapat melalui pengalaman kedua ini dengan sebaik2nya
dan jika ada peluang, semoga anak ini dilahirkan secara normal
Ameen

duhai anak, mommy sayang awak
sayang sangat2
sepertimana mommy sayangkan abang awak
tak sabar nak kenalkan awak dengan big bro Thaqyf
mommy cukup yakin, kalian berdua akan jadi bff hingga akhir hayat
doakan semoga mommy dan daddy berjaya mendidik kalian berdua sebaik2nya

Muhammad?
Nur?

mommy sendiri pun surprise sebab bila tanya doktor baru ni, doktor suh tunggu dulu
tapi kalau ikut scan awal mac aritu, ehemmmmmm2 
hehehehe
sayang awak banyak2
#43daystogo




mommy awak,
AISYAH

Monday 21 April 2014

#45daystogo..dup dap dup dap

Assalamualaikum

fuhhh

pepagi isnin lagi dah meriah alam office ni hehehe
semua pakat2 ceria je
aku pun masuk office je terus terdengar suara2 gelak ketawa
seronok kan

monday brooooo
hehehe
today marks the 45days left before the edd
dup dap dup dap

BTW, weekend baru ni xkemana pun
sabtu tu pergi kenduri aqiqah anak kedua ika-talal kat tmn melawati
nasi arab saba
perghhhh
melayan wooo
dahla daripada rumah makan roti je
sampai sana mmg layan la
thaqyf pun sama
makan nasi, puding jagung, fries
 pastu ke hulu ke hilir main

around 2pm kami balik
solat zuhr di masjid area umah diorang
pastu singgah fabulous mom
beli few things hehe

dapatla 3helai nursing bra
beli ebm bottles
cooler bag
pilis trubellai (baru nak try)
and few other things

pastu terus shoot balik putrajaya
acu datang tdo rumah
malam tu dinner kat nando's alamanda
balik gedebum tdo tergoleh 4orang hehehe

esoknya, acu balk pagi
aku siapkan light breakfast je - nes panas & pau kukus kaya
thaqyf pun sibuk duk nak join hehee
pas acu gerak balik dalm 10am lebih tu, aku relax sambil kemas2 rumah

almost 1pm kami gerak ke mindef
attend wedding anak datin
last time punya kenduri, aku stay dalam kereta sebab thaqyf tdo
this time ujan lebat
elok nak sampai, thayqf tdo
againnnnnn
hahaha
dahla dia bgn pagi pastu hujan pulak kan
suami dukung thaqyf
masuk je, aku terus ambil foods
lapar weiii
nasi beriani, bubur pulut hitam, kuih seri muka, teh panas, jemput2 panas selamat dalam perut hehehe
elok aku habis makan, thaqyg bgn
terus nak makan
suap nasi beriani kosong, kuih seri muka pun dia mkn tp hat y hijau tu je
suami layan tapai, ubi rebus panas2 n telur separuh masak

makanan memang heaven
macam2 ada
hehehe
dessert style melayu ada, style xberapa melayu pun ada
pilih2 je
maklumlah kenduri org ada2 ni
hehehe
pastu nmpak tan sri zul (PAT)
dia senyum la bila aku terperasan dia
lama gk aku pndang sb nk cam
hahaha
kantoi
pasal kali ni dia pakai batik & songkok
biasa pakai uniform kan
ekekekee

siap2 makan semua, kami gerak nak balik
kt laluan entrance tua da photo booth
suami ajak ambil family photo
gedik2la suami pilih nak pegang tagging apa
lastly aku suggest LO VE & till jannah
aku pegang LO
suami pegang VE
thaqyf pegang till jannah tapi dia dok main pusing2 pulak hehe
finally, family photo turns ok
semua senyum

pastu kami request extra copy
byr rm3 je
best kan service macamni
tetamu dapat bawa balik kenangan

(^__^)

balik rumah kemas rumah
almost 12 midnight baru siap
phewwww
aku mandi and cuci rambut segala
baru lega
then sleep soundly


45 hari lagi,
AISYAH

Friday 18 April 2014

hati yang merajuk

Assalamualaikum

sensitive
fragile

tu la yang aku alami sekarang
out of nowhere, mudah terasa

itulah hati yang merajuk
 

Tuesday 15 April 2014

RESEPI : sup ayam & talapia hitam berlado

Assalamualaikum

hari ni mood nak update resepi
setelah sekian lama menghilang
hehehe

awal bulan aritu dinner di CRS
pastu sementara tunggu meal sampai, aku g aeon big
beli ikan tenggiri
ikan tilapia hitam seekor
betik sebiji
bawang merah
kentang
telur
kobis organic
and few things

pastu dok fikir2 nak masak apa la kan
esoknya 8.4.2014 aku mencuba menu baru
tilapia hitam masak berlado

haruslah kalau aku google resepi kan
so, byk2 resepi, ada satu ni menambat hati aku
lain drpd yang lain
tu yang nak cuba

menu : 
tilapia hitam masak berlado

bahan2:
ikan tilapia
cili merah
cili hijau
bawang merah- buang kulit je
bawang putih- buang kulit je
belacan

cara2 :
1. goreng garing ikan tilapia yang dah digaramkunyit. ketepikan
2. cuci dan goreng cili merah, cili hijau, bawang merah & bawang puti sampai agak2 layu
3. tumbuk semua bahan no 2 dan belacan kasar2
4. tumis bahan yang dah ditumbuk
5. agak2 dah naik bau, masukkan ikan dan hirisan tomato (jika suka)
6. perasakan
7. tadaaaa..dah siap

mudah sangat

ni la hasilnya.
setengah ekor goreng kosong untuk si manja Thaqyf
lagi setengah masak berlado
digandingkan dengan bening kobis+kentang
makan dengan nasi panas2
walahhhhh


pastu another favourite adalah sup ayam mewah bersayur2an

menu kegemaran
selain daripada penyediaan yang mudah dan ringkas, ia sesuai utk seisi keluarga
yang pasti gandingan bersama adalah telur dadar & sambal kicap
yang lagi satu tu sambal budu campur tempoyak
budu ketereh
sup ayam/ikan merah mestilah penuh dengan kentang, carrot, cauliflower, brocolli, celery
mengancam weiii
senang
menu 2in1
xperlu dah masak sayur
segalanya2 ada
aku hanya guna rempah 4 beradik dan garam
xperlu sup bunjut, rempah sup etc


bukan masterchef,
AISYAH

 

Monday 14 April 2014

fulltime housewife wanna-be

Assalamualaikum

macam tau2 je ihiks
baru je up entry quit vs work
terus dapat this article in my FB news feed
betul juga kata penulis
manakan sama mengendali anak2 dengan asuhan tangan ibu sendiri
manakan sama mengurus keperluan suami dengan hasil air tangan isteri sendiri
sungguh, seperti entry aku tu, jika diberi peluang dan ruang
i wanna be full time housewife
kalau lebih mampu lagi, aku mahu menggaji seorang pembantu bagi membantu aku menguruskan kerja2 rumah
at least aku boleh fokus mengasuh anak
homeschool
kan..
 indahnya
namun, ia tak semudah impian

kerjaya aku sekarang menuntut komitmen yang tinggi
kalau mau berhenti sekarang, perlu bayar pampasan RM25,000.00
mana nak korek duit
hutang kereta insyaAllah, June 2015 akan selesai
after that, Berry is officially mine
in between, sekarangni tengah dalam proses pembelian rumah
govt loan
RM1,800.00 deduction monthly from my salary
insyaAllah, anak masuk 2 orang
aku yakin pasti ada rezeki dan bahagian mereka dariNya
rumah, kereta adalah keperluan
pakaian dan makanan mana yang boleh dikurangkan, kami kurangkan
pampers dan susu adalah perbelanjaan wajib
no excuses
hutang bank RM580.00 akan selesai lagi 5tahun insyaAllah
sekarangpun aku dah boleh adjust perbelanjaan
untuk diri sendiri memang tolak tepi

duit gaji sekarang hanya banyar hutang bank RM580
installment berry RM685
yuran taska thaqyf RM350
ITP RM550 
tabung haji
income tax
dut belanja untuk maa, ayah and boy - walau sikit tetap ku hulur
minyak kereta
service kereta

tu belum kira untuk tolak loan rumah
yuran taska baby

tapi aku percaya keikhlasan kita bekerja akan membuahkan hasil yang berbaloi
mungkin anak2 akmi tak sesempurna anak2 yang diasuh ibu kandung sendiri tapi kami akan cuba yang terbaik

duit gaji pun xlehla tercekik menjelang hujung bulan kan
kot ada emergency, jenuh nak cari
at least aku buat potongan tetiap bulan
walau pastu terkorek jua
huhuhu

insyaAllah, dua kali berpantang ni nanti, aku dapat duit kutu
memang aku adjust and join
at least ada la sikit duit
nk byr upah mengurut, duit aqiqah dan bagi pada maa ayah untuk tampung belanja kami anak beranak

aku ni bukan datang daripada keluarga senang
jadi, kalau nak quit tu bukan blh quit gitu je
at least ada perancangan
earn income from home kan..

aku tak pernah malu dan segan mengaku yang aku kepingin mau jadi fully housewife
walau punya diploma dan degree
mana tau, quit pastu bergolek rezeki buat masters and PhD menyusul kan..
segala2nya mungkin

cuma, yang penting kena ada simpanan
sebab tu aku rasa mau2 aku quit juga kot nanti ekekeke
tapi kotla time tu anak2 dah besar dah rasa ok, maybe continue kerja
time anak2 tengah kecil/baby ni mmg dilemma
aku kalat takat CTG xberapa sangat
sebab pastu nk warm up masuk opis balik
mcm bercinta je
huhuu

entahla
sekarang ni dalam kepala kerja je la dulu
sampai masa dah fikir masak2
dah kukuh simpanan dan perancangan
mungkin jua aku babai PTD ni
ekeke
otherwise, aku seikhlas hati akan terus berkhidmat
demi mencari rezeki buat keluarga

suami?
dia pun baru 3thn join govt
kerja di KL
berulang hari2
minyak, toll, intallment kereta adalah wajib
tu pun kalau beli pampers and susu thaqyf dia guna duit dia
xbg kalau aku yang beli
bil letrik, bil air, bil astro mmg fully on him
sebab dia kata duit kuarters dah tolak daripada gaji aku
makan minum kalau keluar memang on him

apa yang aku nak beli ie barang basah ke apa ke, aku tak minta duit suami
aku jenis segan pun iye gak nak meminta2 ni
lebihnya sebab aku xmau ajar diri meminta2

dia nak byr hutang PTPTN lagi
hutang bank
hutang kereta

komitmen pada keluarga di tganu
walau tak selalu tapi menghulur jua barang dua tiga ratus
kos perjalanan g balik kg pun take into consideration juga

byk yang kena fikir
tapi aku percaya, perancangan yang teliti pasti membuahkan hasil
impian kan jadi nyata

sekarang aku mula berjimat
kerapkan menabung walau sikit je
rezeki untuk anak2 tetap tak kami lupakan
anak2 deserve the best
makan, pakai biarlah xmahal asal sempurna dan sebaiknya
aktiviti anak2 kami pilih yang economical

okla, panjang dah entry ni..
 hehehe
luahan hati perasaan.. 
fulltime housewife wanna-be,
AISYAH

Parenting Tips 21 : ANALISA EKONOMI DAN UNTUNG RUGI ISTERI SEPENUH MASA


NOTA : copy & paste daripada share di FB

Parenting Tips 21 : ANALISA EKONOMI DAN UNTUNG RUGI ISTERI SEPENUH MASA

Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. Dari kalangan yang setuju, 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.
Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah. Kami BUKAN MEMPERLEKEHKAN SURI RUMAH BEKERJAYA tetapi kami menampakkan rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.
Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah sepenuhmasa.
Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.
IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?
79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.
1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.

JUMLAH RM 3100
Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.
Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan. Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.
Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.
APAPUN TAK SEMUA YANG MACAM ITU, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri? Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.
Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.
Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal “yang ini” tiada nilai dan tebusannya.
Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan SURI RUMAH ITU SENDIRI SATU KERJAYA YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH DAN SUAMI.
Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.
Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.
Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.
Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.
BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.

PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI

Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra.
BAGI MEMENUHI FARDHU KIFAYAH, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja. Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?
Kami tidak menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti. Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.

GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA

Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?
Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.
Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari.
Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.
Walaupun anda tidak begitu, tapi banyak kes telah berlaku. Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.
Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.
Sekali lagi, tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah serius sangat. `Work for the best, Prepare for the worse’.

KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI

Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan.
Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.
Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja.
Siapa berani komplen model keluarga Nabi Ibrahim yang telah Allah abadikan disebalik falsafah Baitullah ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda, Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU". Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.
Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.
Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.
Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. Jika Allah perintahkan, pasti Allah juga beri jalan keluar. Jangan risau tentang nasib ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Semua itu sudah diambil kira. InsyaAllah kami boleh kongsikannya di artikel lain atau bila kita buat bengkel parenting nanti.
Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian.
Nukilan
WARGA PRIHATIN

* Jangan mulakan komen anda dengan "Tidak semestinya..." Jika itu digunakan, tiada apa yang boleh ditulis kerana setiap isu bukan 100% aplicable kepada semua. Cukup untuk yang patut ambil pelajaran yang ambil pelajaran, jika anda seorang yang sudah cukup baik, tak perlu terasa kerana artikel ini mungkin bukan untuk anda.

1st batch

Assalamualaikum
pepagi alam dah nak update blog ehhee
eh, update list
sebenarnya perasaan bercampur baur sekarang ni
antara excited dan cemas
macam2 rasa
huhuhu
doaku semoga kami sekeluarga mampu melalui pengalaman kedua ini sebaik2nya
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan umatNya
hari sabtu lepas, kami mziarah Tanisha
pastu mimi ajak ke bangi
syifa nak g Manjaku beli feeding bottle mimijumi
tp OOS pulak

sebelum tu kami lunch di JM Bariani
layannnn
terasa keluarga kami semakin besar
seronok sangat
(^__^)

turn ika dah selesai
turn syifa pun dah selesai
tunggu turn aku je
haiiii berdebar2 sangat

so far, we did very well
aku pun xdela lemah longlai all the time
ada la masa2 esp kl skip meal time
baby punya pergerakan pun cantik
active like turbulence hehehe 

pagi semalam bertemankan Thaqyf, aku handwash towels, blankets and napkins
yooooo, lenguh weiiii
this coming weekend off duty sebab sabtu nak g kenduri aqiqah anak ika
ahad ada wedding invitatation kat mindef
tapi malam tadi, aku dah keluarkan MB+face towels
ni boleh handwash dulu
pastu baru pakaian2 baru
baju2 hat thaqyf punya tu cuci mesin sudah huhuhu
walau penat tapi seronok sangat
ebrbunga2 rasa hati
lain hasil kl handwash dengan guna mesin basuh ni
untungnya semalam thaqyf mood ok nk dok bebaik dalam bath tab dia main2 air sabun
tu pun aku upah bfast dulu baru berendam hehe
pas siap je semua, aku mandikan dia
siap2kan & pakai socks sebab sejuk sangat hehe
suami bancuh susu
masuk buai
sleeppppp
 
aku pun elok siap mandi bagai
pastu sama2 la sleep sebab bgn awal kan
kol 12tengahari tdo xhengat nak lunch


---------------------------------------------------------------------------------------------------

update : 14.04.2014
untuk baby
1) MB
2) deep freezer - budget dalam RM800 ke bawah je
3) lereng besi - 2pcs (beli kat btg kali)
4) penyangkut pakaian - RM200 (beli kat btg kali)
5) set pengurusan uri - RM40
pas balik dr manjaku, aku ajak suami singgah Mumdreams
set yang ni xde kotak
harga RM30.00

6) minyak telon
7) minyak rambut, talcum powder & keperluan diri baby yang lain2
done
8) shaver kuning - 5pcs
9) bottled wet tissue
10) duit untuk aqiqah RM2,000.00

untuk aku
1) milo 3in1
2) kurma & air zamzam
3) cream cracker & bekas kedap udara
4) sudu
5) sandal
6) postnatal product

7) berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka
8) selipar toilet