Assalamualaikum
Quit?
or
continue working?
dilemma
(@__@)
sebenarnya kita ni xpernah puas dengan pilihan kita
sebab itu adalah nature manusia
kalau bekerja, cemburu dengan kawan yang menjadi surirumah
surirumah pulak cemburu dengan rakan2 yang bekerjaya
sedangkan itu adalah pilihan kita
seriously, masa belum nikah dan masa belum ada anak
aku ego
aku rasa aku cukup mampu untuk menjadi isteri dan ibu yang punya kerjaya
aku cukup yakin aku mampu menggalas tanggungjawab ini
segalanya kelihatan cukup mudah di mataku
tapi bila aku telah menjadi isteri
menjadi ibu
masih meneruskan kerjaya sebagai PTD
memangku dan ditempatkan di bahagian baru
sungguh, terkadang aku rasa terduduk
tak mampu
lemah
rapuh
bukan kerana workload
tapi kerna mengenangkan anak yang diserahkan ke tangan pengasuh di nursery
cukup ke makan yang aku bekalkan?
makan ke?
sihat ke?
mandi ke?
mainnya macamana?
macam2 bersarang di kepala
dan segala2nya adalah tentang anak
itulah ibu
tu yang kadang buat aku rasa nak berhenti kerja
berangan duit berjuta jatuh ke riba
bayar segala hutang piutang
hidup debtless
duduk rumah
mengasuh anak
homeschool
buat business
sediakan keperluan suami dan anak
indahnya rasa
anak sakit pening xperlu fikir dengan rasa bersalah nak apply cuti
nak kena fikir kerja yang menimbun di pejabat
macam2
tapi sebagai manusia biasa, aku juga tak lari daripada rasa tamak
mau menjadi ibu yang punya kerjaya
dipilih ke skim ini sudah cukup baik untuk aku
mahu anak2 bangga punya ibu ada kerjaya bagus
mahu suami bangga isterinya punya kerjaya
mahu maa dan ayah bangga dan lepas lelahnya kerna anak perempuan ini mampu mencari rezeki sendiri
mampu bayar ansuran kereta dan rumah dengan hasil titik peluh sendiri
siapa tak bangga kan
tapi itulah namanya manusia
ada sahaja yang tak kena
ada sahaja yang tak puas hati
nak pohon CTG, sayang pula fikirkan seniority
lebih sayang mahu melepaskan anak nanti
dilema
dilema
dilema
nak hire maid, hati belum cukup berani
masih xkuat nk mempercayai orang lain selain keluarga sendiri
lalu, apa pilihan yang ada??
tekadkan hati
aku perlu teruskan kerjaya kerna aku sudah punya komitmen
selain melangsaikan hutang dunia
sedikit sebanyak bisa menghulur pada maa ayah dan boy
sekurang2 boleh beri yang lebih untuk anak2
buat anak2 terutamanya
semoga kalian redha dengan pilihan mommy
meletakkan kalian di tangan yang lain sementelahan mommy bekerja
buat suami, semoga bertabah dengan rajuk ketawa isteri
adakala bila tenaga seakan habis, rajuk dan muncung je la hidangan buat suami
hehehe
mau dipujuk
mau ditanya bagaimana hari berlalu
supaya hilang segala lesu
terkadang aku ketawa persis manusia paling bahagia
tika itu tenaga serasa diserap diseluruh belikat
seronok membuat kerja
at now, aku anggap tempoh akhir kehamilan membataskan banyak perkara
tenaga tak sekuat dulu
badan tak sesihat selalu
semoga selepas melahirkan nanti, segalanya kembali normal
fikiran kembali tenang
hati kembali senang
dengan segala keputusan
kekal meneruskan kerjaya dan melaksanakan tugas sebagai isteri & ibu yang baik
tekad,
Aisyah
No comments:
Post a Comment