Tuesday 20 December 2016

are you happy? ask yourself


ketenangan akan datang apabila kita perbaiki hubungan kita...

Assalamualaikum

as time goes,
macam-macam berlegar dalam kepala ni
tentang hidup
tentang mati
tentang amal ibadah
tentang perbelanjaan keluarga
tentang maa ayah
tentang anak-anak
tentang perkahwinan
and the list goes...

tu tanda usia semakin meningkat dan kita semakin matang barangkali
sebba kita dah mula fikirkan tentang risk and affect
kita mula menimbangtara setiap perlakuan dan keputusan kita

serabut kan

di dada-dada akhbar dan social medi terpampang pelbagai bad news
macam-macam
manusia kian hilang pertimbangan dek desakan hidup
manusia mula hilang akal dek tenggelam dalam dunia khayalan sendiri
manusia mula hilang perikemanusiaan dek arus pemodenan

tanya diri kita,
bahagiakah kita?
tenangkah kita?

tak kan..

aku selalu percaya ketenangan dan ketenteraman urusan di dunia bergantung pada SOLAT kita
kalau tak solat, mesti mcm2 hal jadi
semua serba tak kena
solat tp akhir-akhir waktu pun sama

contoh bila kat traffic light
elok kita nk smpai, lampu bertukar merah
then we have to wait

frust kan

kita hanya akan memperolehi ketenangan bila kita perbaiki hubugan kita dengan Dia
kita perbaiki ibadah kita pada Dia
kita perkemaskan amalan kita untuk Dia
insyaAllah pasti segalanya berjalan lancar buat kita

ingatan ini sesungguhnya hanya untuk aku
demi Tuhanku
demi kehidupan di alam barzakh
takut bila kenang dosa dan khilaf sendiri
rasa nk ulang semula waktu
nk perbaiki macam-macam

namun, demi masa depan
aku teruskan 

bermula di garisan permulaan seperti dahulu
jaga waktu solat
jaga aurat
jaga ibadat

kalau mula tak 'selesa' dengan sesuatu atau seseorang
aku berundur/unfriend/unfollow

lebih mudah

tak mahu nnt hati bersangka buruk
akal berfikiran negatif

tak mahu

sedang dosa sedia ada terlalu banyak
taknak menambah dosa lagi

Allahu
sesungguhnya ketenangan akan datang apabila aku memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH yang satu..

Thursday 15 December 2016

Surah Al Mulk

assalamualaikum

posting kali ni nak share tentang amalan membaca surah al-mulk sebelum tidur
setahun tinggal di asrama semasa tingkatan 1 mmg tak pernah miss
sebab wajib
pastu bila dah duduk luar (read : berulang dr rumah), tetap amal cuma kadang2 termiss
pastu bila sambung belajar kt KISDAR (sekarang KUIS) dan IIUM, teruskan juga

cumanya bila dah mula keje
lebih byk y miss daripada baca
my bad
penat keje dan hal-hal duniawi, balik rumah terus tidur
takat niat je huhu
so skrg ni nak mulakan semula
baca surah al-mulk setiap malam..
tak banyak pun, 30 ayat je
Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..

macam yang kita tahu, surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

rasa mcm dah bertahun2 rugi
(*_*)
kejar duniawi sehingga merugikan saham sendiri
masa yang berbaki ni, nk manfaatkan sebaiknya

yang lagi satu nak perkemaskan 
solat dhuha
kuatlah aisyah
masa tak lama yang ada
dosa kian bertambah
mohon doakan untuk saya 
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN


Friday 9 December 2016

6th anniversary 10.12.2016

esok, ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6
10.12.2010 - 10.12.2016

doaku
semoga ada sinar yang lebih terang
semoga ada cahaya yang lebih indah
semoga ada kasih yang lebih subur
semoga ada sayang yang lebih utuh
semoga ada cinta yang lebih di kalbu
semoga ada toleransi yang lebih jitu
semoga ada jiwa untuk terus bersatu
demi Allah dan RasulNya

AISYAH


kuatlah wahai hati


usah biar sedih membelenggu kehidupan
menangis la sepuas hati
tapi bukan untuk meratapi nasib diri
gugurkanlah segala yang merosakkan hati
semoga kuat mendepani hari2 nanti
inagtlah, Tuhanmu sentiasa di hati


AISYAH