Thursday 27 February 2014

New Born Check List

Assalamualaikum

mengantuk
ni la akibat makan terlebih
tu baru nasi tomato & cendol
kuih cucur baru sekeping

ada lagi pulut kuning & rendang daging dan kuih muih
beli ikut nafsu 
ekekekke

nak hilangkan mengantuk, tengokla semula gambar2 lama thaqyf
gambar masa dia baby
comel
gebu
demok

sekarang ni dah susut sikit
handsome
charming

BTW, semalam google website Manjaku dan ada la NB check list
saja save
ok la juga

so, aku share kat sini kot2 ada yang tersesat jumpa blog ni
hehehehe


New Born Check List

Newborn Apparel
□ Bodysuits - romper Thaqyf ada lagi..kurang lebih ada 10pcs
□ Infant Cap  - beli la sikit nanti. xguna sgt pun sebab cuaca panas
□ Mittens and Booties  - akan beli nanti..yeay
□ Blankets  - beli beli beli
□ Swaddle 

Bottle Feeding
□ Feeding Bottles & Teats 
□ Pacifier 
□ Pacifier Holder 
□ Formula Milk Dispenser
□ Bottle Brush 
□ Steriliser 
□ Bottles Drying Racks 
□ Bib


Breast Feeding
□ Breast Pad 
□ Nipple Cream 
□ Nipple Protector

□ Breast Pump  - baru ni beli avent manual dah..medela FS pun ada lagi..
□ Breast Milk Storage Container  - nak beli y plastic
□ Bottle & Food Warme
□ Nursing Pillow - done
 

Bath & Grooming
□ Bath Tub - done
□ Bath Toys
□ Bath Seat for Mom
□ Water Temperature Indicator - done
□ Bath Towels - baru beli 2pcs. nak tambah lagi 4pcs
□ Toiletries (Baby Bath & Shampoo)
□ Baby Comb and Brush - done
□ Skin Care Products(Nappy Rash Cream)  
 Lotion, Baby Oil, Talc)
□ Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors)  - nail clipper done


Sleeptime
□ Crib /Cradle - buai dah ada..so, gilir2 je la abang dengan adik nanti..
□ Electronic Cradle System
□ Crib Set (Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) - nk tempah comforter patching nama dengan syaznie je nnt. untuk Thaqyf dah tempah..
□ Bedding Set (Newborn Pillow & Bolster & Mattress ) - done.
□ Waterproof Bed Pads
□ Blanket
□ Night Light - ni memang nk beli juga. lum pernah survey lagi..
□ Musical Mobile
□ Baby Monitor - xsure perlu ke tak..sebelumni xpernah guna pun. lagipun kami tdo sebilik sekatil setoto hehehhehe
 

Health & Safety
□ Medicine Set (Medicine Dropper, Medicine Syringe) 
□ Nasal Aspirator 
□ Oral Care Kit 
□ Thermometer - done
□ Weight Scale

Travel/ Baby Gear
□ Infant Car Seat  - done
□ Stroller / Travel System  - done
□ Baby Carrier / Sling
□ Mama Bag 
□ Changing Mat 
□ Infant Head Support 
□ Thermal Insulation Product (hot water) 
□ Portable Baby Bed / Playpen
□ Stroller or Car Seat Toys - ada abg thaqyf punya


Playtime - guna yang abang thaqyf punya je..banyakkkkkkk
□ Soft Toys 
□ Musical & Educational Toys 
□ Teethers & Clutching Toy
□ Play Gym/Activity Mat 
□ Books, VCD & CDs

Tuesday 25 February 2014

Thaqyf dan mommy

Assalamualaikum

jarang ada pic kami berdua hehehe
tapi memang ni anak mak
sekrang ni suka sangat dia peluk cium aku
aku doa moga berkekalan dia nak peluk cium mak dia ni sampai besar
semoga dia tak malu nak peluk cium aku pasni
ameen

mommy sayang kamu Muhammad Thaqyf

ni masa dinner kat CRS

aku nak belajar masak nasi ayam hainan sebab thaqyf suka makan
kat CRS ni sedap tapi muak maybe sebab byk tambahan perasa kot

suap anak makan bagi kenyang dulu baru mak makan
lebih anak pun xpe ekekek
tp bukan sisa
kami share foods
(^___^)







 

Thaqyf dan Daddy

Assalamualaikum

ni pun hasil 'curi' juga hehehe
masa malam tahlil kedua
suka sebab mereka berbaju melayu
aku memang hadap weiiii kalau lelaki berbaju melayu ni
cairrrrrrrrrrrrrr

aku snap gambar2 ni
suka tengok depa dua beranak
thaqyf dok ngecek nasi goreng kat daddy
pricless haaaaa
 






 

Thaqyf dan Atok

Assalamualaikum

dapat 'curi' photo Thaqyf dengan atok
ni masa hari selasa selepas selesai urusan pengebumian FIL
kami mandi dan rehat di rumah cikmi di Semenyih Indah

ni time petang
masa ni depa berdua sedang makan buah mangga dan jambu air
cikeza beli
sedap woooo

so, ni moments captured by daddy
sama je dengan atok
atok mengunyah, thaqyf mengunyah
atok diam, thaqyf diam
hasihhhh, comel sangat tonik mommy ni










hati yang rapuh tiba2

Assalamualaikum

semalam MC
kurang sihat
lain macam punya kurang sihat
since last friday lagi
ada je yang tak kena

badan itchy
kepala berdenyut
dada rasa sempit
tak boleh tidur
tak boleh nak baring
semuanya serba tak kena

sudahnya pagi semalam ke Klinik Kesihatan Presint 11
lama juga consult dengan MO
rezeki takde patient time tu
siap buat ujian jantung lagi
kotla ada yang xkena
so far semua ok
cuma heart beat laju sangat
MO kata banyak sebab
satu, kalau kita nervous
dua, kalau kita kurang rehat, penat
tiga, kalau badan kita kurang oksigen
ni antaranya la...

cemas weiiiii
ada masalah jantung ke hapa aku ni
32 tahun kot
tapi dok terfikir gak, aku ni tak pernah exercise
ada kemungkinan jugak
huhuhu

pastu MO sendiri yang bagi MC satu hari
rehat
tapi di rumah pun masih xmampu nak rehat
bila thaqyf tidur around 1pm tu aku ingat nak kemas rumah
tapi bila fikir better aku rehat
take a nap
nnt bangun sama2 dengan thaqyf

dapatlah nap
feeling better
cuma masih xde selera nak makan walau perut dah berdondang sayang

hati semakin sensitif
emosi semakin nipis
segalanya cukup mencubit rasa di hati

suami tak call, nak terasa
suami tak whatsapp, nak terasa
suami tak text, nak terasa
tapi memang pun
dengan isteri sampai xsempat nak tanya khabar
mestilah terasa kan
dahla isteri sedang berbadan dua
sedang dalam fasa serba xselesa dengan keadaan diri
at least make effort la tanya khabar isteri

tapi tu la
aku malas nk demand
suami sekarang kena tanggung kerja
kerja hakiki yang dah memang senak semput
call yang tak putus2
kalah MOCC

malas aku nk complain
malas aku nk demand
malas aku nk request

senyuman dan tawa thaqyf dah cukup jadi tonik untuk aku dan Pelangi
beri masa pd suami untuk adjust diri
kerja menggunung tinggi
berulang setiap hari
belum tentu ada yang mampu tahan diri kan

semoga ada kemanisan dalam pengorbanan kami - aku dan suami
aku berkorban rasa dan tenaga menguruskan rumahtangga dan kerjaya
suami berkorban masa di atas jalan raya demi kerjaya


- hati yang rapuh tiba2 -
 

Thursday 20 February 2014

al-fatihah buat ayahanda mertuaku Abdul Latif bin Ismail

Assalamualaikum

hari ni kerja tapi semangat nun hilang entah ke mana
mood pun melayang bagai ditiup angin

Isnin lepas l/kurang jam 10.20malam, ayah mertua aku menghembuskan nafas terakhir
aku sedikit terkilan 
bukan apa, suami xde di sisi ketika ayah pergi
suami ada bersama aku sedang makan nasi berlaukkan sambal sotong dan kavcang buncis goreng telur
(T___T)

actually, suami on leave isnin lepas
sepanjang hari di sisi ayah di Semenyih bersama beberapa orang saudara rapat
selepas maghrib suami pulang
tu pun sebab abang dia (long mat) minta tolong hantar ke Hentian Kajang
nak balik Dungun dan datang semula on Thursday

so, suami sampai rumah (P11) around 10pm
aku memang dah siap hidang dinner
sambil makan aku on 135 konon nk layan Projek Memikat Suami
sambil tu juga suami bercerita tentang ustaz yang dtg mengubat ayah
tak sampai setengah jam, long mat call bgtau ayah dah takde
long mat pun turun di KL dan amik cab patah balik ke Semenyih
suami pulak terus stop makan tapi aku suruh habiskan nasi di pinggan
siap makan, suami mandi dan bersiap
terus gerak ke semenyih semula

aku call maa ayah bgtau
Thaqyf dah lena
sebab tu kami xke Semenyih
tunggu update daripada suami je
almost 1am camtu, baru dapat update
sebab suami tunggu abis tahlil 

maa ayah terus gerak, tidur di rumah cikmie di Semenyih Indah
suami sampai rumah l/kurang jam 2am ++
insyaAllah, jenazah ayah akan dikebumikan selepas zuhr
mandi around 10am kata suami

esoknya, jam 8am selepas settle few things, kami gerak ke Semenyih
Thaqyf masih tidur
angkat dab baringkan di seat belakang
otw ke sana, biras aku call tanya agak2 jam berapa suami akan sampai
tular plan
nak mandi jenazah dah sebab nk kebumi sebelum zuhr

sepanjang jalan kami mengaji sendiri2
suami drive kemain laju
siap cakap semoga ada rezeki nk mandikan jenazah ayah-bakti akhir

Alhamdulillah, sampai je, park kereta di perkarangan surau
suami terus ke rumah adik
nak bawa jenazah mandi di surau
aku stay dalam kereta sebab thaqyf masih tidur
maa ayah tengah bersiap
aku sempat pesan kat maa tolong belikan bfast

elok selesao mandi jenazah, thaqyf pun bangun
maa mandikan thaqyf kat rumah dan maa suh aku makan dulu
buat alas perut
siap semua, kami ke surau
suami pun sempat tukar pakai baju melayu dan slack
maa sempat sertai solat jenazah
aku jaga thaqyf

kemudian, aku, ayah, maa & thaqyf ikut suami ke kubur
alhamdulillah, l/kurang jam 11am ++ jenazah selamat dikebumikan
kemudian kami balik rumah adik semula
suami bag duit pada adik iparnya untuk urusan lain
kemudian, kami ke tesco beli air mineral dan biskut, beras, gula teh etc
untuk yang datang menziarah

siap solat zuhr, aku ayah maa dan thaqyf rehat ke rumah cikmie
suami g kubur sebab bff dia - Jitdoe, gatdie dan wife acha dtg melawat

mlmtu selesai bacaan yasin dan tahli buat ayahanda Abdul Latif bin ISmail
Al-Fatihah

sampai di rumah, suami cakap, that is the end of one chapter
simple tp cukup mendalam

suami, bertabahlah..
kami ada dengan kamu..


Monday 17 February 2014

the story behind you date of birth

Assalamualaikum

hai, saja nak share..betul ke idok tu xpela..
hehehe
 
source : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748116655201570&set=a.166393080040600.40828.154611887885386&type=1

SO TRUE !!

Hey this is really true and see it will work for you too..

If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month U r number 1…
If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any month then U r number 2…
If U were born on the 3rd, 12th, 21st, 30th of any month then U r number 3…

HUBBY

If U were born on the 4th, 13th, 22nd, 31st of any month then U r number 4…
If U were born on the 5th, 14th, 23rd of any month then U r number 5…
If U were born on the 6th, 15th, 24th of any month then U r number 6…
If U were born on the 7th, 16th, 25th of any month then U r number 7…

AKU

If U were born on the 8th,17th,26th of any month then U r number 8…
If U were born on the 9th,18th,27th of any month then U r number 9..

THAQYF

Number 1
You are smart, straight talking, funny, stubborn, hardworking, honest,Jealous on competing basis, kind hearted, angry, friendly, authorities, Famous person… always want to be and regarded as first on people position, they are often like to be independent, will never be under others, self confident people!
You are most likely to fall in love in the younger age, but will get marry when you mature! You are likely to have problems with people who have opposite views
And you are most likely to take revenge over your enemies in a long time basis. You are a spender, but you will have a good profession in the future.
If you are guy you will be very popular that everybody will have mental attraction and respect at you. You can go anywhere from the local shop to the heart of the parliament because you are positive and well talented in numerous issues!! But in your life you will always have some people who will work hard to bring you & your name down. This is undercover!! Coz of your smart behavior you will be hated by some people too…
Your family life is very cool, you will have a very nice partner & wonderful children… You are pioneer, independent & original…
Your best match is 4,6,8 good match is 3,5,7 !!!

Number 2
No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the moon and every one loves the Moon. Well.. You are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.
Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).
If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words are a kind of would be happening true! So without any knowledge you can predict the situation. You will become poets, writers, any Artistic business people!
You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry.. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family. If U r a man you will involve in fights & arguments in the family or Vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of Your family…You are gentle , intuitive with a broad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!
Your best match is 2 ,5 ,9 no other people can put up with you !!!

Number 3
You are a person of hard hearted, selfish most of the times, religious, loves to climb up in your life. You always tend to have lots of problems within your family in the early stages but you will put up with everything.. You have the strong word power, pretty happy face.. So wherever you go always you have got what you wanted!!! And from the birth always wanted to work hard in order to achieve something.. You will not get anything without hardwork! When you reach a man/ woman age you want other younger once to listen to you because you want younger people to respect people older than them. You do set so many examples to others.
Generally you are not a cool person. It’s not easy thing dealing with you. A tough player you are! But once you like someone’s attitude then here you go, what can I say? It will be a lasting friendship. You always have respect from others.
Your life seems to have lots of worries and problems but sure they won’t be long.. you will always have brilliant kids!!! You love the money a bit too much so temptation will push you to endless trying and trying.. If you are a guy then it’s over. Looking after your family and help friends, so you will spend a life time just being generous and kind (except 21st born men). And number 3s you will
be such an example of how to be in the culture & life!!! If you are girl then you have good character and culture & hardworking attitude. You always follow.
You are a freedom lover, creative, ambition focused, a person who brings beauty , hope & joy to this world!!!
Your best match 6 ,9. Good match 1 ,3 ,5 !!!


Number 4
You are very stubborn too, very hard working but unlucky in important matters in life, very cool, helpful, you have rough word power.. Might put lots of people away from you, you may cause nuisance to others if you are a man, and you often understands others and their problems well. If you are a girl you are very good with studies and arts. If you are a guy you spend most of the time after girl friends (almost) at times, you will have sort of too much fun life with mates & girls. Your friends will spend your time & money and get away with their life and you will become empty handed and don’t know what to do… So be careful!! You love to spend anyway!!!
Your good will is you are always there to help family and friends. Tell you what you people are little gem! s, specially the girls.. You always fall in love in younger age as well. You often live with disappointments, for an example you have got a degree in some thing… but you will be unemployed.. or will do very ordinary jobs.
But you will take care of your family very well…All you need to be careful of people who will take advantage of your kind heart. And beware of your relations too..
You are radical, patient, persistent,a bit old-fashioned, you live with foundation & order…
Your best Match 1, 8. Good match 5 ,6 , 7 !!!

Number 5
You are very popular within the community, you can get things done by just chatting..to even enemies! You have a pretty good business mind, you are often have no-idea what is today is like, or tomorrow is like, you are a person who does anything when your head thinks “lets do this”. You will be famous if you open up a business, get involve in share dealings, music etc.. Very popular with sense of humor ,you are the one your friends and families will always ask for help, and you are the one actually get money on credit and help your friends. You will have more than 1 relationship, but when u get settle down you will be a bit selfish anyway. Coz your other half will have a pretty good amount of control in you, be careful! You tend to go for other relationships! Contacts even you are married at times ‘coz your popularity..
You are someone who get along with anyone coz the number 5 is the middle number.. Changes & freedom lovers you are! You are an explorer with magic on your face. You learn your life through experience and it’s your best teacher!!!
Your best match 1 ,2 ,9. Good match 6 ,8 !!!

Number 6
Ooopppss..you are born to enjoy.. You don’t care about others. I mean you are always want to enjoy your life time, you are a person.. You will be very good in either education or work wise or business management! You are talented, kind (but with only people who you think are nice), very beautiful girls and guys, popular and more than lucky with anything in your lives. All the goodness does come with you. Your mind and body is just made perfect for love.
You are lovable by any other numbers. But if you are a number 6 man, you will experience kind of looks from most girls and will involve in more than few relationships until you get married. If you are girl, most of you will get marry/engaged early. You are a caring person towards your family & friends .
If you miss the half-way mark then you are about to suffer physically and mentally. Generally you will lead a very good inner-home happiness with nothing short of. You are a person of compassion, comfort & fairness, domestic responsibility, good judgment, and after all you can heal this world wounds to make peace for every life coz you have the great power of caring talent to make this world of love one step further…
Your best match 1, 6, 9. Good match 4, 5 !!!

Number 7
You have got the attraction to anyone out there, you are realistic, very confident, happy, such a talented individual with your education, music, arts, singing, and most importantly acting too. You have real problems with bad temper! If you are a girl, you are popular with the subjects listed above.
You give up things for your parents. I mean you value your family status a lot, you will be in the top rank when you reach a certain age. If you are a guy you are popular with girls, you are a very talented too. Most of the number 7s face lots of problems with their marriage life.
Only a very few are happy. You have everything in your life, but still always number 7s have some sort of unfullfilness, such worries all their lifetime.
It’s probably the Lord given you all sort of over the standard humans talents and you are about to suffer in family life. So you need to get ready looking for a partner rather than waiting. If you don’t, then you might end-up single. So take care with this issue, ok?
You are wonderful, friendly, artistic, happy person.. You are born to contribute lots to this world!!!
Your best match is 2. Good matches are 1,4 !!!


Number 8
You are a very strong personality, there’s no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say “this is what”.
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family. You often suffer all the way in life.
The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may die in the war too. You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.
Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you! u become safe. You will face un-expected problems such as :
the error, government, poisonous animals, accidents.
You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter!
Your Best match 1 ,4, 8. Good match 5 !!!

Number 9
Hey…you guys are the incompatibles people in the world. You are so strong, physically and mentally… You are often have big-aims. You will work hard and hard to get there. Normally you suffer in the early age from family problems and generally you will have fighting life.. But when you achieve what you have done, it’s always a big task you have done! You are so much respected in the community, you are a person who can make a challenge and successfully finish the matter off.
You are very naughty in your younger age, often beaten up by your parents and involve in fights and you seemed to have lots of injuries in your life time. But when u grow you become calm and macho type.
Love is not an easy matter for you. You are good in engineering or banking jobs coz people always trust you.
Your family life is very good, but will have worries over your children.
Your such qualities are humanitarian, patient, very wise & compassionate.
You are born to achieve targets and serve every one all equally without any prejudice.
You are totally a role model to anybody in the world for a great inspiration.
Your Best match 3, 5, 6, 9. Good match 2

Friday 14 February 2014

boy or girl..pelangi mommy ni...

Assalamualaikum

3.10pm
uiiiii tak sabar nak tunggu 5.30pm
lunch time tadi just keluar g Laman Perdana tapau makan dan mkn kat pantry
pastu all the time siapkan keja
with my own sweet time
xrush
xkena push hehehe

jadi, few files dah selamat masuk ek bilik boss
boss pulak pening
aku dah tak pening 
hehehe

owhh, Alhamdulillah, kalau ikutkan calculation, aku dah 24minggu
by day, insyaAllah another 111 days to go
terasa pantas masa berlalu
tu yang terfikir apa persiapan pun xbeli lagi
duit pulak banyak guna sekarang
sebab uruskan ttg pembelian rumah+loan BPP
nk bayar lawyer je RM3k
tunggu lawyer courier document
itu ini begitu begini ada je yang mengalir
tapi bukan sebab yang bukan2
rumah ni memang komitmen tinggi
kata aset

okla, bercakap pasal kehamilan ni, banyak2 perkara yang paling orang suka (sibuk) nak tau adalah jantina baby kan
haaaaa..macam kes aku
sebab anak pertama lelaki, makanya harapan orang lain adalah perempuan
selalu dapat remarks like
'untungla kalau dapat anak perempuan lepasni'
'minta2lah baby girl'
'kalau girl best la ko kan'
etc..kurang lebih maksudnya sebab nak kan sepasang
apapun aku ucap terima kasih pada yang mendoakan kami dapat baby girl

cuma kalau boleh doakan je la yea..
xkisahlah boy ke girl ke
bukan apa, aku dan suami kalau ikutkan memang teringin nak baby girl tapi kami realistik
hal anak ni, bukan ditangan kita
Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik
kalau kali ni dapat baby boy pun, xpe
seronok juga
best juga
untung juga
macam filem Khabi Kushi Kabhi Ghurm - Rahul dan Rohan
akrab
handsome
bijak
beradab
hormat ibu bapa
kan...

janganlah kill the joy
aku tak risau pasal aku atau suami
tapi pasal pelangi
kan pelangi dah boleh dengar
aku tak mau sedari dalam kandungan pelangi dah dengar sst yang xsyiokkkkk
sebab tu kalau sp2 ckp pasal nk teropong jantina pelangi, aku stay away

aku akui, kehamilan kali ni jauhhhhhh beza dengan yang pertama
aku tak nak kata sebab pembawakan baby (boy/girl)
tapi lebih kepada faktor usia dan cara hidup

dulu, xde anak..bdua je dengan suami
duduk rumah apartment
kerja bahagian lain

ini kali, selain suami, kami dah ada thaqyf
for sure kehidupan kami berubah 100%

duduk di rumah landed
for sure lebih banyak perkara perlu dilunaskan

kerja di bahagian lain
for sure banyak perkara perlu aku pelajari

jadi, semua2 ni antara faktor kenapa aku nampak berbeza
i mean hamil masa anak 1st tak sama mcm anak 2nd ni
in fact, setiap anak itu unik dan tersendiri
hatta kembar seiras sekalipun

ni, aku ada google tentang ciri2 hamil baby boy or girl
mungkin kebetulan
mungkin memang benar
mehla aku bagi remark yea..


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.

- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
nanti aku tengok semula buku pink masa zaman Thaqyf

- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
sampai sekarang aku tak pandai detect perut ke depan ke lojong ke apa ke

- Perut anda “rendah”
rendah yang mcmana?

- Anda sangat berseri-seri ketika hamil
akulah manusia paling selekeh masa tu. sebab tu ramai teka aku expecting baby girl. Ya Allah, tahap takde daya dan mood nak berhias sampai syimah cakap, akak solekla sikit bagi muka tu berseri. tapi nan hadoooo aku buat

- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan
aku mabuk terukkkkkk weiiiii..sampai usia kandungan masuk 5bulan aku masih lagi tak boleh makan dan muntah2..mana datang tak mabuk hamilnya

Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri
ini mungkin benar tapi berlaku semasa selepas bersalin sb baby banyak DF sebelah kanan. jadi size macam tak balance but now dah 50-50 ekekeke

- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar
tak pernah pulak aku cuba buat

- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
ni la antara yang aku tak suka. aku prefer ikan. ayam pun xberapa nak

Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil
tak ingat laaaa

- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing
aku tak pernah buat. apa rasionalnya. kenapa cincin kahwin?  i mean apa kaitannya..

Kulit anda menjadi kering
aku memang jenis dry skin kinda person daripada zaman sebelum kahwin lagi

- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan - semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap
umur = 29 tahun bulan = 10. jawapan 39

- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
aku memang jenis rambut lebat hitam berkilat. orang kampung kan...

Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.

- Anda lebih mudah diserang sakit kepala
boleh tahan juga kena sakit kepala

- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
aku tak pernah check pulak arah mana. tapi aku tidur selalunya kiblat kat kepala. atau atas lambung kanan menghadap kiblat

- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah
tak ingat pulak kalau aku pernah buat. ada ke orang minta??? hurmmmm..tak ingat

- Anda tidur mengiring ke kiri
aku tidur mengiring ke kiri dan ke kanan sahaja..ikut keselesaan..tak plak rasa banyak ke kiri..mungkin juga..

- Air kencing anda berwarna kuning cerah
sebab aku jenis peminum air masak yang banyak. jadi urine aku biasanya warna cerah or putih

- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu
tindakan luar sedar..tak ingat dah ahhahahah

- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda
aku tak makan garlic gitu je

Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”
takde anak sebelumnya

- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
takde anak sebelumnya

jadinya berdasarkan kepada remarks aku di atas tu, rasa2nya mcamana? cuma instinct aku memang baby boy..itu je..daripada awal lagi..maybe sebab aku memang nak anak lelaki time tu..

 

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.

Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit
nanti aku check buku pink pelangi

Perut anda bulat
ni aku xreti2 lagi tengok. cuma aku rasa pinggang aku penuh dah..perasaan tu rasa smpai terkeluar frame dah..ke sebab aku dah mengembang..ntah

Perut anda “tinggi”.
ni pun aku xreti tengok tinggi rendah

Muka anda tidak berseri-seri
suami aku kata aku nampak lebih elok jika dibandingkan masa 1st pregnancy. maksudnya xdela selekeh. pandaila berhias2

Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan
sama je macam masa hamilkan thaqyf. almost 18weeks baru aku stabil dan ok.

Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan
so far aku tengok sama besar sama padat je hehehhe

Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang
nanti aku try buat

Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula
betul.suka sangat makan donut bergula dunkin donut tu

Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri 
nanti aku try buat
 
Kulit anda lembut.

Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa
i think, i feel better in managing the feelings..nak marah ke apa ke dah pandai kawal

Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas
takdelagi yang minta buat

Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku
tindakan luar sedar. tak ingat weiiiii

Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih
tak pernah makan macam tu je..

Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil
umur = 31 tahun bulan = 9. jawapan 40

Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil
maybe

Anda tidur mengiring ke kanan
sebab ikut sunnah. lagipun bergantung pada keselesaan ketika itu

Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur
tak pernah check

Air kencing anda berwarna kuning samar
aku minum air masak banyak jadi warna urine tu cerah. lagipun kalau makan any supplements pun blh effects warna urine jadi kuning pekat

Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”
aku tunggu 1st word thaqyf..

sebenarnya aku bukan nak menidakkan kehebatan orang perkara2 ni..cuma untuk kes aku ni rasanya tak berapa sesuai kot hahahha..ntah..maybe kebetulan..aku selalu doa semoga anak2 aku sihat, sempurna akal fikiran dan fizikalnya, elok budi pekertinya..semua yang baik2 belaka untuk anak2 mommy - Thaqyf dan Pelangi

mommy pun cuba taknak mebeza2kan kalian by color generic or game generic
i mean sikit2 okla
but kalian berdua deserve the fair attention from mommy and daddy
kalau dua2 lelaki, sama je
kalau sepasang pun sama juga
insyaAllah, xkan mommy atau daddy beza2kan kalian berdua






 

bapa mertua...

Assalamualaikum

memulakan minggu ini dengan penuh semangat
namun menjelang di pertengahan minggu, terasa lesu
mungkin kerna kudrat sudah tak sekuat dulu
huhuhuhu

rabu lepas balik kerja almost maghrib
pastu layan Ariana Rose (aku memang jenis akan follow masa dh last2 episod ehhehe)
in between mandi dan solat
pastu tiba2 suami ajak g umah adik dia di semenyih
katanya ayah tak sihat
dalam hati aku nak marah dah ni
kenapala tak bagitau awal2
rupanya daripada pagi suami dah tau
tp hat nak marah tu aku pendamkan sebab tengok suami pun lain je
so, pas 8pm tu kami siap2
g makan jap di P11 sebab niat nak tapaukan sup keting utk mrk
tp xde rezeki. dah habis

sampai semenyih around 10pm
ayah baring je
bercakap pun xfaham butir bicara
aku biarkan suami dengan ayahnya
aku dengar suami mengaji di telinga ayah sambil mengusap tangan tua itu
sesekali dia menyeka air mata
bimbang tumpah agaknya
sayu sangat dihati
kerna ia mengingatkan aku pada arwah nenek

aku layankan thaqyf bermain
sesekali fathimah (anak sedara) yang baru setahun join juga
aku perhatikan sepupu2 ni bermain
membiarkan suami dan adiknya berbincang perihal ayah

11.30pm kami pulang
sampai je di rumah aku flat
mengantuk dan badan rasa penat sangat
suami uruskan keperluan thaqyf
 - tolong masak nasi bubur (walau kurang air tp syukur dia membantu)
dan cuci segala keperluan nursery thaqyf
kebetulan beg nursery aku dah siap2kn sebelum ke semenyih

dan malam td, suami ke semenyih lagi
ada majlis bacaan yaasin untuk ayah
aku dan thaqyf xikut
badan tak berapa sihat..maybe sebab xlunch + letih
thaqyf pulak meragam dah berapa hari tak poopoo
tambah pula ptgnya baru kena jab
badan panas sikit
sebab tu suami minta kami tinggal je di rumah

dari kejauhan, aku mendoakan ayah
bapa mertua yang tak berapa ku kenali peribadinya
kami tak rapat kerna perpisahan ayah dan arwah mak turut mejarakkan hub ayah dengan suami
namun, kami sentiasa menziarahi ayah dan mak (mak tiri suami)
adik2 sebapa pun aku kenal

 walau tak kenal perinya
walau tak tahu budinya
namun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah
kesejahteraan keluarga sebelah sana - mak, minah, acha dan adik beradik anak beranak sebelah mereka

kerna aku tahu kasih suami pada ayahnya
tak rapat tapi itulah satu2nya ayah
apatah lagi suami sendiri dah bergelar ayah
pasti hatinya lebih 'fragile' dalam hal ini

hati aku tersentuh dengan kelakuan suami semalam
sebelum ke semenyih, suami cium thaqyf bagtau daddy nak g tengok atok, thaqyf baik2 di rumah dengan mommy dan adik baby yea..
kemudian, suami cium dan usap perut aku
dibisikkan semoga atok sempat bertemu pelangi
ntah kenapa
aku sebak dengan kata2 suami
teringat pada arwah nek tak berkesempatan melihat wajah cicitnya (anak aku)
kerna nek 'pergi' ketika aku hamilkan Thaqyf 12minggu
bukan rezeki nek
aku redha
aku pasrah

sebab tu aku faham perasaan suami
mengharap agar ayah bisa btemu pelangi
ku kirimkan Al-Fatihah buat ayah
semoga diringankan kesakitannya

buat nek yang amat aku sayang
semoga nek bahagia di sana
Nora rindu nek
insyaAllah, tak lama lagi kami akan dapat baby lagi
Thaqyf akan jadi abang
kalau nek ada mesti nek akan duduk kat Batang Kali masa Nora bpantangkan
huhuhuu
Al-Fatihah untuk nek

sesungguhnya selagi mana kita punya ruang dan peluang, manfaatkannya
selagi ada hayat dikandung badan, kasihi mereka
ibu ayah ni tiada gantinya
hatta ibu/ayah tiri
takkan pernah dapat menggantikan ibu/ayah kandung
namun, kedudukan tetap sama

semoga aku juga mampu mbahagiakan maa dan ayah
walau bukan dengan harta
walau bukan dengan kemewahan
kerna aku masih butuh doa dan restu mereka


-aku-