Assalamualaikum
3.10pm
uiiiii tak sabar nak tunggu 5.30pm
lunch time tadi just keluar g Laman Perdana tapau makan dan mkn kat pantry
pastu all the time siapkan keja
with my own sweet time
xrush
xkena push hehehe
jadi, few files dah selamat masuk ek bilik boss
boss pulak pening
aku dah tak pening
hehehe
owhh, Alhamdulillah, kalau ikutkan calculation, aku dah 24minggu
by day, insyaAllah another 111 days to go
terasa pantas masa berlalu
tu yang terfikir apa persiapan pun xbeli lagi
duit pulak banyak guna sekarang
sebab uruskan ttg pembelian rumah+loan BPP
nk bayar lawyer je RM3k
tunggu lawyer courier document
tunggu lawyer courier document
itu ini begitu begini ada je yang mengalir
tapi bukan sebab yang bukan2
rumah ni memang komitmen tinggi
kata aset
okla, bercakap pasal kehamilan ni, banyak2 perkara yang paling orang suka (sibuk) nak tau adalah jantina baby kan
haaaaa..macam kes aku
sebab anak pertama lelaki, makanya harapan orang lain adalah perempuan
selalu dapat remarks like
'untungla kalau dapat anak perempuan lepasni'
'minta2lah baby girl'
'kalau girl best la ko kan'
etc..kurang lebih maksudnya sebab nak kan sepasang
apapun aku ucap terima kasih pada yang mendoakan kami dapat baby girl
cuma kalau boleh doakan je la yea..
xkisahlah boy ke girl ke
xkisahlah boy ke girl ke
bukan apa, aku dan suami kalau ikutkan memang teringin nak baby girl tapi kami realistik
hal anak ni, bukan ditangan kita
Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik
kalau kali ni dapat baby boy pun, xpe
seronok juga
best juga
untung juga
macam filem Khabi Kushi Kabhi Ghurm - Rahul dan Rohan
akrab
handsome
bijak
beradab
hormat ibu bapa
kan...
janganlah kill the joy
aku tak risau pasal aku atau suami
tapi pasal pelangi
kan pelangi dah boleh dengar
aku tak mau sedari dalam kandungan pelangi dah dengar sst yang xsyiokkkkk
sebab tu kalau sp2 ckp pasal nk teropong jantina pelangi, aku stay away
aku akui, kehamilan kali ni jauhhhhhh beza dengan yang pertama
aku tak nak kata sebab pembawakan baby (boy/girl)
tapi lebih kepada faktor usia dan cara hidup
dulu, xde anak..bdua je dengan suami
duduk rumah apartment
kerja bahagian lain
ini kali, selain suami, kami dah ada thaqyf
for sure kehidupan kami berubah 100%
duduk di rumah landed
for sure lebih banyak perkara perlu dilunaskan
kerja di bahagian lain
for sure banyak perkara perlu aku pelajari
jadi, semua2 ni antara faktor kenapa aku nampak berbeza
i mean hamil masa anak 1st tak sama mcm anak 2nd ni
in fact, setiap anak itu unik dan tersendiri
hatta kembar seiras sekalipun
ni, aku ada google tentang ciri2 hamil baby boy or girl
mungkin kebetulan
mungkin memang benar
mehla aku bagi remark yea..
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
nanti aku tengok semula buku pink masa zaman Thaqyf
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
sampai sekarang aku tak pandai detect perut ke depan ke lojong ke apa ke
- Perut anda “rendah”
rendah yang mcmana?
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil
akulah manusia paling selekeh masa tu. sebab tu ramai teka aku expecting baby girl. Ya Allah, tahap takde daya dan mood nak berhias sampai syimah cakap, akak solekla sikit bagi muka tu berseri. tapi nan hadoooo aku buat
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan
aku mabuk terukkkkkk weiiiii..sampai usia kandungan masuk 5bulan aku masih lagi tak boleh makan dan muntah2..mana datang tak mabuk hamilnya
Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri
ini mungkin benar tapi berlaku semasa selepas bersalin sb baby banyak DF sebelah kanan. jadi size macam tak balance but now dah 50-50 ekekeke
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar
tak pernah pulak aku cuba buat
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
ni la antara yang aku tak suka. aku prefer ikan. ayam pun xberapa nak
Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil
tak ingat laaaa
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing
aku tak pernah buat. apa rasionalnya. kenapa cincin kahwin? i mean apa kaitannya..
Kulit anda menjadi kering
aku memang jenis dry skin kinda person daripada zaman sebelum kahwin lagi
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan - semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap
umur = 29 tahun bulan = 10. jawapan 39
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
aku memang jenis rambut lebat hitam berkilat. orang kampung kan...
Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala
boleh tahan juga kena sakit kepala
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
aku tak pernah check pulak arah mana. tapi aku tidur selalunya kiblat kat kepala. atau atas lambung kanan menghadap kiblat
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah
tak ingat pulak kalau aku pernah buat. ada ke orang minta??? hurmmmm..tak ingat
- Anda tidur mengiring ke kiri
aku tidur mengiring ke kiri dan ke kanan sahaja..ikut keselesaan..tak plak rasa banyak ke kiri..mungkin juga..
- Air kencing anda berwarna kuning cerah
sebab aku jenis peminum air masak yang banyak. jadi urine aku biasanya warna cerah or putih
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu
tindakan luar sedar..tak ingat dah ahhahahah
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda
aku tak makan garlic gitu je
Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”
takde anak sebelumnya
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
takde anak sebelumnya
jadinya berdasarkan kepada remarks aku di atas tu, rasa2nya mcamana? cuma instinct aku memang baby boy..itu je..daripada awal lagi..maybe sebab aku memang nak anak lelaki time tu..
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit
nanti aku check buku pink pelangi
Perut anda bulat
ni aku xreti2 lagi tengok. cuma aku rasa pinggang aku penuh dah..perasaan tu rasa smpai terkeluar frame dah..ke sebab aku dah mengembang..ntah
Perut anda “tinggi”.
ni pun aku xreti tengok tinggi rendah
Muka anda tidak berseri-seri
suami aku kata aku nampak lebih elok jika dibandingkan masa 1st pregnancy. maksudnya xdela selekeh. pandaila berhias2
Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan
sama je macam masa hamilkan thaqyf. almost 18weeks baru aku stabil dan ok.
Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan
so far aku tengok sama besar sama padat je hehehhe
Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang
nanti aku try buat
Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula
betul.suka sangat makan donut bergula dunkin donut tu
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri
nanti aku try buat
Kulit anda lembut.
Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa
i think, i feel better in managing the feelings..nak marah ke apa ke dah pandai kawal
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas
takdelagi yang minta buat
Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku
tindakan luar sedar. tak ingat weiiiii
Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih
tak pernah makan macam tu je..
Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil
umur = 31 tahun bulan = 9. jawapan 40
Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil
maybe
Anda tidur mengiring ke kanan
sebab ikut sunnah. lagipun bergantung pada keselesaan ketika itu
Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur
tak pernah check
Air kencing anda berwarna kuning samar
aku minum air masak banyak jadi warna urine tu cerah. lagipun kalau makan any supplements pun blh effects warna urine jadi kuning pekat
Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”
aku tunggu 1st word thaqyf..
sebenarnya aku bukan nak menidakkan kehebatan orang perkara2 ni..cuma untuk kes aku ni rasanya tak berapa sesuai kot hahahha..ntah..maybe kebetulan..aku selalu doa semoga anak2 aku sihat, sempurna akal fikiran dan fizikalnya, elok budi pekertinya..semua yang baik2 belaka untuk anak2 mommy - Thaqyf dan Pelangi
mommy pun cuba taknak mebeza2kan kalian by color generic or game generic
i mean sikit2 okla
but kalian berdua deserve the fair attention from mommy and daddy
kalau dua2 lelaki, sama je
kalau sepasang pun sama juga
insyaAllah, xkan mommy atau daddy beza2kan kalian berdua
No comments:
Post a Comment