Tuesday 21 March 2017

resepi apam kampung




Assalamualaikum

suka sangat dengan Puan Azlita ni sebab tak kedekut berkongsi resepi, cara2 memasak/menyediakan menu dan gambar2 step by step..

semoga kemurahan hati belian ni tak disalah guna ie ambil gambar beliau then mengaku sendiri punya, tak bagi credit or link..tak baik buat mcmtu..

tq puan azlita for always sharing the goodness in you and inpiring us to cook better day by day..may Allah bless your beautiful soul..

BIG CREDIT TO : PUAN AZLITA MASAM MANIS

APAM TEMBAM / APAM KAMPUNG
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan

11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau

* Adunan ni dapat banyak ya, jadi kalau terasa keluarga tak berapa ramai, atau tak ramai yang nak makan, sila lah buat 1/2 daripada sukatan bahan-bahan dan guna loyang kecik sikit.



Monday 20 March 2017

2017

Assalamualaikum

tahun 2017 hampir melabuhkan tirai suku tahunnya
sekejap je masa berlalu
bagaikan tiada hentian untuk melepaskan lelah
semuanya perlu on time

just nk recap few things

JANUARY

07/01/2017
celebrate 35th birthday di bukit tinggi sesambil attend kursus wajib hahaha
taktau nk frust ke nk apa
husband siap surprise tempah nk dinner in the sky
terpaksa hadiahkan pada org lain
demi negara katanya so lepaskanlah
lebihnya sebab bukan rezeki kan
chill

27-31/01/2017
bawa anak2 ke singapore
zoo singapore
marina square
gardens by the bay
naik MRT
guna grabcar
macam2 yang kami cuba
learn to try and dare ourselves especially to give exposure to the kids
we survived hahaha


FEBRUARY

11-12/02/2017
kami ke Melaka
jalan2 sambil ziarah ngah
wpun sekejap tp berbaloi utk family time
yang lain tu mcm biasa, weekend balik batang kali 

MARCH

11-14/03/2017
trip to labuan nak ziarah perantin baru
hehehe
sesambil tu singgah sebentar ke Brunei 
naik ferry daripada Labuan ke Serasa
petang balik Labuan semula
gitu gaya ke luar negara hahaha
merasa la makan ambuyat
ziarah Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque
will visit brunei after this