Thursday 22 November 2012

balance your mind


ENTRY PESANAN

assalamualaikum..

ini bukan entry keluhan atau luahan perasaan.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..
ini slogan yang dilaung2kan oleh pemimpin..jika diamati, slogan ini memang ditujukan khas buat penjawat awam..

dalam apa jua hal dan keadaan, penjawat awam perlu utamakan keperluan rakyat tapi pada masa yang sama pencapaian dan prestasi kerja masih menjadi tunjang utama.

sejak minggu lepas, KSN telah mengeluarkan kenyataan dan arahan agar beberapa pejabat kerajaan yang DIPILIH akan malanjutkan tempoh operasi sehingga jam 10.00 malam setiap hari, tujuh hari seminggu...

untuk apa semua ini?
kenapa sampai 10.00malam?
tak cukupkan sebelum ini sabtu dan ahad pejabat beroperasi?
bagaimana dengan penerimaan semua warga kerja?
mampukah mereka bertahan dan memberikan perkhidmatan terbaik sedang nadi kian lemah?

sungguh, ini bukan suatu keluhan cuma terbit sebuah pertanyaan..
kenapa semua ini berlaku?
adakah masa yang ada masih tidak cukup untuk public berurusan?
atau penjawat awam tidak kompeten?
tapi piagam pelanggan tak pernah gagal tanpa sebarang masalah teknikal..

lalu, kenapa perlu bekerja sehingga 10.00 malam?

semua ini demi memenuhi keperluan dan kehendak public..
jangan nanti PENJAWAT AWAM DIPERHAMBAKAN...

daripada sudut hubungan kekeluargaan, ini semua bisa mengundang banyak rasa..
jika pasangan habis kerja jam 10.00 malam dan akan sampai rumah sebelum tengahmalam..
isteri mana yang tegar menunggu dimuka pintu menyambut kepulangan suami dengan tubuh badan wangi berhias sambil tangan memegang air minuman..
anak-anak mana yang tegar menunggu kepulangan ayah mereka dan menceritakan hari2 mereka..
suami mana yang tegar menunggu isterinya pulang larut malam dek kerana hambatan tugas..

sesungguhnya inilah pengorbanan penjawat awam..
ini jua pengorbanan pasangan dan keluarga..
kami akur dengan tuntutan keadaan..

benar, saya sendiri tak mampu menunggu hingga larut malam..
kerja di siang hari..
anak kecil yang butuh perhatian dan kasih sayang..
kerja rumah yang setia menanti..
itu semua menuntut tenaga yang bukan sedikit..

lalu, akan hambarkan kasih sayang suami isteri?
akan pudarkah kasih anak2 buat ibu bapa?

ini adalah entry sebuah pesanan..

buat mereka yang dipilih untuk dikerah tenanganya, bersabarlah..
semoga bakti kali ini akan terus disuburi rahmat Illahi..
biarpun tiada siapa yang menghargai, percayalah, rahmat Illahi itu maha besar dan indah..

buat pasangan dan ahli keluarga mereka yang dipilih untuk dikerah tenanganya, bertenanglah..
semoga kesabaran dan understanding kalian diberi ganjaran sebaiknya..
berlapang dadalah..

sesungguhnya jika kita juga amarah dengan keadaan ini, ia akan lebih mengeruhkan keadaan..
kerna mereka seharian penat bekerja lantas bila pulang ke rumah, dihambat pula dengan segala macam pertanyaan daripada ahlil bait..

bukankah sepatutnya rumah itu, syurgaku..

jadilah pasangan yang memahami..
jadilah pasangan yang supportive..
jadilah pasangan yang menenangkan pasangan..
jadilah pasangan yang mendamaikan hati pasangan..

semoga rahmah wa mawaddah terus menyuburi rumahtangga semua yang dipilih...

Ameen



sweet





stylish



Wednesday 14 November 2012

ASK 2012 : saham up

 putera arjuna

puteri anastasia

putera rayyan

ASK 2012 : istanbul...AKU DATANG



Aku datang kepadamu

Aku datang mencarimu

Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku



Aku datang dengan rindu

Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh



Ke manakah perginya kasih kita

Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar



Ke manakah harusku bawa cinta

Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju



Ke manakah perginya kasih kita

Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar



Ke manakah harusku bawa cinta

Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju



Aku datang kepadamu

Kepadamu



ASK 2012 : to my sayang


kalau kita dapat rasakan apa yang kita rasa,
kita pasti rasa apa yang kita rasa
______________________________________________________


awak..
ehemmm..

awak sayang kita tak?
giler tak sayang..sayang..

sayang banyak mane?
saya sayang awak sama juga seperti seluas padang bola..

hurmmm, main kasaq nampak..
eh, pemain bola kena kasar..xboleh lembut-lembut

eee, bencilah..xsukalah macamni..
janganlah merajuk sayang...
tapi kalau diberi pilihan antara banyak2 padang, pandangan awaklah yang saya sayang
you're for me and i'm for u

awak, kalau awak kurang, saya akan lengkapkan..
saya doakan moga cinta kita sampai ke syurga..

resepi ikan patin

RESEPI 1 : SINGGANG PEDAS 


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1 ekor ikan patin yang sederhana 7 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 5 sudu besar cili giling 3 biji cili api 3 batang serai 4 keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera) 2 biji tomato 1 inci lengkuas air 8 gelas (mengikut sa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung gandum. Tumbuk kunyit hidup dan cili api. Potong lengkuas nipis-nipis, bawang putih dimayang halus, serai diketuk, tomato dipotong empat, Panaskan air- masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam- biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus. Masukkan daun kesum+serai + ikan- biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat Masukkan tomato- biarkan seketika Rasa garam sekali lagi


RESEPI 2 : MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak

RESEPI 3 : MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan ( 1 family )

  • 5 potong ikan patin
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam

Cara-cara

  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.
  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
  8. Sedia dihidang...... TIPS : ikan patin masak lemak cili api ni kalo simpan semalaman dan kerap dipanaskan lagii tambah sedappp.... Boleh juga tambahkan tempoyak utk rase yg lebih mabelesz

AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU
1) Baca surah Al-Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

2) Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

3) Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

4) Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.


5) Berdoalah :  a) Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin

bYa Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin 

c) Surah Yasin ayat 72-73 
d) Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam 




comel berbelon bagai


Thursday 8 November 2012

BF with Medela FS


Freestyle

all-in-one. innovative. time-saving.
One of the smallest double electric breastpumps in the world helps mothers save precious time whilst pumping. Freestyle is ideal for daily and regular use.
  • Efficient: simultaneous expression in combination with the 2-Phase Expression Technology increases the amount of milk.
  • Innovative: small, lightweight and quiet, to make daily expression as comfortable and natural as possible.
  • Comfortable: individually adjustable vacuum settings, as well as memory function offers the highest degree of comfort.
  • Complete control: a display shows all the relevant information.
  • Support of milk supply: double pumping can help to increase and sustain milk supply.
-------------------------------------------------