Thursday, 8 November 2012

pengalaman..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ni minggu kedua memulakan kerja selepas cuti bersalin selama 90hari..seronok sangat melalui hidup sebagai seorang isteri dan ibu..

Busy?i itu sudah pasti..bukankah transition time from only a wife to a wife and a mother..but I really enjoy all the moments with my two heroes - Hafidz and Thaqyf..

On my or perhaps our 1st day at offices/nursery, it was very very very hard for all of us - me, hubby and son..I was crying all time on my 1st day especially during the pumping sessions..hubby keep calling me and ask me to be patient  -_-

subhanallah..ajaib sungguh rasa itu..rasa rindu sangat2 kat Muhammad Thaqyf..rasa sayang sangat2 kat Muhammad Thaqyf..sungguh, jika saya punya peluang dan ruang, saya akan memilih untuk CTG demi menjaga sendiri anak yang saya kandung..

Tapi sebagai wanita dewasa yang matang, saya realistik dengan keadaan..saya punya tanggungjawab dan komitmen dalam hidup..mana mungkin saya CTG..maafkan mummy syg..

dan untuk minggu kedua ini, saya lebih tenang dan selesa..pumping sessions juga berjalan lancar sambil ditemani Mama Fida..seronok berkongsi cerita dan pengalaman BF..sekurang2nya kami xterasa sangat..terasa juga bila 'sakit' tu datang...terbayang2 anak di nursery..pasti anak lapar nak susu..nangis lagi huhuhu...

Alhamdulillah, Muhammad Thaqyf pun dah nampak selesa di taska..on his 1st day, diam je sepanjang jalan balik ke rumah..kat rumah pun tidur sampai pagi..bangun menyusu pun xsekerap selalu..macam orang letih bekerja..teacher kata Muhammad Thaqyf tak tidur dan macam mcari mummy..nak selalu ditemani sebagimana mummy menemani Muhammad Thaqyf sebelum ini..ya Allah, luluh hati mummy nak..mummy mintak maaf banyak2..

sekarang ni Muhammad Thaqyf ceria je bila mummy hantar dan jemput..seronok dan gembira sangat sebab mummy tau mummy dan daddy dah usaha yang sebaik mungkin untuk dapatkan tempat pembelajaran awal untuk anak mummy...untuk anak daddy..

yang paling terkesan pastinya daddy..sebelum ni daddy akan keluar ke pejabat dengan hati yang cukup selesa..kerna daddy tahu, anak bujang kesayangannya dijaga oleh isteri sendiri..tiap waktu yang ada, pasti daddy akan call untuk tanya perkembangan anak..hari2 daddy akan request gambar Muhammad Thaqyf..tanpa gagal, sehari entah berapa kali mummy bbm gambar Muhammad Thaqyf pada daddy..sekarang ni, semuanya tak seperti dulu..tapi kami berlapang dada dengan keadaan ini..

niat kami, Muhammad Thaqyf ke sekolah..
Muhammad Thaqyf belajar untuk menyesuaikan diri tanpa mummy dan daddy disisi..
Muhammad Thaqyf belajar bertolak ansur dan sabar tanpa mummy dan daddy disisi..
Muhammad Thaqyf belajar berkawan tanpa mummy dan daddy disisi..
Muhammad Thaqyf belajar menghormati kawan-kawan tanpa mummy dan daddy disisi..
Muhammad Thaqyf belajar berdikari tanpa mummy dan daddy disisi..

Biarpun hanya berusia 3bulan tapi mummy dan daddy percaya Muhammad Thaqyf adalah anak yang bijak dan faham dengan keadaan mummy dan daddy..

Janji mummy pada anak mummy, mummy tak kan abaikan tanggungjawab mummy dan kasih sayang mummy pada anak mummy akan sentiasa mekar mewangi walau di mana jua mummy berada kerna Muhammad Thaqyf adalah cinta hati mummy, lambang kasih sayang dan cinta antara mummy dan daddy..

mummy loves u son...


No comments:

Post a Comment