Thursday, 22 November 2012

ENTRY PESANAN

assalamualaikum..

ini bukan entry keluhan atau luahan perasaan.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..
ini slogan yang dilaung2kan oleh pemimpin..jika diamati, slogan ini memang ditujukan khas buat penjawat awam..

dalam apa jua hal dan keadaan, penjawat awam perlu utamakan keperluan rakyat tapi pada masa yang sama pencapaian dan prestasi kerja masih menjadi tunjang utama.

sejak minggu lepas, KSN telah mengeluarkan kenyataan dan arahan agar beberapa pejabat kerajaan yang DIPILIH akan malanjutkan tempoh operasi sehingga jam 10.00 malam setiap hari, tujuh hari seminggu...

untuk apa semua ini?
kenapa sampai 10.00malam?
tak cukupkan sebelum ini sabtu dan ahad pejabat beroperasi?
bagaimana dengan penerimaan semua warga kerja?
mampukah mereka bertahan dan memberikan perkhidmatan terbaik sedang nadi kian lemah?

sungguh, ini bukan suatu keluhan cuma terbit sebuah pertanyaan..
kenapa semua ini berlaku?
adakah masa yang ada masih tidak cukup untuk public berurusan?
atau penjawat awam tidak kompeten?
tapi piagam pelanggan tak pernah gagal tanpa sebarang masalah teknikal..

lalu, kenapa perlu bekerja sehingga 10.00 malam?

semua ini demi memenuhi keperluan dan kehendak public..
jangan nanti PENJAWAT AWAM DIPERHAMBAKAN...

daripada sudut hubungan kekeluargaan, ini semua bisa mengundang banyak rasa..
jika pasangan habis kerja jam 10.00 malam dan akan sampai rumah sebelum tengahmalam..
isteri mana yang tegar menunggu dimuka pintu menyambut kepulangan suami dengan tubuh badan wangi berhias sambil tangan memegang air minuman..
anak-anak mana yang tegar menunggu kepulangan ayah mereka dan menceritakan hari2 mereka..
suami mana yang tegar menunggu isterinya pulang larut malam dek kerana hambatan tugas..

sesungguhnya inilah pengorbanan penjawat awam..
ini jua pengorbanan pasangan dan keluarga..
kami akur dengan tuntutan keadaan..

benar, saya sendiri tak mampu menunggu hingga larut malam..
kerja di siang hari..
anak kecil yang butuh perhatian dan kasih sayang..
kerja rumah yang setia menanti..
itu semua menuntut tenaga yang bukan sedikit..

lalu, akan hambarkan kasih sayang suami isteri?
akan pudarkah kasih anak2 buat ibu bapa?

ini adalah entry sebuah pesanan..

buat mereka yang dipilih untuk dikerah tenanganya, bersabarlah..
semoga bakti kali ini akan terus disuburi rahmat Illahi..
biarpun tiada siapa yang menghargai, percayalah, rahmat Illahi itu maha besar dan indah..

buat pasangan dan ahli keluarga mereka yang dipilih untuk dikerah tenanganya, bertenanglah..
semoga kesabaran dan understanding kalian diberi ganjaran sebaiknya..
berlapang dadalah..

sesungguhnya jika kita juga amarah dengan keadaan ini, ia akan lebih mengeruhkan keadaan..
kerna mereka seharian penat bekerja lantas bila pulang ke rumah, dihambat pula dengan segala macam pertanyaan daripada ahlil bait..

bukankah sepatutnya rumah itu, syurgaku..

jadilah pasangan yang memahami..
jadilah pasangan yang supportive..
jadilah pasangan yang menenangkan pasangan..
jadilah pasangan yang mendamaikan hati pasangan..

semoga rahmah wa mawaddah terus menyuburi rumahtangga semua yang dipilih...

Ameen



No comments:

Post a Comment