Wednesday, 14 November 2012

resepi ikan patin

RESEPI 1 : SINGGANG PEDAS 


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1 ekor ikan patin yang sederhana 7 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 5 sudu besar cili giling 3 biji cili api 3 batang serai 4 keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera) 2 biji tomato 1 inci lengkuas air 8 gelas (mengikut sa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung gandum. Tumbuk kunyit hidup dan cili api. Potong lengkuas nipis-nipis, bawang putih dimayang halus, serai diketuk, tomato dipotong empat, Panaskan air- masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam- biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus. Masukkan daun kesum+serai + ikan- biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat Masukkan tomato- biarkan seketika Rasa garam sekali lagi


RESEPI 2 : MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak

RESEPI 3 : MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan ( 1 family )

  • 5 potong ikan patin
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam

Cara-cara

  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.
  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
  8. Sedia dihidang...... TIPS : ikan patin masak lemak cili api ni kalo simpan semalaman dan kerap dipanaskan lagii tambah sedappp.... Boleh juga tambahkan tempoyak utk rase yg lebih mabelesz

No comments:

Post a Comment