Friday, 26 May 2017

thank you so much ICU

Assalamualaikum

special dedication to my 1st love - ICU JPM

thank you for the wonderful 9years plus
dengan ICU aku menikmati pelbagai pendedahan dan pengalaman
semuanya ada
tempat pertama memulakan tugas sebagai penjawat awam
pastinya sarat dengan pelbagai kenangan
tinggi soft spot dengan ICU JPM ni

keluar bukan bererti tak sayang
pergi bukan bererti tak cinta

sayang sangat2 kat ICU JPM
teamwork
dedication
determination
networking
VAS
priority
tu semua antara yang paling memberi kesan terhadap kematangan aku dalam kerjaya

senyum je aku sejak keluar daripada ICU JPM ni sb branding ICU JPM ni kuat
apa yang aku lalui di ICU dan bersama ICU ni la yang membuatkan aku mampu senyum
penuh kematangan
penuh kelapangan
penuh ketenangan

ALLAH, berkatilah ICU JPM dan MOSTI
berkatilah
berkatilah
berkatilah


AISYAH MOSTI EX-ICUJPM

new posting from ICU to MOSTI

Assalamualaikum & salam sejahtera

alhamdulillah, kali ni bersiaran daripada aras 5
hehehe

alhamdulillah ya Rabb kerana mempermudahkan urusan hambaMu ini
02 Mei 2017 yang lalu bermulalah episod baharu dalam dunia kerjaya aku
permohonan pertukaran telah diluluskan dengan jayanya dalam tempoh yang cukup singkat
xde cable
xde org dalam
xde rayuan

aku percaya Allah sangat mempermudahkan
kerna aku senantiasa memohon padaNya
permudahkanlah
permudahkanlah
permudahkanlah

sekarangni aku bertugas sebagai PSUK di MOSTI
pertukaran secara lateral
seronok
gembira
berdebar
mixed feeling sangat2

sejak posting di sini, segala urusan domestik juga semakin baik
anak2 pun seakan memahami dan skrg ni mudah je bangun pagi, mandi dan bersiap
keluar lebih awal sikittttt je drpd dulu
aku pun dah blh adjust untuk smpai opis at least 10minutes bfore 8.30am

not that easy ok
dgn perjalanan nk hantar anak2
perjalanan ke pejabat
nak masuk parcel C
g punch card di C4
ambil pas di C5
struggle for parking (2weeks)
tp worth
i believe now i am a better person
semoga istiqomah AISYAH

mohon doakan aku yea

salam ramadhan kareem daripada aras 5 C5 hehehehe

Tuesday, 21 March 2017

resepi apam kampung



Assalamualaikum

suka sangat dengan Puan Azlita ni sebab tak kedekut berkongsi resepi, cara2 memasak/menyediakan menu dan gambar2 step by step..

semoga kemurahan hati belian ni tak disalah guna ie ambil gambar beliau then mengaku sendiri punya, tak bagi credit or link..tak baik buat mcmtu..

tq puan azlita for always sharing the goodness in you and inpiring us to cook better day by day..may Allah bless your beautiful soul..

BIG CREDIT TO : PUAN AZLITA MASAM MANIS

APAM TEMBAM / APAM KAMPUNG
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan

11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau

* Adunan ni dapat banyak ya, jadi kalau terasa keluarga tak berapa ramai, atau tak ramai yang nak makan, sila lah buat 1/2 daripada sukatan bahan-bahan dan guna loyang kecik sikit.



Monday, 20 March 2017

2017

Assalamualaikum

tahun 2017 hampir melabuhkan tirai suku tahunnya
sekejap je masa berlalu
bagaikan tiada hentian untuk melepaskan lelah
semuanya perlu on time

just nk recap few things

JANUARY

07/01/2017
celebrate 35th birthday di bukit tinggi sesambil attend kursus wajib hahaha
taktau nk frust ke nk apa
husband siap surprise tempah nk dinner in the sky
terpaksa hadiahkan pada org lain
demi negara katanya so lepaskanlah
lebihnya sebab bukan rezeki kan
chill

27-31/01/2017
bawa anak2 ke singapore
zoo singapore
marina square
gardens by the bay
naik MRT
guna grabcar
macam2 yang kami cuba
learn to try and dare ourselves especially to give exposure to the kids
we survived hahaha


FEBRUARY

11-12/02/2017
kami ke Melaka
jalan2 sambil ziarah ngah
wpun sekejap tp berbaloi utk family time
yang lain tu mcm biasa, weekend balik batang kali 

MARCH

11-14/03/2017
trip to labuan nak ziarah perantin baru
hehehe
sesambil tu singgah sebentar ke Brunei 
naik ferry daripada Labuan ke Serasa
petang balik Labuan semula
gitu gaya ke luar negara hahaha
merasa la makan ambuyat
ziarah Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque
will visit brunei after this







Tuesday, 20 December 2016

are you happy? ask yourself


ketenangan akan datang apabila kita perbaiki hubungan kita...

Assalamualaikum

as time goes,
macam-macam berlegar dalam kepala ni
tentang hidup
tentang mati
tentang amal ibadah
tentang perbelanjaan keluarga
tentang maa ayah
tentang anak-anak
tentang perkahwinan
and the list goes...

tu tanda usia semakin meningkat dan kita semakin matang barangkali
sebba kita dah mula fikirkan tentang risk and affect
kita mula menimbangtara setiap perlakuan dan keputusan kita

serabut kan

di dada-dada akhbar dan social medi terpampang pelbagai bad news
macam-macam
manusia kian hilang pertimbangan dek desakan hidup
manusia mula hilang akal dek tenggelam dalam dunia khayalan sendiri
manusia mula hilang perikemanusiaan dek arus pemodenan

tanya diri kita,
bahagiakah kita?
tenangkah kita?

tak kan..

aku selalu percaya ketenangan dan ketenteraman urusan di dunia bergantung pada SOLAT kita
kalau tak solat, mesti mcm2 hal jadi
semua serba tak kena
solat tp akhir-akhir waktu pun sama

contoh bila kat traffic light
elok kita nk smpai, lampu bertukar merah
then we have to wait

frust kan

kita hanya akan memperolehi ketenangan bila kita perbaiki hubugan kita dengan Dia
kita perbaiki ibadah kita pada Dia
kita perkemaskan amalan kita untuk Dia
insyaAllah pasti segalanya berjalan lancar buat kita

ingatan ini sesungguhnya hanya untuk aku
demi Tuhanku
demi kehidupan di alam barzakh
takut bila kenang dosa dan khilaf sendiri
rasa nk ulang semula waktu
nk perbaiki macam-macam

namun, demi masa depan
aku teruskan 

bermula di garisan permulaan seperti dahulu
jaga waktu solat
jaga aurat
jaga ibadat

kalau mula tak 'selesa' dengan sesuatu atau seseorang
aku berundur/unfriend/unfollow

lebih mudah

tak mahu nnt hati bersangka buruk
akal berfikiran negatif

tak mahu

sedang dosa sedia ada terlalu banyak
taknak menambah dosa lagi

Allahu
sesungguhnya ketenangan akan datang apabila aku memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH yang satu..