Monday 30 January 2012

morning sickness

tak boleh nak makan..

asyik muntah2..

perut sebu..

rasa xselesa...

not feeling well..

tp ini semua membuatkan hatiku berbunga bahagia..

terima kasih ya ALLAH...

insyaAllah, akanku jaga anugerahMu ini sebaiknya..

terima kasih jua pada suami yang sentiasa disisi menemani...

Friday 27 January 2012

ombak rindu

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

di saat aku mencintaimu - dedali

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

 
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku


semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta




aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru

ENTRY KHAS BUAT NENDA TERSAYANG

Assalamualaikum...

InsyaAllah, esok genap seminggu nenda tersayang (allahyarhamah Misah binti Awang) pergi menyahut panggilan Illahi..pergi untuk berada di sisi Pencipta untuk selama-lamanya..tak kan ada lagi jasad dan wajah tua yang qurratun a'kyun...

Nenek pergi meninggalkan kesemua anak, menantu, cucu & cicit pada usia 91tahun..satu tempoh yang cukup panjang dalam menjalani kehidupan namun tempoh itu dirasakan masih belum cukup untuk kami bermanja dan berkasih sayang dengan nenek yang tak pernah lekang dengan seyuman..

Syukur padaMu Ya Rabbul Izzati kerana memberikan aku kesempatan untuk memberikan bakti terakhirku buat nenek yang amat aku sayangi..sedari malam rabu aku dan keluarga serta sanak saudara berkelana di surau Hospital Raub..semua itu adalah tanda kasih kami pada nenek..kami enggan membiarkan nenek sendirian biarpun ada yang menemani..kadang-kala, kami menjenguk nenek dari tepi tingkap wad perempuan..jelas, nenek kelihatannya tidak selesa..tidak dapat lena..makan & minum pun entah ke mana..puas dipujuk, dirayu...''makanlan nek'', ''rehatlah nek''..tapi nenek tetap begitu..

bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Surah Yaasin tak pernah lekang daripada pendengaran nenek..persetankan apa pandangan orang sekeliling namun kalimah suci itu adalah penyembuh pada kesakitan nenek dan penderitaan kami melihat nenek begitu...mengaji merupakan salah satu rutin wajib nenek, lantaran itu, nenek seringkali meminta kami mengaji di mana jua kami berada..

dititipkan jua pesanan, agar sesiapa yang tak berkesempatan menziarahinya, agar mengaji...namun, alunan ayat-ayat suci pada kali ini kedengaran cukup sayu..sesekali diselangi dengan sedu sedan dan bacaan yang tersekat-sekat dek menahan sebak didada...

kejap...erat dan mesra sungguh genggaman tangan nenek ketika aku dan suami membaca Yaasin di sisinya pada hari sabtu itu (21.1.2012)..sedari pagi dia kelihatannya sedikit tenang namun acapkali menyebut ''nora, nek nak balik rumah..nnt awak keluarkan dua bantal kecil nek, 2 kain batik lepas dan kemas tempat tidur nek yea''...entah berapa kali nenek menyebutnya..

setelah berbincang, kami setuju untuk AOR..aku yang mengisi borang bagi pihak Makde..ku lihat makde sendiri menggigil ketikan menandatangani borang AOR itu..sebakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..aku dan suami menguruskan urusan discaj dan ambulance untuk nenek..lemah sangat ketika itu..

benar..nenek pulang ke rumahnya..nenek juga pulang kepangkuan Penciptanya kira-kira jam 8.25malam dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran di sisi ahli keluarga..keget, cemas, terkejut dan selebihnya sedih yang amat sangat..

alhamdulillah, nenek selamat disemadikan di tanah Perkuburan Kuala Dong sebagaimana yang dihajatkannya pada awal pagi 22.1.2012..segala urusan berkaitan pengurusan jenazah hinggalah ke liang lahad, semuanya disempurnakan dengan tangan dan kudrat anak, menantu & cucu nenek sendiri...

kini, tiada lagi senyuman yang menyambut kepulangan kami ke kampung..tiada lagi lambaian kasih yang menghantar kami pulang..tiada lagi seyuman manis dan pesanan itu dan ini daripada mulut kecil itu..dan tak kan ada lagi tangan yang akan membelai kami saat baring dipangkuannya..masih terasa hangatnya pelukan nenek ketika di hospital..nenek memohon maaf kepada semua yang ada..memeluk & mencium semua yang setia disisinya...nenek seakan tahu yang dia tak mungkin ada kesempatan itu lagi nanti..

meninggalkan rumah usang itu seusai hari keempat pemergiannya, betul-betul meruntun hatiku...sungguh, aku lemah sangat bila melihat sekujur tubuh kakunya..segala memori sepanjang aku bersamanya hingga selesai urusan berkaitan akan menjadi tanda kasih aku pada nenek yang pernah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..

nenek, nora sayangkan nenek dan selama-lamanya nora akan ingat pesan nenek..bersemadilah dengan tenang dan damai di sana..semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nenek..


salam sayang,
cucu nenek

Wednesday 18 January 2012

1 tahun, 1 bulan, 1 minggu, 1 hari & 11 minggu

Assalamualaikum...

hari ni rasa sangat gembira hehehe...
sebab dah boleh makan sikit2..
sejak morning sickness melanda ni, rutin makan jadi tunggang langgang...
boleh makan roti, buah n air xbersusu...
tapi kdg2 tu minum jugak nescafe o panas sb breakfast mesti nak air panas..



Alhamdulillah...
hari ni usia perkahwinan kami dah menjangkau 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu & 1 hari...
hari ni usia kandungan sudah menjangkau 11minggu (it's prune tu lime hehhe)...
nope..nothing to do with number but I do love no. 1 & 7..
simply because I was born on Jan, 7...

what I do hope & pray, our marriage, love & passion towards each others remain unchanged & keep growing from time to time through out our marriage journey...

and for now, we both hope & pray that our love inside my womb/tummy will be always in the best health condition, growth healthily, soleh/solehah & sempurna...

can't wait to see my body changes hehehe..
hubby keep asking, is the baby moved already..hehehe...
it's still tiny & I didn't feel any movement inside but my diameter getting increase hahaha...

O! Allah SWT..
Thank you for these - marriage & pregnancy...
May my faith & imaan to You remain unchanged..

Syukur Ya Allah

the proud

Friday 13 January 2012

I'M MUMMY-TO-BE

ALHAMDULILLAH..

HIKMAH DISEBALIK SEGALA DUGAAN, ALLAH BERIKAN SAYA & SUAMI ANUGERAH YANG TAK TERHINGGA INI..

11.12.2011 = SEHARI SELEPAS OUR 1st ANNIVERSARY, SAYA MIMPI KENA BUAT UPT

HA'AH, BGN TU BARU PERASAN SB PERIOD DAH LEWAT 9HARI W/PUN SIMPTOM2 DAH ADA..

PAGI 12.12.2011, TU SAYA BUAT UPT. KEBETULAN, TOOL TU ADA..
1st TRY..
SUBHANALLAH...THERE ARE TWO LINES APPEAR ON THAT..

DUA GARIS YANG MMG JELAS KELIHATAN WARNANYA..
PINK PEKAT..

BERDEBAR2..LANTAS SAYA PANGGIL HUBBY YANG TENGAH IRON UNIFORM...
HUBBY MCM XTERKEJUT OR XNAMPAK EXCITED PUN
ME TOO..

MUNGKIN SB KAMI XMENJANGKAKANNYA..


TAPI...
KAMI MMG BERDOA AGAR DIKURNIAKAN REZEKI NAN SATU INI

SYUKUR ALHAMDULILLAH..
TERIMA KASIH YA ALLAH..

TAPI TAKNAK TERLALU EXCITED..
KAMI PERGI FARMASI DAN BELI LAGI TIGA UPT TOOLS..ADA JENAMA GUARDIAN, DIP n TELL & DIGITAL CLEARBLUE...

PTG. TU SLPS SOLAT ASAR, SAYA BUAT UPT GUNA YANG JENAMA GUARDIAN..
THERE ARE TWO LINES ALSO..
TAPI SB TEST WAKTU PTG, NAK TGU ESOK BARU MCM LEBIH PERCAYA..

MALAM TU, KAMI DUA ORANG SEARCH TANDA-TANDA KEHAMILAN..
SUBHANALLAH, MMG BENAR..SAYA DAH MULA ADA TANDA-TANDA AWAL ITU..

PAGI2 13.12.2012, SAYA TRY GUNA JENAMA DIP n TELL & DIGITAL CLEARBLUE PULAK...

KEPUTUSANNYA SAMA SEPERTI DUA UJIAN KEHAMILAN SEBELUM NI...
ALHAMDULILLAH..

PREGNANT
3WEEK++

THEN, WE GO STRAIGHT TO THE KK PUTRAJAYA PRESINT 9 UNTUK BUAT PENGESAHAN..

SELEPAS URUSAN PENDAFTARAN, SAYA BAYAR RM20 (FEES FOR UPT)
THEN PERGI KE MAKMAL..SCAN CARD & TUNGGU NAMA DIPANGGIL..

SELESAI URUSAN DI MAKMAL, SAYA & HUBBY PERGI KE BILIK RAWATAN..SCAN CARD & TUNGGU LAGI..
TAPI PENANTIAN KALI NI RASA LAIN SANGAT..

BILA NO. NAIK, KAMI MASUK BILIK RAWATAN..
INDIAN DOCTOR..LELAKI & SGT FRIENDLY..

HE SAID 
"CONGRATULATION, YOU'RE POSITIVE FOR PREGNANT"
" 6WEEKS "

DIA BAGI CUTI SB CHICKEN POX MASIH BELUM CURE SEPENUHNYA & PRESCIBE ASID FOLIC..


DAN HARI INI 13.1.2012, 
USIA KANDUNGAN SAYA SUDAHPUN MENCECAH 10MINGGU & 2HARI

SUBHANALLAH..
KAMI GEMBIRA SGT2 ATAS ANUGERAH INI...
TERIMA KASIH YA ALLAH


Tuesday 10 January 2012

petua


SUMBER BACAAN DARIPADA KAK SUE

Cebaca petua dibawah gelak plak akak...bacanya.. mana atau berkesan plak...suami kena bersimpati le plak menanggung rasa loya ni...agak2 hubby cik ecah sanggup tak agak2nye..nak pikul sesama beban mengandung ni...


T
erima kasih kepada member-member aku yang sudi berkongsi sedikit petua. Maklumlah, First time preggie nie banyak yang tak tahu daripada tahu kan? Nak harapkan pil doktor haram tak berkesan. Eceh. Sebenarnya belum cuba pun lagi. Hari tu cuma dapat pil vitamin B dan asid folik je. Tu pun liat nak makan. Eheheh.


Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."
(Hadis riwayat al-Hakim)


Untung jadi perempuan ni, tau. Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan. Nasib baik kenapa? Sebabnya, terdapat juga ibu-ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang berbadan dua. Oh no!!

Antara petua yang dikongsikan adalah seperti di bawah:
1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.

Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh.

Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.
Nampak kaitan disitu??

3. Minum air 100 plus. (Wah, macam tak percaya jek!!) Tetapi pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Ia boleh diminum begitu sahaja, atau bekukan dalam freezer (dlm ice cube tray).

Bila rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan.

100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.
(nota tambahan: aku juga pernah disarankan oleh doktor untuk minum 100 plus sebab cirit birit kerana keengganan or kedegilan aku untuk minum air garam. yurk!!)

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang.

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

Petua tradisional:

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh SUAMI. So, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada SUAMI. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,mungkin tak jadila bebs.


P/s:

Banyak nie petua..nak kene test satu-satu. 
Ada tu, baca pun dah buat tambah loya {HAHAHHA}


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ 
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(Surah Faatir ayat 5)

Powered by WaktuSolat.net

AMALAN YANG DISARANKAN

AMALAN IBU HAMIL
Antara amalan yang disarankan ialah:
1. Banyakkan bertaubat 
- memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2. Menutup Aurat 
- Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi
3.2- Surah Yaasin
3.3- Surah Taubat
3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
3.7- Surah An-Nahl ayat 78
3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189

Semoga catatan ustazah kali ini memberi manfaat pada wanita2 atau ibu2 Hamil hendaknya.
Moga diberi kesenangan ketika melahirkan zuriat dan cahayamata yang tercinta InsyaAllah.
Wassalam

3 weeks

3 weeks



TANPA DISEDARI, IA SUDAH BERSAMA KAMI
TERIMA KASIH YA ALLAH..
TERIMA KASIH ATAS KURNIAANMU INI..



Wednesday 4 January 2012