Friday, 27 January 2012

ENTRY KHAS BUAT NENDA TERSAYANG

Assalamualaikum...

InsyaAllah, esok genap seminggu nenda tersayang (allahyarhamah Misah binti Awang) pergi menyahut panggilan Illahi..pergi untuk berada di sisi Pencipta untuk selama-lamanya..tak kan ada lagi jasad dan wajah tua yang qurratun a'kyun...

Nenek pergi meninggalkan kesemua anak, menantu, cucu & cicit pada usia 91tahun..satu tempoh yang cukup panjang dalam menjalani kehidupan namun tempoh itu dirasakan masih belum cukup untuk kami bermanja dan berkasih sayang dengan nenek yang tak pernah lekang dengan seyuman..

Syukur padaMu Ya Rabbul Izzati kerana memberikan aku kesempatan untuk memberikan bakti terakhirku buat nenek yang amat aku sayangi..sedari malam rabu aku dan keluarga serta sanak saudara berkelana di surau Hospital Raub..semua itu adalah tanda kasih kami pada nenek..kami enggan membiarkan nenek sendirian biarpun ada yang menemani..kadang-kala, kami menjenguk nenek dari tepi tingkap wad perempuan..jelas, nenek kelihatannya tidak selesa..tidak dapat lena..makan & minum pun entah ke mana..puas dipujuk, dirayu...''makanlan nek'', ''rehatlah nek''..tapi nenek tetap begitu..

bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Surah Yaasin tak pernah lekang daripada pendengaran nenek..persetankan apa pandangan orang sekeliling namun kalimah suci itu adalah penyembuh pada kesakitan nenek dan penderitaan kami melihat nenek begitu...mengaji merupakan salah satu rutin wajib nenek, lantaran itu, nenek seringkali meminta kami mengaji di mana jua kami berada..

dititipkan jua pesanan, agar sesiapa yang tak berkesempatan menziarahinya, agar mengaji...namun, alunan ayat-ayat suci pada kali ini kedengaran cukup sayu..sesekali diselangi dengan sedu sedan dan bacaan yang tersekat-sekat dek menahan sebak didada...

kejap...erat dan mesra sungguh genggaman tangan nenek ketika aku dan suami membaca Yaasin di sisinya pada hari sabtu itu (21.1.2012)..sedari pagi dia kelihatannya sedikit tenang namun acapkali menyebut ''nora, nek nak balik rumah..nnt awak keluarkan dua bantal kecil nek, 2 kain batik lepas dan kemas tempat tidur nek yea''...entah berapa kali nenek menyebutnya..

setelah berbincang, kami setuju untuk AOR..aku yang mengisi borang bagi pihak Makde..ku lihat makde sendiri menggigil ketikan menandatangani borang AOR itu..sebakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..aku dan suami menguruskan urusan discaj dan ambulance untuk nenek..lemah sangat ketika itu..

benar..nenek pulang ke rumahnya..nenek juga pulang kepangkuan Penciptanya kira-kira jam 8.25malam dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran di sisi ahli keluarga..keget, cemas, terkejut dan selebihnya sedih yang amat sangat..

alhamdulillah, nenek selamat disemadikan di tanah Perkuburan Kuala Dong sebagaimana yang dihajatkannya pada awal pagi 22.1.2012..segala urusan berkaitan pengurusan jenazah hinggalah ke liang lahad, semuanya disempurnakan dengan tangan dan kudrat anak, menantu & cucu nenek sendiri...

kini, tiada lagi senyuman yang menyambut kepulangan kami ke kampung..tiada lagi lambaian kasih yang menghantar kami pulang..tiada lagi seyuman manis dan pesanan itu dan ini daripada mulut kecil itu..dan tak kan ada lagi tangan yang akan membelai kami saat baring dipangkuannya..masih terasa hangatnya pelukan nenek ketika di hospital..nenek memohon maaf kepada semua yang ada..memeluk & mencium semua yang setia disisinya...nenek seakan tahu yang dia tak mungkin ada kesempatan itu lagi nanti..

meninggalkan rumah usang itu seusai hari keempat pemergiannya, betul-betul meruntun hatiku...sungguh, aku lemah sangat bila melihat sekujur tubuh kakunya..segala memori sepanjang aku bersamanya hingga selesai urusan berkaitan akan menjadi tanda kasih aku pada nenek yang pernah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..

nenek, nora sayangkan nenek dan selama-lamanya nora akan ingat pesan nenek..bersemadilah dengan tenang dan damai di sana..semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nenek..


salam sayang,
cucu nenek

No comments:

Post a Comment