Wednesday 3 February 2016

makanan penambah berat badan anak

Berikut adalah daftar mengenai makanan penambah berat badan bayi yang dapat Anda coba berikan bagi buah hati Anda.
  1. ASI
ASI merupakan makanan utama bayi di bawah umur 6 bulan. Indonesia sendiri menggalakan program ASI ekslusif, yaitu program yang menyarankan pemberian makanan hanya ASI bagi bayi di bawah umur 6 bulan. ASI sudah mengandung cukup gizi dan nutrisi yang diperlukan bayi di bawah umur 6 bulan. Berikan ASI hingga bayi kenyang. Salah satu tanda bayi kenyang dengan pemberian ASI ialah bayi tertidur sendiri ketika menyusui.
  1. Susu
Susu formula dapat menjadi makanan tambahan bagi bayi di atas umur 6 bulan. Jadi, setelah anak menginjak umur 6 bulan, jangan hanya bergantung pada pemberian ASI saja, namun coba tambahkan makanan lain seperti susu formula. Untuk mereka yang sulit memberikan ASI pada anak di bawah umur 6 bulan juga dapat memberikan susu formula tambahan sebagai alternatif.
  1. Pisang
Buah pisang dapat mulai Anda berikan bagi bayi di atas umur 6 bulan. Makanan penambah berat badan bayi ini kaya akan serat, kalium, Vitamin C, Vitamin B6 dan mengandung kalori yang padat. Pada bayi usia 6 – 8 bulan, berikan pisang dalam bentuk bubur pisang. Setelah menginjak usia di atas 8 bulan, pisang dapat diberikan dalam bentuk buah.
  1. Daging
Berikan daging ayam setelah bayi Anda menginjak usia 8 bulan. Daging ayam dapat menjadi makanan penambah berat badan bayi karena mengandung banyak niasin, magnesium, Vitamin B6, Vitamin B12 dan yang paling penting mengandung protein dan kolesterol sehat. Untuk usia lebih kecil, ayam dapat diberikan dalam bentuk kuah kaldu.
  1. Minyak
Bagi Anda yang sudah mencoba memberikan makanan campuran bagi bayi seperti bubur saring dari sayur dan daging, tambahkan minyak pada bubur tersebut. Minyak dapat menjadi makanan penambah berat badan bayi karena mengandung lemak. Pilihlah minyak seperti minyak olive atau minyak wijen. Tambahkan 1 – 2 sendok teh pada bubur saring anak Anda.
  1. Ubi Manis
Selain rasanya enak dan manis, ubi manis dapat dipakai sebagai makanan penambah berat badan bayi. Berikan ubi manis pada bayi berusia 6 bulan ke atas. Ubi mengandung lemak jenuh dalam kadar yang rendah, serat, magnesium, kalium, Vitamin A, C dan B6 dalam kadar yang tinggi. Kalori yang terkandung pun banyak dan padat.
  1. Alpukat
Sama seperti buah pisang, alpukat juga merupakan makanan penambah berat badan bayi. Kandungan lemak yang sehat pada alpukat dapat membantu menaikkan berat badan anak. Alpukat juga mengandung serat yang baik bagi pencernaan. Berikan alpukat dalam bentuk bubur lembut bagi bayi berusia di atas 6 bulan.
  1. Telur
Berikan telur pada bayi berusia di atas 8 bulan. Telur mengandung banyak sekali protein di putih telur dan kolesterol di kuning telur. Hati – hati bahwa telur menyebabkan reaksi alergi pada beberapa anak. Telur dapat disajikan dalam bentuk telur rebus, di orak – arik dan di goreng.
  1. Selai Kacang
Selain enak, selai kacang juga dapat menjadi makanan penambah berat badan bayi. Berikan selai kacang pada anak umur 10 bulan ke atas. Selai kacang mengandung banyak kolesterol dan protein yang dapat menaikkan berat badan bayi. Bila anak Anda telah berusia 1 tahun, selai kacang dapat menjadi teman roti tawar bagi menu makanan anak Anda.
  1. Kebiasaan Makan
Kebiasaan makan merupakan kunci yang penting untuk menaikkan berat badan anak Anda. Kebanyakan anak kecil yang mulai beranjak ke usia balita mengalami fase sulit makan sehingga tidak sedikit orangtua yang mengeluh karena hal ini. Untuk itu, kebiasaan makan yang baik sudah harus dipupuk sejak dini.
Berikan anak Anda bubur saring dari nasi, daging dan sayur sejak usia 8 bulan dibandingkan dengan pemberian bubur susu. Hal ini akan membiasakan anak Anda untuk makan makanan orang dewasa saat ia menginjak umur yang lebih besar. Orangtua yang memiliki kebiasaan makan yang baik seperti makan sayur dan daging yang bergizi juga akan menularkan kebiasaan ini kepada anak – anaknya karena anak terbiasa dengan kebiasaan orangtuanya.

Panduan Berat Badan Ideal Bayi

Memiliki bayi yang sehat dan gizi yang baik merupakan tujuan semua orangtua. Namun tidak jarang juga bayi yang gemuk. Kegemukkan seharusnya dilawan sejak dini karena akan membawa masalah ketika anak beranjak dewasa karena membuatnya rentan terkena berbagai penyakit. Untuk itu sebaiknya Anda mengetahui berat badan ideal bayi
  • Berat badan bayi akan turun beberapa gram dibandingkan saat lahir. Jangan khawatir karena ini adalah hal yang normal.
  • Sampai usia 3 bulan, berat badan bayi naik 175 – 210 gram per minggu
  • Usia 5 bulan, berat badan bayi harus 2x berat badan saat lahir
  • Usia 1 tahun, berat badan bayi harus 3x berat badan saat lahir
  • Usia 2,5 tahun, berat badan bayi harus 4x berat badan saat lahir
Kombinasikan makanan – makanan penambah berat badan bayi setiap harinya agara bayi mendapat banyak nutrisi yang cukup dan beragam. Jangan lupa untuk membiasakan bayi Anda makan bubur saring dibuat oleh bahan makanan sehari – hari ketimbang pemberian bubur susu yang instan. Jadikan acuan sederhana berat badan ideal bayi sebagai patokan Anda dalam menambah berat badan bayi Anda.

sumber c&p : 
http://dedaunan.com/ketahui-apa-saja-makanan-penambah-berat-badan-bayi/

5 Makanan Ringan Berkhasiat Ringkas Untuk Waktu Rehat Anak Anda

5 Makanan Ringan Berkhasiat Ringkas Untuk Waktu Rehat Anak Anda

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 4:55 PM
  (Ubah saiz teks)
WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak anda. Tetapi, waktu ini merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan yang berkhasiat bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.
Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang lembab dan tidak bertenaga.
Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama seperti merancang makan ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat anak anda.
Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi, apatah lagi mahu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan tidak berkompromi dengan makanan yang diambil oleh anak mereka.
Bagi meringankan beban untuk menyediakan makanan ringan dengan pantas kepada anak anda, kami menyediakan senarai makanan ringkas dan tidak perlu dimasak untuk diberikan kepada anak anda bagi dibawa ke sekolah.
Sandwic tuna dan keju
sandwich
Apa yang anda perlukan untuk menyediakan makanan ini adalah setin tuna, mayonis, kepingan keju dan sayuran seperti tomato, salad dan timun selain roti sebuku roti. Anda mempunyai banyak pilihan makanan bertin di pasar raya pada hari ini.
Anda boleh menggunakan tuna atau makanan bertin lain yang sudah digaul dengan mayonis serta potongan sayur sebagai cara mudah pada setiap pagi untuk menyediakan bekalan sandwic kepada anak anda.
Pisang dan MILO
bananan
Ini ditambah dengan fakta bahawa pisang merupakan sumber terbaik bagi menjana tenaga anak anda. Memakan pisang semasa waktu rehat boleh mengawal kandungan gula dalam darah, membantu penghadaman dan menghalang anak anda daripada lapar sehingga makan rehat seterusnya.
Kandungan kalium yang kaya di dalam pisang, boleh membantu menyalurkan bekalan oksigen ke bahagian otak, sekali gus meningkatkan tahap kecerdasan anak anda. Malah makanan ini lebih mudah disediakan untuk anak-anak kerana anda hanya perlu memasukkan pisang ke dalam beg sekolah mereka. Hanya dengan membungkus sebiji pisang, bergantung kepada saiz sama ada pisang berangan atau dua biji pisang emas, maka makanan ringan untuk anak anda telah disiapkan.
Jangan lupa untuk meletakkan sekotak MILO UHT bagi melengkapkan jumlah pemakanan berkhasiat yang diambil oleh anak anda pada waktu rehat.
Snek bar
granolan bars
Terdapat banyak pilihan snek sarapan yang dijual di pasaran pada hari ini. Pilih sahaja snek yang digemari oleh anak anda dan pastikan pilihan itu merupakan snek rendah gula serta penuhi stok di dapur anda. Sediakan makanan ini kepada anak anda pada waktu pagi kerana cara ini sangat mudah dan mungki memberikan masa beberapa minit kepada anda untuk menyambung tidur.
Selain itu, anda boleh mencampurkan beberapa perisa dan membungkuskan semula dalam bungkusan kecil sebagai bekalan makanan untuk anak anda serta selitkan sekali sekolah susu atau MILO UHT. Anak anda boleh terus memakan campuran itu atau tuangkan MILO UHT ke dalam bekas makanan dan nikamatinya seperti bijirin sarapan.
Buah dan kismis
fruit bowl

Bagi menyediakan makanan ini, anda perlu mengetahui buah kegemaran anak anda, sebungkus atau sekotak kismis dan satu sudu the kayu manis. Potong buah dan campurkannya dengan sebungkus kismis di dalam bekas makanan. Kemudian, taburkan sedikit serbuk the kayu manis bagi membangkitkan aroma makanan tersebut.
Biskut kacang mentega
biskut
Kacang mentega memilik kandungan protein yang tinggi dan merupakan sumber yang bagus bagi menjana tenaga anak anda pada waktu rehat. Cara penyediaannya amat mudah iaitu berikan anak anda biskut kacang mentega yang berkhasiat yang tidak bergula atau kurang bergula. Sapukan kacang mentega itu pada biskut kosong dan apitkannya dengan sekeping lagi biskut sehingga ia kelihatan seperti sandwic.
Sarapan mudah dan berkhasiat ini juga membolehkan anak anda berkongsi dengan rakan mereka, tetapi pastikan anda menyediakan bekalan yang mencukupi.
Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak mereka bertenaga boleh membantu kanak-kanak kekal fokus dan cerdas sepanjang hari. Makanan ringn ini hanya mengambil masa maksimum selama lima minit untuk disiapkan, sekali gus meringankan beban anda di waktu pagi yang sarat dengan perkara lain yang perlu diuruskan.
Jika semua idea ini tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan minuman berkhasiat dan bertenaga seperti MILO UHT di dalam beg sekolah anak anda untuk memastikan mereka mendapat jumlah tenaga yang mencukupi sepanjang hari.