Friday 27 September 2013

BSRian





Assalamualaikum
 
hari ni special edition untuk BRS Clan..they are used to be my friend, but now we are family..
(^__^)

gambar tidak mengikut turutan event

 
ni masa Pn. Hjh. Normi belanja kami makan tengahari 
kat Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. 
Thanks boss



 ni masa workcamp BSR bil.4/2013 di Hotel Marriott Putrajaya.
kami anjurkan sekali Majlis Raya BSR..
2in1


  ni masa semua ICUnization kena ambil gambar tema 
untuk direktori website ICU JPM.
tema : pakaian berwarna biru
background : coklat
  ni masa workcamp BSR bil.1/2013 di Hotel Palm Garden Putrajaya.
selepas workcamp, sambung pelan tindakan BSR


  ni masa BSR anjurkan Roundtable Session Majlis Sosial
16 Julai 2013 di PICC
greatest team ever

ni masa BSR anjurkan orkshop dengan team kader DOS..
masa ni kami buat kuiz tentang basic questions/situations pertaining to eKasih..\
heaven hehehhe..

ni masa BSR anjurkan Seminar Majlis Sosial
di PICC. Masa ni bulan puasa
tema untuk urusetia : biru & tie ICU (u/setia lelaki)

Muhammad Thaqyf is 1yr+2mo today

Anak mommy dah besar..
hari ni Muhammad Thaqyf dah setahun dua bulan..
mommy and daddy love you so much

ni picha masa dia tecik comeyyy
sekarang dah besyar encemmm

wake me up when september ends...

Sambutan hari lahir suami yang ke 30 tahun lepas..

tahun ni?
buntuuuuuu..
isteri nak hadiahkan jeans Levi's tapi suami tak nak
T__T

tunggu je isnin depan yea
hehehhehehe
(^_^)

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

Assalamualaikum..

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

kena capital letters with bold!!!

mommy pernah memohon dan menerima pembiayaan pendidikan (pinjaman) daripada PTPTN semasa melanjutkan pengajian degree di UIAM..
 pada masa yang sama, mommy juga saja-saja memohon biasiswa JPA..kenapa ada saja-saja..
sebabb niat nak cuba sahaja tanpa meletakkan sebarang harapan.. 
sebabtu semasa awal pengajian di UIAM, mommy siap2 apply PTPTN..

mommy anak sulung daripada 5 beradik..
ayah pencen tentera
mama surirumah
kami bukan daripada keluarga kaya raya atau senang lenang..
kami cukup sederhana..
kerna ayah punya tanggungan adik2 yang lain masih belajar, mommy tak nak menyusahkan ayah..apatah lagi mama..

Justeru, bila mommy ditawarkan biasiswa JPA, mommy menangis..bersyukur sangat..biarpun jumlahnya less than PTPTN, tapi mommy tak kisah..sebab niat mommy, duit tu asalkan cukup untuk bayar yuran pengajian dan beli buku ori (mommy tak pernah fotostat buku)..lebih daripada cukup untuk mommy..

duit belanja? 
tak pernah mommy risau..sebab mommy memang sedari kecil tak diajar bermewah2..
duit makan?
mommy makan sekadarnya sahaja..tiada istilah makanan mewah..biasanya mommy masak nasi just before ke kelas 8.30pagi..tengahari mommy balik hostel beli lauk yang bajetRM2.00..yang boleh makan dua kali..
 giler bajet kan..tapi itulah mommy..
yang penting kenyang and boleh study.
menu biasa telur dadar & sayur..
kalau ada bajet lebih baru beli ikan goreng..
kadang2 tu makan mee segera atau roti..
Alhamdulillah..
mommy grad dengan jayanya walaupun hanya makan sekadar sahaja..
kalau nak makan lebih sikit, itu time di rumah..
boleh makan apa je yang mama masak..
heaven..ada ikan/ayam/daging etc..
 tapi, bab makan ni mommy memang tak pernah buka mulut dengan family..
kalau orang tengok nampak macam kesian sangat kan..tapi mommy ok je..
sebab nawaitu mommy memang tak nak susahkan keluarga..
cukupla masa mula2 nak lapor diri di UIAM dulu, mereka dah spend around RM2000.00..
that's it soooo much for our family..
one month expenses T__T

sebab tu mommy usaha memohon apa jua pinjaman pendidikan dan biasiswa..
Alhamdulillah..
ALLAH permudahkannya untuk mommy..

semalam, sekali lagi ALLAH permudahkan urusan mommy..
Mommy dah selesaikan keseluruhan jumlah pinjaman pendidikan PTPTN mommy..
terima kasih kepada pihak Kerajaan yang menawarkan diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman keseluruhan..

so, semalam mommy secara rasminya telah melaksanakan tanggungjawab mommy demi masa depan dan peluang generasi akan datang..
Kebetulan, jumlah pinjaman tak banyak dan baki pinjaman pun xberapa banyak..
mommy keluarkan duit KWSP untuk buat bayaran..
duit habis tak mengapa..asalkan perkara ini selesai..
 tawaran potongan 20% ni akan berakhir pada isnin depan iaitu 30 September 2013..

untuk kawan2 dan adik2 yang lain, laksanakan tanggungjawab kalian..kalaupun tak mampu bayar lumpsum, buatlah bayaran ansuran secara tetap setiap bulan..sekarangni ada macam2 kaedah bayaran balik..mudah sangat2..bayarlah walau hanya RM50 sebulan..itulah pesan mommy pada adik bongsu mommy..Alhamdulillah, dia ikut pesanan mommy..

KIta adalah siapa mereka di masa akan datang
{motto kali ini hehehe}

 
 

Monday 23 September 2013

deco

Assalamualaikum

bersiaran di pagi isnin yang indah walau badan kurang sihat..

hari ni just nak share tentang dekorasi rumah..few decorations that really caught my eyes..

sekarangni suka sangat mengintai2 rumah orang..hobi yang dikongsi bersama dengan officemates - Wani, Masturah & Shahrizan..seronok sangat2..sambil2 cerita idaman dan igauan masing2 tentang rumah dan dekorasi idaman..tapi, mommy ni kurang fashion sense..or xde fashion sense hehehe..jadinya memangla kena merujuk rumah orang sana sini..

kawan2 yang bertiga tu memang high fashion sense..jadinya ada je idea memasing..
masturah minat Minimalis..
wani minat privacy-ised
shah berkongsi minat dan idea hehehe..

okla, sneak peek sikit dekorasi yang menambat hati mommy..mommy suka warna putih atau white-based decoration tapi bila mengenangkan takat kerajinan yang sentiasa paras2, makanya intai2 je la dulu..xpe..ada rezeki nanti, moga terlaksana segala impian..

ni, deko raya rumah aunty nani rostam, blogger terkenal..maknya Hanis Zalikha..mommy memang rajin layan blog aunty nanirostam ni sebab nak intai masakan dan deko rumahnya..mmg terbaik..anak2 lelaki pun pandai baking..

ini antara deco yang mommy suka..simple yet elegent and cosy










ni pulak wani share dengan kami bertiga..
boleh intai2 deco tapi jangan lupa credit yea..

BTW, mommy menumpukan lebih minat dan perhatian terhadap binaan dapur..so, kalau apapun, mesti nak tengok dapur dulu..








yang ni pulak sneak peek rumah annas aeskey, photog yang hebat hasil tembakannya..



 
 
in conclusion, all these decorations are really really inspiring..you can do it..



Friday 20 September 2013

susu merundum bila period? fakta atau auta

assalamualaikum

betul ke kalau kita (nursing mom) datang bilan (period), susu merundum?
fakta atau auta?

kalau ikutkan daripada pengalaman dah dua kali period since selepas bersalin ni, mommyThaqyf xmengalami masalah susu merundum..macam hari biasa, susu tak terjejas cuma susu mommyThaqyf akan terjejas kalau tak disiplin dengan jadual mengepam..itu fakta!!!

baru2 ni masa mommyThaqyf blog walking, ada jumpa jadual mengepam..ni la jadualnya..mommyThaqyf dapat daripada


so, sekarangni mommyThaqyf sedang dalam usaha untuk mendisiplinkan diri..kalaupun tidak mampu menepati setiap waktu ni tp tetap kena mulakan..sekarangni, asal dan..asal sempat..asal rajin.. dah guna medela fs pun malas (T_T)

InsyaAllah, another 10months to go for both of us..
Thanks Muhammad Thaqyf for your acceptance and cooperation..
Thanks Mohd Syukri Hafidz for your great understanding and assistance throughtout this 14months..mommy and Thaqyf really appreciate that..
(^_^)

for nursing mommies out there, teruskan usaha dan doa..semoga ada rezeki kalian biarpun hanya sekali..

own your own?


assalamualaikum..
hari ni just nak share sikit tentang own your own house..

haaaaa..
sekarangni nilai hartanah melambung tinggi..berganda2 daripada few years back..
during the time when ayah bought our house at batang Kali, it just cost him RM30,000.00 with RM150.00 monthly installment..Subhanallah..rezeki kan..it was 1990 if i'm not mistake..

but nowadays, RM30,000.00 is your 10% downpayment rite..
sekarang ni mana nak dapat rumah yang harga RM200,000.00..kalau adapun jenis townhouse..

since nilai hartanah yang sangat menyesakkan jiwa ni, mommyThaqyf decided (maksudnya baru plan) to buy an affordable at Batang Kali. near to our family's..

so, let's take a look of this artist illustration..



ni la kawasan pilihan kami
Puncak Tamu
Fasa 5
RM309,000.00

{nak type harga rumah pun xsanggup huhuhuhu}



kami pilih intermidiate..
end lot/corner lot diluar kemampuan maksima huhu

konon2 cengginilah kawasan perumahan tu nanti

doakan semoga urusan kami dipermudahkan.. InsyaAllah, next monday will submit the loan application to BPP..
Biiznillah..


kaki kiri kena hot porridge

assalamualaikum

lama xupdate new entry
hari ini update pasal kaki kiri mommyThaqyf kena bubur panas awal pagi tadi..
kesilapan teknikal semasa proses pengendalian telah menyebabkan kaki kiri mommyThaqyf ni melepuh..
(T_T)

pagi tadi selepas hantar Thaqyf ke nursery, mommyThaqyf g office dulu.. nak rujuk kaki ni pada Induk Pisah. bila Induk Pisah pun kata teruk, mommyThaqyf pun g la klinik kesihatan Presint 3..
no giliran 1060 tapi sekarang baru 1035..haiiiiiii, lama la kena tunggu..
around 10.30pagi baru turn mommyThaqyf..

mommythaqyf diberi ubat sapu yang perlu disimpan dalam peti sejuk
tadi dah sapu sekali..
memang hazab la bila kena makanan/minuman/minyak panas ni..
kes mommyThaqyf ni kira ok lagi..
cuma doktor pesan jaga elok2 jangan sampai kesan melepuh tu pecah
bimbang kena infection pulak nanti..

so, moral of this story,
please take extra care when you handling anything in the kitchen..
mujur juga Thaqyf layan babytv channel pagi2 alam tadi..
Alhamdulillah..
Allah mjauhkan anak mommy ni daripada kejadian ini..