Friday 27 September 2013

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

Assalamualaikum..

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

kena capital letters with bold!!!

mommy pernah memohon dan menerima pembiayaan pendidikan (pinjaman) daripada PTPTN semasa melanjutkan pengajian degree di UIAM..
 pada masa yang sama, mommy juga saja-saja memohon biasiswa JPA..kenapa ada saja-saja..
sebabb niat nak cuba sahaja tanpa meletakkan sebarang harapan.. 
sebabtu semasa awal pengajian di UIAM, mommy siap2 apply PTPTN..

mommy anak sulung daripada 5 beradik..
ayah pencen tentera
mama surirumah
kami bukan daripada keluarga kaya raya atau senang lenang..
kami cukup sederhana..
kerna ayah punya tanggungan adik2 yang lain masih belajar, mommy tak nak menyusahkan ayah..apatah lagi mama..

Justeru, bila mommy ditawarkan biasiswa JPA, mommy menangis..bersyukur sangat..biarpun jumlahnya less than PTPTN, tapi mommy tak kisah..sebab niat mommy, duit tu asalkan cukup untuk bayar yuran pengajian dan beli buku ori (mommy tak pernah fotostat buku)..lebih daripada cukup untuk mommy..

duit belanja? 
tak pernah mommy risau..sebab mommy memang sedari kecil tak diajar bermewah2..
duit makan?
mommy makan sekadarnya sahaja..tiada istilah makanan mewah..biasanya mommy masak nasi just before ke kelas 8.30pagi..tengahari mommy balik hostel beli lauk yang bajetRM2.00..yang boleh makan dua kali..
 giler bajet kan..tapi itulah mommy..
yang penting kenyang and boleh study.
menu biasa telur dadar & sayur..
kalau ada bajet lebih baru beli ikan goreng..
kadang2 tu makan mee segera atau roti..
Alhamdulillah..
mommy grad dengan jayanya walaupun hanya makan sekadar sahaja..
kalau nak makan lebih sikit, itu time di rumah..
boleh makan apa je yang mama masak..
heaven..ada ikan/ayam/daging etc..
 tapi, bab makan ni mommy memang tak pernah buka mulut dengan family..
kalau orang tengok nampak macam kesian sangat kan..tapi mommy ok je..
sebab nawaitu mommy memang tak nak susahkan keluarga..
cukupla masa mula2 nak lapor diri di UIAM dulu, mereka dah spend around RM2000.00..
that's it soooo much for our family..
one month expenses T__T

sebab tu mommy usaha memohon apa jua pinjaman pendidikan dan biasiswa..
Alhamdulillah..
ALLAH permudahkannya untuk mommy..

semalam, sekali lagi ALLAH permudahkan urusan mommy..
Mommy dah selesaikan keseluruhan jumlah pinjaman pendidikan PTPTN mommy..
terima kasih kepada pihak Kerajaan yang menawarkan diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman keseluruhan..

so, semalam mommy secara rasminya telah melaksanakan tanggungjawab mommy demi masa depan dan peluang generasi akan datang..
Kebetulan, jumlah pinjaman tak banyak dan baki pinjaman pun xberapa banyak..
mommy keluarkan duit KWSP untuk buat bayaran..
duit habis tak mengapa..asalkan perkara ini selesai..
 tawaran potongan 20% ni akan berakhir pada isnin depan iaitu 30 September 2013..

untuk kawan2 dan adik2 yang lain, laksanakan tanggungjawab kalian..kalaupun tak mampu bayar lumpsum, buatlah bayaran ansuran secara tetap setiap bulan..sekarangni ada macam2 kaedah bayaran balik..mudah sangat2..bayarlah walau hanya RM50 sebulan..itulah pesan mommy pada adik bongsu mommy..Alhamdulillah, dia ikut pesanan mommy..

KIta adalah siapa mereka di masa akan datang
{motto kali ini hehehe}

 
 

2 comments:

  1. Bagi pelajar yg tidak mampu untuk dpt sebarang pinjaman utk melanjutkan pelajaran mereka, PTPTN merupakan pinjaman yg terbaik yg mereka blh dpt. Asalkan mereka bayar lepas belajar dan mula bekerja. Tidak jadi satu beban yg terlalu besar jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat2..PTPTN la harapan kita untuk sambung belajar..

      Delete