Tuesday 21 March 2017

resepi apam kampung




Assalamualaikum

suka sangat dengan Puan Azlita ni sebab tak kedekut berkongsi resepi, cara2 memasak/menyediakan menu dan gambar2 step by step..

semoga kemurahan hati belian ni tak disalah guna ie ambil gambar beliau then mengaku sendiri punya, tak bagi credit or link..tak baik buat mcmtu..

tq puan azlita for always sharing the goodness in you and inpiring us to cook better day by day..may Allah bless your beautiful soul..

BIG CREDIT TO : PUAN AZLITA MASAM MANIS

APAM TEMBAM / APAM KAMPUNG
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan

11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau

* Adunan ni dapat banyak ya, jadi kalau terasa keluarga tak berapa ramai, atau tak ramai yang nak makan, sila lah buat 1/2 daripada sukatan bahan-bahan dan guna loyang kecik sikit.



No comments:

Post a Comment