Monday, 14 April 2014

fulltime housewife wanna-be

Assalamualaikum

macam tau2 je ihiks
baru je up entry quit vs work
terus dapat this article in my FB news feed
betul juga kata penulis
manakan sama mengendali anak2 dengan asuhan tangan ibu sendiri
manakan sama mengurus keperluan suami dengan hasil air tangan isteri sendiri
sungguh, seperti entry aku tu, jika diberi peluang dan ruang
i wanna be full time housewife
kalau lebih mampu lagi, aku mahu menggaji seorang pembantu bagi membantu aku menguruskan kerja2 rumah
at least aku boleh fokus mengasuh anak
homeschool
kan..
 indahnya
namun, ia tak semudah impian

kerjaya aku sekarang menuntut komitmen yang tinggi
kalau mau berhenti sekarang, perlu bayar pampasan RM25,000.00
mana nak korek duit
hutang kereta insyaAllah, June 2015 akan selesai
after that, Berry is officially mine
in between, sekarangni tengah dalam proses pembelian rumah
govt loan
RM1,800.00 deduction monthly from my salary
insyaAllah, anak masuk 2 orang
aku yakin pasti ada rezeki dan bahagian mereka dariNya
rumah, kereta adalah keperluan
pakaian dan makanan mana yang boleh dikurangkan, kami kurangkan
pampers dan susu adalah perbelanjaan wajib
no excuses
hutang bank RM580.00 akan selesai lagi 5tahun insyaAllah
sekarangpun aku dah boleh adjust perbelanjaan
untuk diri sendiri memang tolak tepi

duit gaji sekarang hanya banyar hutang bank RM580
installment berry RM685
yuran taska thaqyf RM350
ITP RM550 
tabung haji
income tax
dut belanja untuk maa, ayah and boy - walau sikit tetap ku hulur
minyak kereta
service kereta

tu belum kira untuk tolak loan rumah
yuran taska baby

tapi aku percaya keikhlasan kita bekerja akan membuahkan hasil yang berbaloi
mungkin anak2 akmi tak sesempurna anak2 yang diasuh ibu kandung sendiri tapi kami akan cuba yang terbaik

duit gaji pun xlehla tercekik menjelang hujung bulan kan
kot ada emergency, jenuh nak cari
at least aku buat potongan tetiap bulan
walau pastu terkorek jua
huhuhu

insyaAllah, dua kali berpantang ni nanti, aku dapat duit kutu
memang aku adjust and join
at least ada la sikit duit
nk byr upah mengurut, duit aqiqah dan bagi pada maa ayah untuk tampung belanja kami anak beranak

aku ni bukan datang daripada keluarga senang
jadi, kalau nak quit tu bukan blh quit gitu je
at least ada perancangan
earn income from home kan..

aku tak pernah malu dan segan mengaku yang aku kepingin mau jadi fully housewife
walau punya diploma dan degree
mana tau, quit pastu bergolek rezeki buat masters and PhD menyusul kan..
segala2nya mungkin

cuma, yang penting kena ada simpanan
sebab tu aku rasa mau2 aku quit juga kot nanti ekekeke
tapi kotla time tu anak2 dah besar dah rasa ok, maybe continue kerja
time anak2 tengah kecil/baby ni mmg dilemma
aku kalat takat CTG xberapa sangat
sebab pastu nk warm up masuk opis balik
mcm bercinta je
huhuu

entahla
sekarang ni dalam kepala kerja je la dulu
sampai masa dah fikir masak2
dah kukuh simpanan dan perancangan
mungkin jua aku babai PTD ni
ekeke
otherwise, aku seikhlas hati akan terus berkhidmat
demi mencari rezeki buat keluarga

suami?
dia pun baru 3thn join govt
kerja di KL
berulang hari2
minyak, toll, intallment kereta adalah wajib
tu pun kalau beli pampers and susu thaqyf dia guna duit dia
xbg kalau aku yang beli
bil letrik, bil air, bil astro mmg fully on him
sebab dia kata duit kuarters dah tolak daripada gaji aku
makan minum kalau keluar memang on him

apa yang aku nak beli ie barang basah ke apa ke, aku tak minta duit suami
aku jenis segan pun iye gak nak meminta2 ni
lebihnya sebab aku xmau ajar diri meminta2

dia nak byr hutang PTPTN lagi
hutang bank
hutang kereta

komitmen pada keluarga di tganu
walau tak selalu tapi menghulur jua barang dua tiga ratus
kos perjalanan g balik kg pun take into consideration juga

byk yang kena fikir
tapi aku percaya, perancangan yang teliti pasti membuahkan hasil
impian kan jadi nyata

sekarang aku mula berjimat
kerapkan menabung walau sikit je
rezeki untuk anak2 tetap tak kami lupakan
anak2 deserve the best
makan, pakai biarlah xmahal asal sempurna dan sebaiknya
aktiviti anak2 kami pilih yang economical

okla, panjang dah entry ni..
 hehehe
luahan hati perasaan.. 
fulltime housewife wanna-be,
AISYAH

No comments:

Post a Comment