Monday, 10 March 2014

PRAY FOR MH370..PRAY FOR SOFUAN IBRAHIM

Assalamualaikum

pagi ini
hari ini
pasti ada sesuatu yang berbeza di hati
di hati insan2 yang punya naluri

tak semena2, pagi sabtu yang lepas (8.3.2014) dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang membawa manah ke Beijing
berlepas daripada KLIA kira2 jam 12.41pagi
dan dilaporkan hilang daripada radar jam 1.30pagi
jam 2.40 baru disahkan setelah beberapa pengesahan dengan negara jiran dibuat

semuanya buntu
pesawat moden itu hilang
tidak dapat dikesan
hari ini adalah hari ketiga
segala usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan sehabis baik

di dalam pesawat itu bukan hanya penumpang Malaysia
tapi salah seorangnya adalah sahabat Phoenician kami
MOHD SOFUAN IBRAHIM
seorang PTD yang cukup dikenali atas kredibiliti dan kehebatan dalam kerjaya
posting pertama di Istana Negara
berpeluang mengikut Tuanku Mizan (ketika itu SPBYPA) ke seluruh pelusuk negara
berpeluang bekerja di Istana Negera disamping mereka yang hebat dan penuh protokol
aktif bersukan
mudah mesra
kemudian posting ke MITI
dan pemergian beliaun ke Beijing adalah atas tugas rasmi
membawa amanah Malaysia sebagai 2nd secretary as economic Attachee
YB Menteri MITI sendiri mengenali beliau
hebatnya insan bernama sofuan memang tidak dapat dinafikan

dan sebagai sahabat, kami tak putus2 berdoa semoaga beliau dan seluruh isi pesawat MH370 selamat walau di mana jua mereka berada
aku sendiri optimis, mereka masih hidup
cuma tak tahu di mana

Ya Allah, permudahkanlah usaha kami
perkenankanlah doa2 kami
selamatkanlah jiwa2 kesayangan kami
Ameen





 Subhanallah.. sehebat ini suasana operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.. suasana ini dirakamkan awal pagi tadi.. mengambarkan bertapa giatnya usaha semua pihak bersatu bagi memecahkan kebuntuan kehilangan pesawat yang hilang lebih dari 24 jam.. sama-sama kita doakan yang terbaik.. #PrayForMH370



 Cari di perairan Pulau Pinang

Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan


 dua perasaan berbeza
sebagai ibu aku emphathy


 ibu dan kakak sofuan, kak farah

 Update dari seorang penyiasat PDRM

status terakhir wechat sofuan "on board to Peking"

dan malam td, kami menghadiri solat sunat hajat di Masjid Besi anjuran PPTD
demi sebuah kemanusia
demi sebuah persahabatan
demi sebuah kedaulatan

terima kasih pada suami kerna turut sama bersama kami
walau tak mengenali namun suami turut terkesan
mungkin kerana aku pernah bcerita tentang sofuan kepada beliau
kerna sofuan satu2nya daripada Phoenician yang bertugas di Istana Negera
bertugas dengan Sultan Terengganu kesayangan suami pulak tu

sofuan, aku doakan semoga ko selamat dan pulang ke pangkuan kami
pulanglah sabahat
pulanglah....

2 comments:

  1. Sedih dan sayu. Itu perasaan saya bekerja hari ini. Sama2 kita doakan Sofuan dan semua isi pesawat mh370

    ReplyDelete
  2. as salam,
    apa nama ibu sofuan ni yek?

    ReplyDelete