Wednesday, 12 March 2014

debaran kian terasa

Assalamualaikum

kalau ikut EDD 6 Jun 2014,
dan kalau ikut perkiraan hari secara manual
tinggal lagi 85 hari je lagi
mengambilkira cukup term 40minggu

 tanyalah pada mana2 wanita hamil
semakin dekat tarikh kelahiran
pelbagai perasaan bercampur baur
yang pasti gembira dan tak sabar 
nak menatap wajah cahaya mata
nak mendakap dan menyusui amanah daripada Illahi
semuanya la
hehehe

namun,
sebelum itu, debaran nak melalui proses melahirkan juga tak kurang hebatnya
bagi aku, kandungan kedua ni lebih sikit debarannya
kerna aku telah melalui proses ini 
jadi kenangan lalu berputar semula
kesakitan
contraction
semuanya bermain di minda
tapi itulah istimewanya wanita

aku optimis dan sentiasa memanjatkan doa semoga proses kelahiran pada kali ini dipermudahkan dan aku dapat melahirkan buah cinta kami secara normal
yang penting semoga baby berpusing dan berada pada kedudukan normal menjelang  waktu itu
insyaAllah, anak2 mommy adalah anak2 soleh yang terbaik

minggu ni heading 28week if based on the EDD 
tapi kalau ikut tinggi rahim, 27week
xpela xjauh beza sangat
asalkan segalanya berjalan lancar
 dan kerna itu debaran kian terasa
serammmmmmmmmmmm
hehehehehe

Ya Allah, hambaMu ini memohon dengan penuh rasa rendah diri
dengan segala kasih sayang, rahmat dan keizinanMu 
izinkanlah aku melahirkan anak dalam kandungan ini secara normal
permudahkanlah proses kelahiran ini
kuatkanlah agar aku mampu melalui dan menghadapi proses ini
peliharalah suami dan anak2ku Ya Allah
perkenankanlah doa2 hambaMu ini
Ameen YRA


# bersedialah aisyah

No comments:

Post a Comment