Thursday, 27 March 2014

24.3

Assalamualaikum

24.3
tarikh yang takkan mungkin akan luput dalam ingatan
melainkan dengan izinNya

mana boleh lupa
sebab itulah tarikh aku melapor diri sebagai PTD batch 2/2008 di INTIM
maa, ayah, ngah dan ude hantar ke sana
tidur semalaman di rumah ayahcik mokhtar di Kuantan dan esoknya gerak ke Kemaman
pertama kali g beli baju batik
duit maktam bagi rm100 dan duit ayah bagi
dapatlah beli sepasang batik crepe warna hitam
sampai sekarang ada lagi
sayang nk pakai selalu
kenangan
maa belikan tudung bawal
mahal juga masa tu
tp maa kata hadiah
kami ni bukan daripada orang senang
jadinya bila nk membeli tu aku memang berkira
xperlu, xusah beli
mahal, xusah beli

itulah hadiah daripada mereka
masih ada lagi hingga kini

dan 24.3.2014 hadir lagi
kali ini disambut dengan perasaan yang cukup berbeza
selain daripada meraikan tahun keenam dalam perkhidmatan PTD
kami juga suram dengan pengumumam YAB PM bahawa penerbangan MH370 yang turut membawa Muhammad Sofuan Ibrahim, sahabat satu batch berakhir di selatan lautan hindi
(flight MH370 ended in the southern indian ocean)

cukup sakit menerima khabar ini
khabar sedih di hari ulangtahun keenam perkhidmatan kita sebagai PTD
iye, sofuan bukan siapa2 dalam hidup aku
cuma sahabat satu batch
tapi perkhidmatan ini telah mewujudkan bonding yang cukup utuh antara kami
persis, dicubit peha kanan, peha kiri jua terasa
sebagai rakan seperjuangan, keberangkatan beliau ke Beijing adalah atas dasar tugas rasmi dan bakal memulakan khidmat sebagai economic attachee
suatu tugas yang cukup hebat di mata sesiapa sahaja
peluang yang bukan calang2 orang boleh dapat
aku sendiri bangga dengan kawan2 yang berpeluang berkhidmat di bumi asing
kerna pada aku mereka cukup hebat
(pada aku la)
yang bertugas di tanah air pun xkurang hebatnya
kami semua hebat sebab tu kami berjaya menjawat jawatan ini
(i am so proud with all of us)

namun, semuanya tidak kesampaian
that flight never landed
missing
unknown

semuanya menjadi teka teki
mewujudkan 1001 persoalan
biarpun pengumuman awal YAB PM pada 24.3.2014 jam 10pm yang lepas bernada suram
namun aku tetap optimis
selagi tiada physical evidence, selagi itu segalanya masih sebuah harapan
sesungguhnya ALlah jua yang Maha Mengetahui

dan untuk tahun2 yang mendatang
24.3 bukan sahaja tarikh keraian PTD 2/2008
ia lebih daripada itu
tarikh yang bukan saja menjadi ingatan abadi PTD 2/2008 
tapi seluruh dunia akan terus mengingatinya

buatmu sahabatku, Muhammad Sofuan Ibrahim
seorang yang cukup berkaliber
kau mungkin xmengenali aku
tapi siapa yang xkenal kau kan
hehehe
manusia hebat ciptaan Illahi
bertuah batch kita sebab ada pegawai mcm kau
kami ni tumpang tuah kau Sofuan
kalau kau boleh baca semua status2 yang kawan2 tulis di fb/twitter tentang kau, ketahuilah betapa kami semua cukup menghargai kehadiran sahabat seperti kau Sofuan
perjalanan kerjaya selama 6tahun ini cukup hebat
kau tak meninggi diri
tak berlagak
cukup menyenangkan
dan itu yang membuatkan doa serta harapan kami akan keselamatan kau terus mekar
semoga kau pulang ke pangkuan kami dengan selamat
insyaAllah
semoga diizinkan olehNya


Allah, berat sungguh ujianMu ini
sesungguhnya aku hamba yang kerdil ini sujud kepadaMu
ampunilah segala dosa2 dan kekhilafan kami
rahmatilah kami
payungilah kami dengan kasih sayangMu
jauhi kami daripada malapetaka
matikanlah kami dengan husnul khatimah
ameeennnn

No comments:

Post a Comment