Assalamualaikum..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem 1433H..
Esok, insyaAllah, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan
maka bermulalah pengembaraan yang penuh keberkatan dan kenikmatan bagi mereka yang berpuasa
kerna berpuasa itu bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga bahkan ia mentarbiyah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan mulia..
Bukan hanya berjemaah di masjid/surau pada bulan Ramadhan sahaja
Bukan hanya bersedekah dan mengaji di bulan Ramadhan sahaja
Bukan hanya sepanjang Ramadhan tetapi Ramadhan adalah permulaannya..
Ingatlah...
dan Ramadhan pada kali ini pastinya adalah sesuatau yang paling-paling-paling manis buat saya dan suami..
Kerna saya akan melaluinya sebagai bakal ibu..
Sedikit sebanyak pasti akan ada kelainannya berbanding jika puasa 'seorang'
Namun saya telah berazam, akan berpuasa selagi mana terdaya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Buat semua umat Islam, selamat berpuasa dan semoga barakah wa rahmah sentiasa bersama kita
Buat suami, salam ramadhan kareem syg dan selamat berjaga-jaga hehehe..
Buat mama dan ayah, selamat berpuasa dan bersiap siaga hehehe..
Buat adik-adik & Nyna, selamat menyambut Ramadhan...
No comments:
Post a Comment