Monday 23 July 2012

ayam masak halia kicap

Assalamualaikum


Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, tekak ni mulalah dok mengidam nak makan itu dan ini sebagai juadah berbuka..macam-macam yang nka dimakan..sebenarnya itu nafsu je..maklumlah perut tengah kosong, jadinya tgk biskut kosong pun rasa sedap kan hehehe..


last week, hubby ada sebut-sebut dan tanya, pandai tak masak ayam masak halia..isteri senyap je..(sebenarnya xtau nak jawab apa)..pernah la masak tapi kena rujuk resepi tok guru (blog masakan)..bimbang tak menepati piawaian..langkah terbaik, isteri senyum je la..


So, hari ni, sempena hari berbuka pertama di rumah Putrajaya, makanya isteri nak masak Ayam Masak Halia..jenuh godek2 dapur blogger masakan yang ada..ni, antara resepi yang berkenan di hati..harapnya menjadilah yea..apapun, akan diupdate hasilnya esok..insyaAllah..


sumber : ayam-masak-halia-kicap.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment