assalamualaikum..
zaman 2012 ni kalau berbicara tentang nama-nama anak sama ada anak lelaki mahupun anak perempuan, kemain lagi canggih...
ada yang bagi nama anak sampai 3 nama tu belum berbin/berbinti kan nama bapa..
fuhhhh, jenuh anak nk hitamkan nama kat borang OMR time exam hehehe
berdasarkan kepada pengalaman sendiri, saya dan suami juga tak lari daripada dilema ini..
kisahnya suami suka nama ini, isteri suka nama itu..
jadinya, hanya selepas doktor sahkan jantina anak, baru kami fokus..
cari nama untuk anak lelaki..
bukan mudah..
tanggungjawab besar..
suami kalau boleh nak ada DZ pada nama anak-anak..
saya pula nak ada huruf Y
ni antara cadangan awal masa mula2 disahkan hamil
contoh nama pilihan suami :
MUHAMMAD FARIDZ ADYB
NUR RAUDATUL RAUDZAH
contoh nama pilihan isteri :
MUHAMMAD ZHARYF MIKAIL
NUR ZARA MEDYNA
nama anak sedara saya diberi oleh ibu dan abahnya tapi saya yang isi borang pendaftaran kelahiran, makanya saya suggest pada adik perempuan saya agar huruf I diganti dengan Y kerna maknanya masih sama cuma signature nama ada huruf Y, besar nanti senang nak beza, so jadilah namanya
MAISARAH QISTYNA
tapi bila doktor bagtau saya hamil anak lelaki, terus blur..
dua-dua orang blur..
ishhh nak bagi nama apa..
taknak nama panjang-panjangla sb nama suami pun dah 3 nama..
lastly, saya pilih nama THAQIF tapi sb suka huruf Y saya tukar ejaan jadi
THAQYF..
mula-mula, ingat nak letak nama THAQYF BIN MOHD SYUKRI HAFIDZ
tapi suami cadangkan letak nama MUHAMMAD @ AHMAD didepan nama..
a day before nak submit borang untuk daftar kelahiran, we finally decided to named him
MUHAMMAD THAQYF
which means
MUHAMMAD = yang terpuji
THAQYF = yang pandai, yang bijak, yang cepat faham..
cuma ada sedikit kekeliruan untuk pronounce nama THAQYF..
ada yang sebut as TAQIF..
ada yang sebut as SAQIF..
but is SAQIF cuma dalam rumi xde hurif tsa..
kalau ejaan SAQIF, itu huruf sin dalam jawi..
sebutan tsa dalam rumi, hurufnya tak diiktiraf dalam A-Z..
kalau ejaan tsa, mesti ada tanda kat bawah huruf s..TSAQIF..bwh s tu ada tanda..
since, huruf tu tak diiktiraf makanya, ejaan adalah THAQYF..
nota :
kalau ada rezeki, tunggu apa pulak nama adik-adik Thaqyf hehehe...at last, saya suka nama yang simple
No comments:
Post a Comment