Assalamualaikum
Alhamdulillah
berkesempatan bertemu lagi di hari Isnin
pemula hari yang cukup mencabar
alkisahnya, KPI minggu lepas tak berlangsung dengan jayanya
pertamanya
sebab aku sendiri kurang sihat
sepanjang jumaat mlm sabtu dan seharian hari sabtu aku melepek
semua jadi serba tak kena
plan nk ke tidur di rumah hamzah sebab kaklong datang tapi xkesampaian
keduanya
sebab hari ahad tu re-plan nk ke rumah hamzah
tapi bila husband call, kaklong stay di KL atas bebarapa urusan
husband kata lain kali je
so, ahad tu aku dah cancel maid
nak sms semula dah lewat mlm
xpela xde rezeki
kita hanya mampu merancang
Allah jua yang sebaik-baik pengatur
semalam aku bangun awal
rasa sihat sikit dah
bawa thaqyf turun on tv
aku siapkan breakfast
kueh tewo goreng & teh o panas utk kami
kueh teow sup utk thaqyf
siap masak
mandikan dan siapkan thaqyf
suap thaqyf makan dan baru aku makan
suami breakfast lambat sikit
nak bangun mandi dulu semua
tengahari kami ke alamanda
we arrived just before 12noon
full house ok
car wash pun long queue
since kami dah breakfast berat, so xdela gaduh2 nak makan
shopping sakan hehhee
takde la
antara hasil belian semalam :
1. 2sets single bedsheets (RM40 x 2sets = RM80)
- seperti yang aku dah plan
- beli 380 threads kat parkson
- balik2 terus laundry, senang nak guna nanti
2. 2 sets tuala kiko (RM19 x 2sets = RM38)
- utk thaqyf dan adik baby satu set sorang
- warna hijaun pucuk pisang dan pink. ok je la
3. 2sets dimple pillows dan sarung
-beli modernmum
- sarung bantal RM8.90 x 2helai
- dimple pillow RM12.90 x 2pcs
- balik2 terus laundry sarung bantal, senang nak guna nanti
- balik2 terus laundry sarung bantal, senang nak guna nanti
4. 2 pasang sleeveless thaqyf (RM18 x 2pasang = RM36)
- beli brand looney tunes
- size 12-18m
- untuk kegunaan harian esp di nursery
- balik2 terus laundry, senang nak guna nanti
- balik2 terus laundry, senang nak guna nanti
5. 1 set lampin (RM27.90)
- beli brand disney yang gambar mickey tu
- share untuk mereka dua beradik hehehe
- semalam cuci 2 helai utk thaqyf
- actually kat rumah dah ada 1 set tak buka lagi, saja buat stock
6. 1 pasang baju siang berlengan (RM27.90)
- saja menambah koleksi thaqyf
7. 1 set of 12 lilin dan teddy scent & paper bag kecil utk hadiah ayra
- lilin = RM10
- teddy scent = RM18
- paper bag = RM2.50
8. barang2 di cold storage dalam RM90
- aku beli plastik sampah pelbagai saiz
- reduced salt margerine
- bayam
- telur
- cauliflower
- carrot
9. chatime untuk kami berdua = RM15
- aku order crusher coffee
- suami order earl tea
sebelum balik, aku tapau choc pudding 2 pcs RM5.30
suami tapau mcd utk mereka berdua
beli paper
hurmmmmm
inilah padahnya bila langgar pantang
perbelanjaan tak bersukat
biasanya kami memang tak keluar time minggu pertama (at least) selepas gaji
sebabnya, pertama orang ramai
kedua, over spend
ketiga, rasa nak beli semua
ni la akibatnya
adoyaiiiii
sebelum asar kami balik
rehat dan tonton nadal vs wawrinka
pastu keluarkan ikan kembung dan masak dinner
husband bagitau mak ayah dan adij2 dia nak datang selepas maghrib
*drollllllll*
apapun tak de ni
aku tanak nasi 2 1/2 cawan
goreng je ikan kembung 3 ekor tu
buat air teh o panas
suami beli sup urat keting (UK) dan beli air twister oren
alhamdulillah, semua habis makan
kebetulan, diorang memang suka makan sup2 ni
sebab tu suami decide beli sup UK
beli juga 3bungkus bihun sup UK
walau simple, bila tengok diorang selera makan, happy sangat
cuma terkilan tak sempat nk masak
pastu sebelum balik, aku bekalkan ikan masin keropok yang beli kat sabah tu dengan wedges upah tolong acu menggoreng masa karnival perodua last 2weeks
No comments:
Post a Comment