Assalamualaikum
Real Toys Real Joy
entry terbaru tulisan Hanis Zalikha aka keknis
boleh baca di sini
hurmmmmm
sebenarnya benda ni dah lama bergaduh dalam hidup aku
perang antara minda dan hati
this is really happen in my life
masa zaman kanak2 aku dulu, aku memang xpernah ladapat toys kejadah ni semua
jangankan toys, kedai mainan pun xpernah masuk
jadi memang harap iklan tora datang lagi je la kalau berangan nak mainan
ayah dulu memang garang
jadi kami adik beradik memang terdidik (ter tu hehehe) untuk tak meminta2
lagilah aku ni anak sulung
jangan dibuat peel meminta2 tu
mama pulak surirumah
sambil2 tu ambil upah menjahit tulang belut baju kurung
(zaman sekarang ni xde dah kat baju..piping sudah)
so, mainan kami adik beradik adalah sangat semulajadi di samping basikal yang dikongsi
main la pondok2
main kejar2
main tengteng
main tutup oren
main getah
main batu seremban
main dam ular (lukis sendiri)
etc
semua sendiri bikin baru dapat main
xpernahla berangan nak main doll, teddy bear segala
sebab tu kami adik beradik sampai sekarang xde feel nk berteddy bear bagai
ekekeke
but we turned out so great
jadi juga manusia yang elok budi pekerti ..
zaman kanak2 sekarang never be the same like those days
xpayah cerita hal orang
anak aku sendiri
Thaqyf baru berusia hampir 1tahun6bulan
tapi jari jemari cukup lincah slide hp mommy
kalau menonton babytv channel atau upin ipin sampai xberkelip mata
kalau makan, dikumam je makanan tu dalam mulut
agaknya rugi masa kot kalau mengunyah time menonton
hurmmm
jadinya aku terpaksa bertegas
thaqyf hanya diberi ruang menonton babytv channel atau upin ipin daripada balik nursery (xkiralah jam berapa masa tu) sampai jam 7pm SAHAJA.
lepas tu aku on channel 106 sampai jam 8pm
8pm-9pm channels untuk berita
9pm onwards kadang on 721 atau 431..depends
kalau xde rancangan manarik, on 857 (sinar.fm)
sebab bedtime thaqyf is at 8pm..
so 857 adalah solution untuk kami suami isteri selesaikan urusan rumahtangga
aku akan ke dapur siapkan keperluan thaqyf untuk esok
atau kami akan dinner (aku masak selepas maghrib biasanya)
atau suami baca paper, aku laundry pakaian
dan kami pun tidur awal sebab tak terjebak dengan tv show
sebelum tidur, siapkan pampers dan keperluan menyusu thaqyf
jadi tengah malam senang
susu, air panas, air biasa, botol susu semua kami dah siapkan
pampers nk tukar pun ready
so, masa menonton tu memang terhad bila kami di rumah
kalau di luar, bila nk tunggu makanan sampai, kadang tu thayqf dah xtenteram
bosan duduk saja menunggu
dia mula la nak main sudu garfu etc
solution suami, on dibo, upin ipin, the cuddlies
aku memang xberkenan la
sebab on dinner table kot
so, aku cakap baik2 dengan suami
"yang, i tak berkenan la bag thaqyf tengok ni semua on dinner tables. nanti dia xnak makan. nanti dia xaktif..nanti sistem motor dia stiff dan kaku etc"
aku memang cakap dengan suami bersandarkan fakta dan pemerhatian aku
demi anak
xtengok pun dia ok
alhamdulillah, suami faham dan ok dengan cara aku
sekali sekala ok but not on dinner table or masa makan
solution aku, aku belikan thaqyf coloring books with stickers, pencil color dan basic stationeries
kadang2 kalau keluar aku bawa juga xpun aku akan ajak thaqyf main2/menyanyi
contoh lagu charlie and the numbers tu
sambil2 menyanyi, aku akan guna jari untuk indicate apa yang aku sebut
so far thaqyf ikut and he seem likes my singing hehehe
pok amai2 ke, apa ke aku akan sebut (baca :menyanyi) sambil buat
aku ada baca dalam satu entry (aku lupa blog mane. dah ingat nanti aku update)
penulis ni (a mother) bawa anak dia jumpa ahli psikologi
just nak examine kot2 anak dia ada masalah ke apa ke
anak dia lelaki umur 2tahun
bukan anak dia ada masalah mental pun
tapi sebagai ibu dia saja je bawa
aku suka sikap ibu ni
so, dia kata hasil daripada pemeriksaan tu, anak dia pick up dan cerdik macam umur 5tahun
dia expose anak dia dengan basic toys je
ada yang dia buat sendiri
contoh macam
1) staking cups - beli je plastic cups dalam 5warna.
2) ice cream sticks yang diwarnakan - pastu bagi anak untuk asingkan stick based on colors
3) melukis - boleh beli kertas lukisan dan pensil
4) tampal educational posters
5) main domino effect
no. 3 dan 4 memang aku dah buat. yang lain in progress
lagipun toys thaqyf banyak sangat dah sekarang ni
so, aku dan suami kena kreatif
recycle cara main supaya thaqyf xbosan
baru jadi ibubapa yang inovatif lagi kritis
(^__^)
aku cuma doa semoga usaha kami ini istiqamah
bimbang tershahid dan tersungkur dek keadaan
iyela..kadang tu kita penat, letih moody
jadi bila anak start xduduk diam, kita terus bagi gadget and keep him silent
konon behave padahal aku rasa itu cara halus mrosakkan anak sendiri
sampai bila kita nak memomokkan anak2 dengan gadget kan
itu pada pandangan aku
on the other side, aku tak nafikan tentang keperluan gadget tapi pada aku, Thaqyf is too small for that kind of exposure
selagi boleh elak, memang aku elak.
lagipun bila lagi aku nk spend time dengan anak kan
i mean, kami
kita adalah bagaimana kita memandu pemikiran anak2 kita
kita adalah bagaimana kita mencorak perbuatan anak2 kita
kita adalah bagaimana kita membentuk interpersonal skills anak2 kita
let them play and feel the nature
you know what does it mean don't you
marilah sama2 mengubah perkara ini
-sekian-
No comments:
Post a Comment