Wednesday, 29 January 2014

127 days to go

Assalamualaikum

minggu ni rasa lemau sikit
kenapa ntah
kesihatan ok
selera makan bolehla
xde muntah2 dah
cuma kadangkala diserang simpul biawak
cuma sekrang selalu rasa sengkak esp selepas makan..rasa penuh je hulu hati
huhuhuhu

Alhamdulillah, we are heading to week 22
another 18weeks left
more less 127days to go to EDD June 6, 2014

menjelang waktu itu, perasaan berdebar dan teruja silih berganti
kali ni persiapan dibuat disaat2 akhir/trimester ketiga
cuma daripada aspek perancangan aku dah mulakan

insyaAllah, 6 Feb 2014, Khamis depan aku ada monthly check-up
semoga semuanya baik2 belaka
ameen

SCAN 4D
aku pun dah call Klinik Jameaton kat Seri Kembangan untuk scan 4d
dicadangkan buat dalam minggu ke 24-36
so, aku decide nak buat scan dalam minggu ke 28-29
so, a week before kena call utk book slot
sebab scan hanya dibuat setiap sabtu dan ahada sahaja
ada rezeki boleh tengok jantina baby hehehe

BARANG BABY
list barang baby aku dah buat
barang2 Thaqyf yang boleh guna, kami recycle je..contoh macam:

1) rocker - kami ada dua so boleh cuci dan guna semula..utk sorang satu

2) bath tub - elok lagi. jenama sweet cherry

3) stroller - Thaqyf boleh guna travel stroller. baby guna stroller Quinny

4) car seat - pun dah ada utk each of them. Both maxi cosi
 
5) set pengurusan uri - nak beli kat kedai mumsdream di Bangi macam last time je
 
6) set untuk baby (minyak telon, tungku etc)
 
7)10 pasang pakaian siang & malam - nak beli selepas dah tau jantina baby. ni la part laing mencabar. semua nak beli tak kisahla baby boy ke baby girl
 
8) blanket - plan nk beli 3 helai. brand KIKO, Bumblebee dan Pureen
 
9) booties and mittens - plan nk beli 5 set je  (read : je)
 
10) 4 helai tuala KIKO (suka material dia)
- mommy baru belikan 1set of 2..
- tunggu ada warna lain pulak. baru ni hijau neon and pink je..
 
11) pigeon skin care set (shampoo, baby bath, lotion, talcum)
 
12) almari baju baby - plan nk beli yang size macam Thaqyf je cuma diff design. 
walau niat dihati nak juga beli yang kat ikea. konon nk letak kat dining hall. blh store barang2 asas adik-beradik tu macam pampers etc
 
13) pampers for newborn - plan nk beli brand huggies & momypoko
 
14) 10 helai barut - nak beli kain then hantar tempah.nk request tali lebih panjang
ni kena minta bantuan maa untuk belikan kain dan tempah jahit
 
15) shaver untuk cukur rambut baby - yang ni maybe beli brand biasa hat warna kuning tu sebab ayah kata batang di alurus so senang nak handle since rambut baby kan halus
 
16) lampin - dah beli brand disney 1set of 8. ingatkan dalam ada 10 helai..ekekeke..lupooo. cukupla tu
 
17)  kambing untuk aqiqah
- aritu dah verbally cakap dengan ayah cuma nk confirm berapa ekor sahaja
- last time masa thaqyf, budget RM1,500 utk kambing, masak & kukus pulut kuning. pack dan sedekah pada surau/masjid/madrasah dan jiran2 
- husband pun ada plan nk buat kat sini. nak jemput close friends datang. kena detail lagi lepas ni
 
# kalau ada lagi, list akan diupdate daripada masa ke semasa
 
 
BARANG MOMMY
lisat barang mommy pun dah ada
cuma bila masuk minggu 32, dah kena start pack
paling penting jangan lupa beli pad (guna pad biasa je)
pastu kain batik yang dah lusuh sikit, gunting kecik2 utk guna dap2 selepas g toilet
breastpump aku nak sterelise and simpan molek
mana part yang nak kena ganti, kena beli baru
hai, tak sabar nk kendong Medela semula
**ngeeeeeeee**

 

No comments:

Post a Comment