Assalamualaikum
betul vs salah
haaaaa, semasa hamil ni banyakkkkkk sangat perubahan yang ibu2 alami
daripada segi fizikal
mental
fisiologi
berdasarkan pada pengalaman, hamil anak pertama dan kedua ni memang ada perbezaan
mungkin kerna faktor usia (30tahun & 32tahun)
sebab tu aku percaya rancangan untuk hamil selewat2nya sebelum usia 35tahun adalah tepat
sebab birthday aku 7 Januari, makanya tahun 2016 adalah tahun terakhir
lepas tu aku nak fokus pada family sedia ada
mahu fokus pada kualiti berbanding kuantiti
semoga Allah merestui nawaitu ku nan satu ini
Ameeen
yang aku perasan, hamil kali ni aku mudah sangat sakit pinggang
sekali kena, tu diaaa, jenuh
tapi sebab ada pengalaman, xdela nk menangisi keadaan
heeeeee
aku pun elakkan berbaring atas toto, at least kena guna tilam
xde dah baring terlentang
kalau duduk mesti sendal bantal kat belakang badan
tak duduk bersilang kaki
bila aku google tentang senaman ibu mengandung ni, banyak la result yang keluar
tapi, apa yang aku dapat daripada http://cikgu-muny.blogspot.com/ amat bermanfaat untuk dikongsi bersama
jom, kita tengok apa dia
ni dah lama aku amalkan
time tak pregnant pun dah rasa tak selesa, apatah lagi time berbadan dua ni kan
aku biasa tidur di atas lambung kanan
sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW
tapi berganti2 la kiri dan kanan ikut keselesaan
yang pasti, aku akan sendal bantal kecil bawah perut
lebih selesa
bila berdiri, elakkan membongkok
cuba berdiri dengan postur badan yang betul
insyaAllah terhindar daripada masalah sakit2 belakang
demi keselesaan sepanjang tempoh kehamilan, marilah kita lakukan perubahan walau hanya sekecil2 perubahan
semoga ada manfaat untuk kita semua
No comments:
Post a Comment