Assalamualaikum dan salam sejahtera
selamat menyambut hari ke-6 tahun 2014
diharapkan segalanya baik-baik sahaja untuk kita semua despite all the challenges
challenges?
haruslah ada kan
tahun lepas dengan kenaikan harga petrol sudah cukup menyesakkan hidup
iye, aku cuma kerja di putrajaya
tinggal pun di putrajaya
sesak apa nya kan?!
sesak woooo
suami kerja di Jalan Duta
tol & petrol = WAJIB
balik kampung - KT, Btg Kali
tu semua perlu lebih RM untuk lebih petrol
(-__-)
tu belum lagi yang lain2
cuma kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin hidup kami xsesak mana
tapi kami ni baru la nk adjust hidup
maklumlah di usia kami sekarang ni, kehidupan peribadi baru nak bermula
kerjaya baru mula bertapak
keluarga baru nak berkembang
jadi sesak juga la sikit sebanyak
apatah lagi tinggal berjauhan daripada keluarga
semua urus sendiri
sekarangni sana sini orang mengeluh tentang kos sara hidup yang makin mencekik hidup
sana sini merungut
daripada kantin sekolah sampai la ke kantin pejabat
tapi kalau kit a perhatikan betul2, yang merungut mengeluh ni apa usaha mereka untuk menghadapi kos sara hidup yang meningkat ni???
apa???
ada tak usaha siapkan bekal anak ke sekolah?
ada tak inisiatif nk jimatkan belanja sendiri/pasangan?
ada tak usaha nak kekang kehendak?
ada tak usaha nak kurangkan perbelanjaan yang tak perlu?
ada???
kalau ada walaupun kecil atau sedikit, tahniah
sebab aku pun akui bukan mudah nak ubah cara hidup
lagi tak mudah nak ubah cara kepala otak orang berfikir
common bangsaku
wake up
jangan hanya tuding jari
korang sendiri tau tuding jari korang tu tak bawa ke mana
aku bukan denial sebab aku kerja dengan kerajaan
aku pun rakyat macam korang
aku pun rasa susah macam korang
aku pun rasa sesak macam korang
kerja dengan perkhidmatan awam bukan bermakna aku tak perlu bayar tol, bukan dapat petrol harga murah, makan minum tanggung
semua tetap kena bayar sendiri
atas tanggungan sendiri
gaji pun bukan besar mana
bonus dapat 1/2 bulan gaji tu dah rahmat besarrrrr sangat
biasa dapat RM500 pun dan syukur
sebab tu aku mulakan dengan diri aku
keluarga kecil aku
kami tetap keluar cuma hadkan kekerapan keluar
kami tetap makan di luar tapi hadkan kekerapan makan di luar
kalau dulu selalu la berstarbucks, kami hadkan dan tahan nafsu
sekali sekala je
kami hadkan shopping barang2 keperluan
kalau nak beli tunggu ada sales
sekarang aku mulakan dengan bawa bekal air masa
at least 1.5litres
mula2 susah, tapi bila dah mula, insyaAllah mudah je rasa
jadi, aku dah jimatkan duit daripada melabur pada minuman
(fav aku starbucks, 100plus, lemonade auntie anne)
teringin tapi aku tahan
lama2 ok la
kalau nak berjalan, kami plan awal2
siap2 book and pay
duit belanja dah siap2 allocate
kalau nk lebih hat tu, kurangkan hat ni
macamtu la
economically,optimize our limited resources n order to adjust them with our unlimited wants (want ni memang paling bahaya)
aku pun mula dengan perkara yang simple
bawa bekal untuk anak (dari dia mula solid food)
bawa bekal untuk diri sendiri'
kalau pun kena keluar duit juga, at least masih boleh dikurangkan
susah wei
tapi kalau tak buat hidup kita lagi susah
macam aku, sebelum pregnant aku dah beli sewing machine
niat nak buat untuk kegunaan sendiri
tapi dengan alahan dan keadaan tak mengizinkan ni, memang mencabar
sudahnya kain2 pasang yang orang hadiah kan tu, aku laburkan pada aunty lai wah
tapi aunty dah pesan, sampai hujung tahun ni je dia buka kedai
after this, she's off..retire..
mula2 aku bingung juga..mana nak tempah baju kurung lepas ni
tapi itulah hikmahnya
selagi aunty tu ada, selagi tu la dok harap kat dia
bayar upah bukan murah
sepasang baju kurung, jahit tindih pada baju+pada selisih kain & zip untuk nurse =RM75.00
sepasang kain cotton RM60.00
baju batik harga lain
sutera lagi mahal
lace & inner double pay
tapi aku optimis
inilah hikmahnya
(^___^)
buat apa nak takut
tak pandai, belajar
tak tahu, tanya
cantik ke tak end product nanti, sendiri bikin, sendiri pakai
at least aku dapat kurangkan perbelanjaan upah jahit baju
AT LEAST
so, tepuk dada tanya diri kita
apa yang kita nk buat untuk menghadapi 2014
2015
2016
dan seterusnya...
aku sentiasa yakin
ada rezeki dan bahagian buat kami sekeluarga
aku punya suami
punya anak
punya kereta yang ditanggung sendiri
punya kerjaya
usaha seterusnya untuk mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan keluarga
untuk meneruskan usaha punya kediaman sendiri
untuk melanjutkan pelajaran
aku mohon doa semua
sebagaimana aku sentiasa mendoakan mereka2 yang sentiasa berusaha
walau kita tak pernah kenal
tips mudah:
1) sediakan bekal sarapan/makan untuk anak ke sekolah/nursery. stock up fridge
2) sediakan bekal sarapan untuk anda dan pasangan - bukan sekadar jimat malahan boleh mengeratkan kasih sayang antara suami isteri (aku xbawa bekal untuk suami, sebab dia tak nak. kecuali nasi goreng hehehe)
3) bawa air masak bila keluar - boleh elak beli air mineral, air manis..sihat dan menjimatkan
4) makan nasi dulu sebelum keluar - boleh elak daripada membeli yang bukan2..kan dah kenyang
5) kalau makan kat luar, makan makanan berat ie nasi ke - jadi xperlu nak makan banyak2 kali.
6) jangan tengok tv show JJCM hahahaha..ni la paling bahaya..jenuh nak hunting..sekali sekala ok la..but please minimize the frequency..
tips mudah:
1) sediakan bekal sarapan/makan untuk anak ke sekolah/nursery. stock up fridge
2) sediakan bekal sarapan untuk anda dan pasangan - bukan sekadar jimat malahan boleh mengeratkan kasih sayang antara suami isteri (aku xbawa bekal untuk suami, sebab dia tak nak. kecuali nasi goreng hehehe)
3) bawa air masak bila keluar - boleh elak beli air mineral, air manis..sihat dan menjimatkan
4) makan nasi dulu sebelum keluar - boleh elak daripada membeli yang bukan2..kan dah kenyang
5) kalau makan kat luar, makan makanan berat ie nasi ke - jadi xperlu nak makan banyak2 kali.
6) jangan tengok tv show JJCM hahahaha..ni la paling bahaya..jenuh nak hunting..sekali sekala ok la..but please minimize the frequency..
sekian
ikhlas daripada hati aku
dan
perkongsian peribadi aku
ikhlas daripada hati aku
dan
perkongsian peribadi aku
No comments:
Post a Comment