Thursday 23 January 2014

simpul biawak atau tarik mengkarung

Assalamualaikum

 


Gejala semasa hamil - Simpul biawak atau simpul mengkarung

Sejak masuk trimester kedua nih..malam-malam masa tidur mula la rasa simpul biawak nih asyik nak menyerang jer. Biasa bila ada terasa nak tegang jer betis tu eja akan keraskan kaki jadi memang simpul biawak tu tak jadi. Malam tadi ada rasa-rasa macam tu la..tak sempat pulak nak keraskan kaki... makanya kekejangan la malam tadi rasa nak meniti jer air mata nih hihi..nasib baik la tak lama dalam seminit jer..Tapi seminitnya bagaikan sehari hihi...

Biasanya simpul biawak nih jadi kat kawasan betis dan tapak kaki



Antara penyebab simpul biawak nih terjadi adalah kerana:
 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
 Cara rawatan adalah: 
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 

Cara pencegahan:
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki

------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment