Assalamualaikum
ANAK
bila berbica tentang anak ni macam2 pendapat kita akan dengar
tapi paling penting anak memang anaugerah dan amanah daripada Allah SWT
anak yang perlu dididik sebaik-baiknya
macam pasangan suami isteri yang lain juga, kami pun inginkan cahayamata
sebaik sahaja berumahtangga kami tak putus-putus berdoa
semoga ada rezeki dan peluang bergelar ibubapa
namun kami sentiasa redha dan berlapang dada
kerne bukan semua orang punya rezeki nan satu ini
di awal perkahwinan memang kami sentiasa ditebak dengan soalan
berkenaan cahayamata
kami senyum
kami diam
kami redha
kami doa
tanpa putus asa
semoga hati dan ikatan kasih kami kuat walau apapun
aku tak mampu menipu
tak mampu jua melindungi
apatah lagi menafikan
rasa hati dan keinginan untuk punya anak sendiri
namun aku pasrah
aku akur
kalaupun bukan anak kandung
aku tetap nak anak
untuk mendoakan kami suami isteri di akhirat kelak
ku suarakan rasa hati pada suami
sabar jua dipujukkan pada aku
selang 11 bulan usia perkahwinan
aku kena chicken pox
{dah tua bangka kot baru kena..hazab woiiii hahaha}
namun disebalik rasa sukar itu, kasih suami sentiasa ada
dan kasih Allah itu juga tak pernah pudar
dikirimkan kepada kami apa yang kami inginkan
semuanya melalui mimpi
esoknya ujian UPT aku buat seawal pagi
bagaikan tak percaya apabila melihat 2 garisan pada strip UPT
ku tunjukkan pada suami
tiada riak gembira
mahupun rasa teruja
katanya jangan terlalu berharap
jumpa doktor dulu yea
aku akur walau hati dilanda gundah
enggan kecewa
ku turutkan kata suami
jumpa doktor dulu
bila sampai masanya aku enggan
aku hanya rujuk kepada chicken pox yang ku alami
OTW balik rumah, aku minta suami singgah ke farmasi
aku beli entah berapa banyak UPT pelbagai jenis
seusai menghantar aku pulang, suami pergi kerja
tanpa menunggu aku buat UPT lagi
walau petang-petang hari
hahahaha
punyalah tak sabar-sabar menanti
dua ujian aku buat dengan dua urine berbeza
keputusannya tetap sama
2lines!!!
Aku menangis
terima kasih Allah atas kasih sayangMu
Alhamdulillah
aku melalui proses kehamilan yang sangat indah
proses bersalin juga sangat indah
hatiku berbunga-bunga
menzahirkan zuriat buat suami
inilah rezeki kami
bahagian Allah untuk kami
kerna rezeki dan bahagian setiap daripada kita tidak pernah sama
namun kasih sayang Allah pada hambaNya xpernah beza
Lahirnya Muhammad Thaqyf memberi sejuta rahmat buat kami
sejuta kebahagiaan buat kami
bila ditanya bila mahu membesarkan keluarga
pantas ku jawab, satu pun amat kami syukuri
satu yang akan kami didik sebaiknya
dan kini
InsyaAllah, seorang lagi buah hati kami akan lahir
masih terlalu awal
masih terlalu kecil
masih terlalu jauh
namun
masih terlalu awal
masih terlalu kecil
masih terlalu jauh
namun
Alhamdulillah
segala pujian hanya bagi Allah
di saat aku merasakan hanya Muhammad Thaqyf buah hati kami
DIA kirimkan lagi seorang dalam rahimku
kali ini bukan melalui mimpi
tapi melalui gerak hati
(^___^)
suami tetap sama
tiada riak gembira
mahupun rasa teruja
katanya jangan terlalu berharap
jumpa doktor dulu yea
hurmmmmm
itulah suami
sentiasa menjadi alarm clock isteri hehehe
insyaAllah, esok lusa aku akan membuat ujian kehamilan di klinik
mahu dapatkan pengesahan doktor
mahu mendengar sendiri
mahu melihat sendiri
doaku hanya mahu melalui proses ini sekali lagi dengan penuh keindahan
penuh kehangatan kasih sayang
apatah lagi dengan kehadiran Muhammad Thaqyf kesayangan mommy
Ya Allah
Terima kasih atas kurniaan ini
permudahkanlah urusan kami
kurniakanlah kesihatan dan kesempurnaan untuk anak yang sedang
ku kandungkan ini
peliharalah ia
kerna aku amat menyayanginya
Ameen
(^_______^)
regards,
HambaMu
update 18.10.2013
Alhamdulillah
dua kali aku mendapatkan pengesahan pegawai perubatan
hehehehhe
bukan saja2 nak buat dua kali
tapi ada sebabnya
Alhamdulillah
segalanya berada dalam keadaan yang cukup baik
semoga kehamilan kali ini dipermudahkan sehingga sampai waktunya
tak sabar hehehhe
now, I am 7weeks pregnant
33weeks to go
InsyaAllah
regards,
HambaMu
update 18.10.2013
Alhamdulillah
dua kali aku mendapatkan pengesahan pegawai perubatan
hehehehhe
bukan saja2 nak buat dua kali
tapi ada sebabnya
Alhamdulillah
segalanya berada dalam keadaan yang cukup baik
semoga kehamilan kali ini dipermudahkan sehingga sampai waktunya
tak sabar hehehhe
now, I am 7weeks pregnant
33weeks to go
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment