Meletakkan bayi anda ke dalam posisi untuk
kelahiran
Aku ada baca kat Babycenter, proses kelahiran
selalunya paling pendek dan senang, bila baby korang dalam position kepala ke
bawah, dengan belakang kepalanya berpaling sedikit ke arah depan perut anda (atau
ayat jimat, muka dia mengadap tulang belakang a.k.a bontot korang).
Ini dipanggil posisi occiput anterior.
Boleh
kata almost semua baby dalam posisi ni masa dah dekat nak bersalin.
kalau baby korang kepala ke atas, tu dipanggil breech, atau songsang. Tapi
jangan risau, still boleh pusing lagik. kadang-kadang ada baby bila dah nak
dekat masa bersalin baru dia pusing. Weeeeeee......
Tapi
sebagai langkah awal, korang boleh la tolong dia pusing dan dapatkan kedudukan
betul untuk senang dia kua, dan singkatkan masa korang bersalin (masa bersalin
singkat = masa sakit pun singkat la kan). Japgi aku citer cencaranyer...
Dalam
posisi ni, baby ni muat kemas ke dalam lengkok pelvis korang, kira
kalu orang cakap bila time dah sampai nak bersalin, kepada dia dah boleh
engage. macam gamba kat atas. Nampak tak kepala dia dah masuk dalam ruang
pelvis tu? Masa kelahiran, dagu dia patutnya rapat pada dada. So proses
bersalin korang patutnya senang kalau baby dalam posisi ni
sebab:
• Bahagian hujung kepala baby yang terkecik
bawak tekanan pada serviks semasa kontraksi. Masa ni serviks mengembang
dan menolong menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan untuk proses kelahiran.
• Pada fasa meneran, baby akan serongkan
kepalan untuk mendahulukan bahagian terkecil kepalanya melalui pelvis anda.
• Apabila dia sampai ke hujung pelvis anda, dia
akan memalingkan kepalanya sedikit supaya bahagian kepalanya yang terbesar
berada di tempat pelvis anda yang paling luas. Belakang kepala dia kemudian
akan dapat turun ke sebelah bawah tulang pubik anda dan apabila lahir kelak,
mukanya menyapu seluruh perineum, iaitu tisu antara bahagian bawah vagina dan
saluran belakang anda.
Kalau korang nak bayangkan macam mana baby korang
struggle nak keluar, korang boleh buat sendiri eksperimen ni:
1. Cari satu helai t-shirt polo yang ada butang.
2. Butangkan t-shirt tu, dan tinggalkan satu butang
jer. Satu jer tau.
3. Cuba korang sarungkan t-shirt tu kat kepala, dan
cuba sampai korang dapat sarungkan kepala. Chaiyok!!
4. Kalau dah dapat sarungkan, kalau korang perasan,
part mana yang korang akan letak lubat kepala t-shirt tu? Mesti kat hujung
kepala korang yang terkecilkan? Lepas tu kalau korang perasan, mesti masa
korang tengah struggle pakai t-shirt tu, korang rapatkan dagu korang kat dada.
Betul tak?
Macam tu la proses kelahiran. Korang takkan ingat
macam mana cara korang keluar dari rahim ibu korang untuk lihat dunia ni, tapi
bila korang buat eksperimen kat atas, korang secara tak langsung imitate proses
kelahiran korang ke dunia ni. Kelaaaaas kau Maria!
Macam mana nak tau sama ada baby tu dah berada dalam keadaan occiput anterior?
Kalau pusat korang dah tersembul, maknanya baby dah dalam keadaan betul, sebab
belakang baby dah berada facing perut korang. So jangan komplen kalau pusat
tersembul ok!!!
Apakah itu posisi
posterior?
Posisi posterior tu kepala baby still
jugak menghala ke bawah, tetapi belakang kepalanya menghadap tulang
belakang korang (back to back @ muka baby facing perut korang). So bila mula proses
bersalin, lebih kurang satu daripada 10 bayi dalam posisi ini. Jadi kalau
korang tak usaha tolong baby korang pusingkan badan dia kepada occiput
anterior, maka ada chance baby korang akan mengadap ke depan a.k.a. dalam
position posterior.
|
Nampak tak muka dia mengadap depan?
|
Kebanyakan bayi
dalam posisi ini dilahirkan secara normal jugak, cuma susah sikit la time
korang nak beranak tuh, terutamanya kalau dagu baby tu tak rapat ke
dada dia. Akibatnya, masa nak bersalin tuh:
·
Korang akan kena sakit
pinggang sebab tengkorak baby ditolak kat tulang belakang korang.
·
Ketuban air lebih
berkemungkinan pecah pada permulaan kelahiran.
·
Proses kelahiran lebih lambat
dan panjang (sebab baby akan cuba jugak sedaya upaya untuk pusing, dan sebabkan
korangakan rasa lebih sakit, huhuhu).
·
Korang teringin meneran sebelum
serviks anda berkembang sepenuhnya.
·
Apabila baby sampai ke penghujung
pelvis (engage), dia nak kena pusing 180 darjah (dia try jugak untuk
dapatkan posisiocciput
anterior) untuk memasuki posisi yang terbaik
bagi kelahirkan.
·
Ini akan mengambil masa, atau lagi
teruk, baby korang give up dan tak mo pusing! Dalam hal ini, dia akan lahir
dengan mukanya mengadapt perut anda (posterior). Dia mungkin memerlukan ventouse a.ka.
vacuum untuk membantu dia keluar.
Kenapa ada baby
yang berada di posisi posterior?
Baby mungkin posterior disebabkan bentuk
pelvis. Ada wanita yang mempunyai pelvis yang sempit dan berbentuk oval
(dipanggil pelvis anthropoid) atau lebar dan bentuk hati (dipanggil pelvis
android), dan bukan bulat (pelvis gynecoid atau pelvis platypelloid).
Jika pelvis berbentuk oval atau hati dan bukan
bulat, bayi lebih cenderung memasuki posisi posterior atau back-to-back mengikut kawasan terlebar dalam pelvis. Ini kerana
kepalanya lebih selesa dalam posisi ini.
Stail hidup pun boleh jadik faktor
tambahan. Makcik-makcik kat bandar, yang kerja dalam opis dan duduk satu
hari suntuk atas kerusi empuk lebih cenderung mendapat bayi posterior
berbanding makcik yang terbongkok-bongkok di ladang, atau membongkok atas
periuk masak. Tidak susah untuk memahami apa sebabnya.
Bila korang tengok tv dan dudk atas kerusi empuk
kat umah, atau dok buat kerja kat opis berjam-jam, korang akan tend to lean kat kerusi @ bersandar. Al-maklumlah, mengandung ni
sakit belakangkan.. So bila korang bersandar tu, sedap la sikitkan... Lagi
sedap kalau amik bantal, tinggikan sikit kaki tu, ye idak? Korang tau tak, bila
buat macam tu, kedudukan pelvis korang akan terangkat kebelakang, dan lutut
korang akan jadi lebih tinggi dari pelvis.
Satu perkara yang korang kena tahu, bahagain yang
paling berat pada badan baby adalah BAHAGIAN BELAKANG KEPALA DAN TULANG
BELAKANGNYA. So kalau ikut hukum graviti, bila korang bersandar, atau tidur
terlentang, belakang kepala dan spinanya, juga akan memusing ke belakang. Oleh
itu dia akhirnya berada dalam posisi posterior, terbaring menyandar atas spina
anda.
Jika cara hidup korang melibatkan banyak
aktiviti berdiri, bayi anda lebih cenderung menurun masuk ke dalam pelvis anda
dalam posisi anterior sebab pelvis anda menonggeng ke depan.
Jom tolong si kecik
untuk berada di kedudukan yang betul :)
Korang
pernah dengar tak teknik yang dipanggil "memposisikan fetus secara
optimum" (optimal fetal positioning, OFP). Ia adalah cara
menggalakkan bayi mengambil posisi anterior dengan menukarkan postur korang,
terutamanya bila time duduk dan titon.
So kepada makcik-makcik yang dah terbiasa duduk
kepit-kepit, tinggikan kaki dan bersandar macam ular sawa kekenyangan tuh, sila
lah ubah tebiat tuh yer. Aku pun suka dok bersandar pastu letak kaki atas
printer masa kat opis masa ngandungkan Adwa dulu. Padan la Adwa breech. Heh.
Cuba try test:
·
Kalau korang ni jenis habitnyer suka
bebenor bersandar kat kerusi, cer pusingkan kerusi tuh, dan duduk ikut stail
rockers pulak. So badan korang akan lean ke depan. Posisi ni akan sebabkan
pelvis korang pun ke depan.
·
Boleh juga peluk birth ball sambil
tengok tv. Sambil-sambil tu, swing kiri dan kanan. Konpem ngantuk ekekekeke...
·
Jom sental lantai! - Orang
tua-tua cakap, mencuci lantai ialah cara yang baik untuk bersedia untuk
kelahiran. Betul apa! Apabila anda dalam posisi merangkak atas tangan dan lutut
anda, belakang kepala bayi anda memusing ke bahagian hadapan abdomen (gravity
yer makcik-makcik). Aku ada try weekend lepas, dan akibatnya, perut aku sakit
yang amat - bila scan, kepala baby dah kat bawah!!!
|
Posisi hand-to-knee. Elok untuk
pusingkan baby.
|
• Selalulah berhenti kerja dan bergerak-gerak jika
kerja anda memerlukan anda duduk banyak.
• Tegakkan kerusi, dan lapik tempat duduk kat opis,
atau dalam kete dengan kusyen so punggung korang akan tinggi dari
lutut.
Bolehkah saya
membetulkan posisi bayi saya bagi kelahiran?
You
are not alone.. Hehehehe... Kaedah "memposisikan fetus secara
optimum" dihebahkan oleh seorang bidan bernama Jean Sutton pada tahun
90-an. Dia menasihatkan ibu mengandung supaya menggunakan postur tegak and
membongkok ke depan sebanyak mungkin pada peringkat akhir kehamilan.
Terdapat bidan-bidan dan para doktor yang tidak
percaya ini membawa manfaat. Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan wanita
yang membuat posisi hand-to-knee selama 10 minit, dua kali sehari, pada
peringkat akhir kehamilan, boleh membantu bayi mengambil posisi anterior.
Malangnya, ini tidak mempengaruhi posisi bayi pada
masa kelahiran. Sutton menyarankan ibu-ibu berdiri tegak atau membongkok ke
depan sebanyak boleh.
Jika anda mencuba senaman-senaman ini tetapi bayi
anda masih posterior bila proses kelahiran bermula, ia mungkin disebabkan oleh
bentuk pelvis anda dan bukan postur anda.
Bagaimanakah
memperbaiki posisi bayi semasa proses kelahiran?
Jika
bayi dalam posisi posterior bila proses kelahiran bermula, membongkok ke depan
untuk membantu bayi berpusing ke occiput anterior position dan melegakan kesakitan. Adalah biasa bagi
bayi-bayi menukar posisi semasa proses kelahiran dan kebanyakkan bayi
membetulkan posisi menjadi anterior pada fasa meneran, tidak kira posisi mereka
pada permulaan proses kelahiran.
Kadangkala wanita mengalami sedikit kesakitan
beberapa hari sebelum proses kelahiran bermula. Ini boleh meletihkan tetapi
kesakitan itu mungkin tanda
bayi yang sedang cuba memusing untuk mencapai posisi anterior. Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah:
·
cuba rehat sebanyak mungkin pada masa
malam;
·
pada siang hari, berdiri tegak dan
kekal aktif;
·
membongkok ke depan semasa kontraksi;
·
makan dan minum secukupnya untuk
mengekalkan tenaga;
·
relaks dan kekalkan fikiran positif.
Anda mungkin mendapati yang postur
terbaik semasa proses kelahiran ialah merangkak. Dalam posisi ini, bayi anda
jatuh menjauhi spina anda, melegakan sakit pinggang dan ini mungkin menolong
dia memusing.
Dalam proses kelahiran, cuba:
·
Berdiri tegak untuk seberapa lama
yang boleh.
·
Kekal berdiri atau menegak sebanyak
mungkin.
·
Membongkok ke depan semasa kontraksi
- gunakan bola (birth ball), bean
bag, suami anda atau katil untuk
membantu anda.
|
Birth ball untuk betulkan posisi baby kepada occiput anterior dan
jugak legakan sakit semasa kontraksi
|
·
Goyangkan pelvis anda semasa
kontraksi untuk membantu bayi anda memusing semasa dia melalui pelvis.
·
Elakkan daripada duduk atas kerusi
atau katil dalam posisi menyandar.
·
Kalau boleh, elakkan suntikan epidural,
kerana ia boleh meningkat kebarangkalian bayi anda berada dalam posisi
posterior. Suntikan epidura juga meningkat kebarangkalian anda memerlukan kelahiran dibantu.
·
Jika anda menjadi sangat letih semasa
proses kelahiran, baringlah di sisi anda sebab ini membenarkan pelvis untuk
mengembang sedikit supaya dapat memberi bayi anda lebih ruang semasa anda
berehat.
Apakah posisi
yang terbaik untuk bayi saya?
Proses kelahiran hampir selalunya paling pendek dan senang
bayi anda berada dalam kepala ke bawah, dengan belakang kepalanya berpaling
sedikit ke arah depan perut anda. Ini dipanggil posisi anterior. Hampir semua
bayi berada dalam posisi ini pada peringkat akhir kehamilan.
Dalam posisi ini, dia muat kemas ke dalam
lengkok pelvis anda. Semasa proses kelahiran, dia akan berlingkar dan
meletakkan dagunya pada dada. Proses kelahiran anda patutnya lancar jika bayi
anda berada dalam posisi ini kerana:
·
Mercu kepala bayi anda membawa tekanan pada serviks semasa
kontraksi. Ini menolong serviks anda mengembang dan menolong menghasilkan
hormon-hormon yang diperlukan untuk proses kelahiran.
·
Pada fasa meneran, bayi anda akan menyerong kepalanya untuk
mendahulukan bahagian terkecil kepalanya melalui pelvis anda.
·
Apabila dia sampai ke hujung pelvis anda, dia akan memalingkan
kepalanya sedikit supaya bahagian kepalanya yang terbesar berada di tempat
pelvis anda yang paling luas. Belakang kepala dia kemudian akan dapat turun ke
sebelah bawah tulang pubik anda dan apabila lahir kelak, mukanya menyapu
seluruh perineum, iaitu tisu antara bahagian bawah vagina dan saluran belakang
anda.
Apakah itu
posisi posterior?
Posisi posterior adalah di mana kepala bayi menghala ke
bawah, tetapi belakang kepalanya terletak di spina anda. Bila proses kelahiran
bermula, lebih kurang satu daripada 10 bayi berada dalam posisi ini.
Kebanyakan bayi dalam posisi ini dilahirkan
melalui vagina juga, tetapi ia boleh menyusahkan anda, terutamanya jika dagu
bayi ditolak ke atas dan bukan ke bawah menuju dadanya. Akibatnya:
·
Anda mengalami sakit pinggang kerana tengkorak bayi ditolak pada spina
anda.
·
Ketuban air anda lebih berkemungkinan memecah pada permulaan
kelahiran.
·
Proses kelahiran berjalan lebih lambat.
·
Anda teringin meneran sebelum serviks anda berkembang sepenuhnya.
Apabila bayi anda sampai ke penghujung pelvis
anda, dia perlu memusing sejumlah 180 darjah untuk memasuki posisi yang terbaik
bagi kelahirkan.
Ini akan mengambil masa, atau bayi anda akan
memutuskan dia tak mahu memusing langsung! Dalam hal ini, dia akan lahir dengan
mukanya memandang ke atas menghadapi muka anda apabila dia keluar. Dia mungkin
memerlukan ventouse untuk membantu dia keluar.
Mengapakah
separuh bayi posterior?
Bayi anda mungkin posterior disebabkan bentuk pelvis anda.
Ada wanita yang mempunyai pelvis yang sempit dan berbentuk oval (dipanggil
pelvis anthropoid) atau lebar dan bentuk hati (dipanggil pelvis android), dan
bukan bulat.
Jika pelvis anda berbentuk oval atau hati dan
bukan bulat, bayi anda lebih cenderung memasuki posisi belakang-pada-belakang
mengikut kawasan terlebar dalam pelvis. Ini kerana kepalanya lebih selesa dalam
posisi ini.
Stail hidup moden mungkin juga faktor tambahan.
Wanita-wanita Barat (atau bandar) lebih cenderung mendapat bayi posterior
berbanding wanita yang bekerja cara tradisional di ladang, atau membongkok atas
periuk masak. Tidak susah untuk memahami apa sebabnya.
Apabila anda melengkok dalam kerusi berlengan
yang selesa untuk menonton televisyen, atau bekerja di komputer untuk beberapa
jam, pelvis anda terangkat ke belakang. Ini lazimnya benar jika anda berada
dalam posisi di mana lutut anda terangkat lebih tinggi dari pelvis anda.
Apabila pelvis anda tertonggeng ke belakang,
bahagian bayi yang paling berat, iaitu belakang kepala dan spinanya, juga akan
memusing ke belakang. Oleh itu dia akhirnya berada dalam posisi posterior,
terbaring menyandar atas spina anda.
Jika gaya hidup anda melibatkan banyak aktiviti
berdiri, bayi anda lebih cenderung menurun masuk ke dalam pelvis anda dalam
posisi anterior sebab pelvis anda menonggeng ke depan.
Bagaimanakah
saya boleh membantu bayi saya ke posisi anterior
Anda mungkin pernah dengar akan teknik yang dipanggil
"memposisikan fetus secara optimum" (optimal fetal positioning,
OFP). Ia adalah cara menggalakkan bayi mengambil posisi anterior
dengan menukarkan postur anda, terutamanya bila anda duduk. Ingat yang anda
sedang cuba menonggengkan pelvis anda ke depan dan bukan ke belakang. Jadi,
bila anda duduk, pastikan yang lutut anda sentiasa lebih rendah dari punggung
anda.
Cuba yang berikut:
·
Periksa yang kerusi yang digemari anda tidak membuatkan punggung
anda ke bawah dan lutut ke atas. Jika ia begitu, cuba pusingkan kerusi, melutut
pada kusyen dan condongkan diri ke depan.
·
Sental semua lantai dan papan kambi - nenek kita selalu berkata
yang mencuci lantai ialah cara yang baik untuk bersedia untuk kelahiran. Dan
itu adalah benar! Apabila anda dalam posisi merangkak atas tangan dan lutut
anda, belakang kepala bayi anda memusing ke bahagian hadapan abdomen.
·
Selalulah berhenti kerja dan bergerak-gerak jika kerja anda
memerlukan anda duduk banyak.
·
Duduk atas kusyen dalam kereta anda supaya punggung anda
terangkat.
·
Condongkan diri ke depan bila sedang menonton televisyen.
Anda tak perlu bimbang tentang mengarahkan bayi
anda ke posisi yang baik semasa berada di katil. Apabila anda berbaring secara
mendatar, bayi anda tidak tertolak ke dalam pelvis anda. Tetapi, berbaring di
sisi adalah posisi yang terbaik untuk tidur pada peringkat akhir kehamilan.
Bolehkah saya
membetulkan posisi bayi saya bagi kelahiran?
Anda tidak keseorangan. Sejak abad ke-19, terdapat berita
mengenai "postur seperti ibu". Kini ia dipanggil "memposisikan
fetus secara optimum" kerana seorang bidan bernama Jean Sutton
menghebahkan teknik ini pada tahun 90-an. Dia menasihatkan ibu mengandung
supaya menggunakan postur tegak and membongkok ke depan sebanyak mungkin pada
peringkat akhir kehamilan.
Terdapat bidan-bidan dan para doktor yang tidak
percaya ini membawa manfaat. Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan wanita
yang membuat posisi tangan and lutut selama 10 minit, dua kali sehari, pada
peringkat akhir kehamilan, boleh membantu bayi mengambil posisi anterior.
Malangnya, ini tidak mempengaruhi posisi bayi
pada masa kelahiran. Sutton menyarankan ibu-ibu berdiri tegak atau membongkok
ke depan sebanyak boleh.
Jika anda mencuba senaman-senaman ini tetapi
bayi anda masih posterior bila proses kelahiran bermula, ia mungkin disebabkan
oleh bentuk pelvis anda dan bukan postur anda.
Bagaimanakah
saya boleh memperbaiki posisi bayi saya semasa proses kelahiran?
Jika bayi anda dalam posisi posterior bila proses kelahiran
bermula, anda masih boleh postur tegak atau membongkok ke depan untuk membantu
bayi anda pusing dan melegakan kesakitan. Adalah biasa bagi bayi-bayi menukar
posisi semasa proses kelahiran dan kebanyakkan bayi membetulkan posisi menjadi
anterior pada fasa meneran, tidak kira posisi mereka pada permulaan proses
kelahiran.
Kadangkala wanita mengalami sedikit kesakitan
beberapa hari sebelum proses kelahiran bermula. Ini boleh meletihkan tetapi
kesakitan itu mungkin tanda bayi yang sedang cuba memusing untuk mencapai
posisi anterior. Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah:
·
cuba rehat sebanyak mungkin pada masa malam;
·
pada siang hari, berdiri tegak dan kekal aktif;
·
membongkok ke depan semasa kontraksi;
·
makan dan minum secukupnya untuk mengekalkan tenaga;
·
relaks dan kekalkan fikiran positif.
Anda mungkin mendapati yang postur terbaik
semasa proses kelahiran ialah merangkak. Dalam posisi ini, bayi anda jatuh
menjauhi spina anda, melegakan sakit pinggang dan ini mungkin menolong dia
memusing, juga.
Dalam proses kelahiran, cuba:
·
Berdiri tegak untuk seberapa lama yang boleh.
·
Kekal berdiri atau menegak sebanyak mungkin.
·
Membongkok ke depan semasa kontraksi - gunakan bola (birth ball), bean bag, suami anda atau katil
untuk membantu anda.
·
Goyangkan pelvis anda semasa kontraksi untuk membantu bayi anda
memusing semasa dia melalui pelvis.
·
Elakkan daripada duduk atas kerusi atau katil dalam posisi
menyandar.
·
Kalau boleh, elakkan suntikan epidura, kerana ia boleh
meningkat kebarangkalian bayi anda berada dalam posisi posterior. Suntikan
epidura juga meningkat kebarangkalian anda memerlukan kelahiran dibantu.
·
Jika anda menjadi sangat letih semasa proses kelahiran, baringlah
di sisi anda sebab ini membenarkan pelvis untuk mengembang sedikit supaya dapat
memberi bayi anda lebih ruang semasa anda berehat.