Wednesday, 8 January 2014

#TIPS : mengatasi masalah sembelit di kalangan infant

Assalamualaikum 
8 Januari 2014
bersiaran untuk update kejadian semalam
semoga ada panduan dan tips berguna kepada semua
tips : mengatasi masalah sembelit di kalangan infant
 NOTA : ini adalah pengalaman peribadi
since we feed Muhammad Thaqyf with formula milk besides the solid foods, he always had a problem of digestion or constipation

kesian sangat tengok keadaan dia
nak bercakap, tak pandai
nak mencangkung, tak reti
sudahnya meneran sampai merah padam muka
menangis sampai serak2 suara
luluh hati mommy dan daddy

sebelum tu kami bagi susu Enfalac A+ (6-18 bulan)
pastu since NY, Enfagrow (1-3 tahun)
pastu 6 Januari 2014, Anmum Essential (1-3 tahun)
tapi Isnin malam selasa tu memang teruk sangat tengok keadaan dia

6 Jan 2014 around 7pm


Selepas keletihan 7 Jan 2014 12:16am


lega selepas 1st round 7 Jan 2014 around 4pm

2nd round 7 Jan 2014 5:00 pm



Alhamdulillah..ceria 7 Jan 2014 around 8pm

(peringatan : gambar2 ni koleksi peribadi. diupload dalm entry ini sekadar untuk perkongsian sahaja. dilarang save picture. please be ethical. TIA)
sudahnya semalam kami bawa Thaqyf ke KK Presint 11
doktor sendiri tengok macamana Thaqyf meneran dan menangis
so, doctor decided to gave him enema ravin in 1ml
he said, immediate effect
kami berdoa semoga semuanya berjalan lancar
Alhamdulillah, lepas masuk 1ml tu, Thaqyf terus poopoo
jangan cakaplah macamana dia menangis
teruk
sedu
sedih
sayu
pastu, sementara aku uruskan monthly check-up
Thaqyf stay dengan daddy sambil tgk Upin Ipin
he looks better tapi tak nak duduk
geli agaknya
hehehe
siap semuanya
kami balik rumah
aku siapkan susu suam
siapkan air mandi suam
lepas mandi, pakai pampers, masuk buai
terus tidur
susu pun tak sempat habis
Thaqyf tidur daripada sebelum jam 1petang sampai 4petang
lena
tak menguit langsung
letih barangkali
sudahnya aku EL semalam
meneman Thaqyf di rumah
tak sampai hati nak hantar ke nursery
around 5pm, Thaqyf meneran lagi
sakit sangat menengoknya
seperti pagi tadi ketika di klinik
tapi kali ni hasilnya lebih banyak dan lebih lasyemmmmm baunya
hehehehe
macam geli tapi mommy lega
at least, apa yang dok bersarang dalam usus anak sebelumni, dah dinyah keluar
3penumbuk org dewasa keluar
mau tak lega
malamnya masa dinner di Padi House
bukan main ceria bergelak ketawa
seronok ke sana ke mari
apa lagi yang mommy mahu di hari lahir
senyuman si anak sudah cukup membahagiakan
rupa2nya masalah sembelit di kalangan infant ni memang biasa berlaku especially bagi anak2 yang tidak menyusu ibu
iye, aku akui
buat aku lebih tekad untuk fully bf baby kami yang bakal lahir nanti
InsyaAllah
aku ada search info tentang sembelit di kalangan bayi
so, aku kongsikan untuk panduan kita semua
aku dah numbering tips yang boleh kita amalkan bagi memudahkan pembacaan
(^__^)
SOALAN:
SAYA mempunyai anak berumur 6 bulan. Semenjak saya memberikannya makanan (bubur) anak saya sering sembelit malah sehinggakan ada darah pada najisnya. Anak saya juga tidak berapa suka minum air masak. Ada ketikanya anak saya menangis ketika membuang air besar walaupun saya sudah campurkan buburnya dengan sayur dan sedikit buah. Mengapa anak saya tetap sembelit? Apa yang harus saya lakukan untuk mengatasinya? Kalau boleh saya tidak mahu memberikan ubat kepada anak saya setiap kali dia membuang air besar. Adakah susu formula baik untuk sembelit?
n Ibu muda, Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
DicegahPerkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.

Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.

Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

LangkahAnda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti :

i) mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh.
 --> aku buat macam senaman bila Thaqyf menangis nak poopoo.. dia nampak lega sikit maybe sebab kita belai dia. berkesan ke tak, tetap kena cuba.

ii) Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit
-->  aku selalu letak barang mainan dia especially balls dan blocks kat bawah coffee table pastu acah2 minta dia ambil..nanti dia akan crawl dan menyusup bawah meja untuk ambil.berkesan ke tak, tetap kena cuba.

iii) perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit 
--> ini tips yang paling kerap aku amalkan. aku akan sapu minyak yuyi kat perut, betis dan pinggang Thaqyf sambil berdoa semoga lembut najis dia dan mudah untuk dia poopoo. berkesan ke tak, tetap kena cuba.

iv) selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu. 
--> daripada pembacaan aku, kalau anak sembelit, bagi buah yang mula hurif P in english macam papaya, prune, pitaya. aku bagi Thaqyf makan betik. Alhamdulillah, dia pun ok..poopoo tapi masih xlega.berkesan ke tak, tetap kena cuba. 


v) Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. 
--> fruits and vege adalah diet harian wajib untuk Thaqyf selain daripada nasi bubur dan sup (kadang2). berkesan ke tak, tetap kena cuba.   

vi) Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
--> lately Thaqyf liat betul nak bagi minum air masak. sampai kena trick. kejap2 bg minum guna cawan, pastu tukar gelas, pasti sippy cup..nanti2 tukar dalm botol straw dia. tetapla xputus asa. cuma lepasni kena lebih bertegas. kalau payah sangat, kena guna syringe la jawabnya. berkesan ke tak, tetap kena cuba.   


 
vii) Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
--> seingat aku dah 2kali kami merujuk kepada doktor tentang keadaan Thaqyf ni. 1st time jumpa, doktor prescribed Lactulose 2.5ml. aku bagi Thaqyf sekali tapi tak berkesan. tapi tadi officemate aku, Syed bagitau, campurkan lactulose tu dalam susu dia sebelum tidur malam. berfungsi untuk bantu lembutkan najis dan bagi anak poopoo tak hazab sangatla. 2nd time jumpa doktor semalam, doktor on enema ravin 1ml pada Thaqyf..memang immediate effect and kaw2 punya keluar. tapi kena kuat hati tengok dia nangis masa najis tu nak keluar. Doktor pun bag lactulose juga semalam. cuma doktor pesan, kalau masalah sembelit ni nampak berpanjangan, rujuk ke Hospital Putrajaya, bimbang ada masalah usus. aku doa semoga takde masalah serious. harapnya sembelit biasa je la due to his diet.

Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Monday, 6 January 2014

side income

Assalamualaikum

Entry 2014 dimulakan dengan perkara2 berkaitan penjimatan
hehehehe
ini serious

side income?
hurmmmm
sounds great right?!
tapi semudah itu

ni perkongian peribadi aku daripada kawan2 sendiri
kawan2 aku yang sePTD ni boleh kata dah ramai tunjuk taring memulakan business
sama ada secara online mahupun physical store
i am soooooo proud with them

aku percaya, selain daripada minat, pasti sebab lain adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga
side income
sapa kata keje PTD kaya raya?
PTD ni macam org lain juga
gaji takla banyak mana
Pegawai Takde Duit ekekekeke
ni jokes masa kami DPA

antara kawan2 yang aku kenal buat side income ni

1 ) Safiah - pemilik SAQMA BOUTIQUES. physical store di seri kembangan. Dato' CT pun pakai shawl SAQMA..Good job piah..aku doakan business hang terus sukses dan berkembang maju. Ameen

2) Dayang Abu Hairi - kami sama sidang time DPA. sekarang ni dayang busy dengan tempahan kek dan cupcake..aku pernah oreder RV dengan dayang. sedap. decorations pun menarik cantik. dayang pun ambil job untuk candy buffet. semoga terus sukses dayang. Ameen

3) Raja Dayana - sama batch tapi lain sidang. xla rapat sangat. kenal2 gitu je.. Ana pun ada business Aryana Suitcase. dia la tokey, dia la model..orangnya cantik manis. semoga usaha ko ana membuahkan hasil dan manis semanis senyauman ko. Ameen..

4) Shahiroh aka Shira - sama sidang DPA dengan aku. shira buat business supplemntary macam Kaseh Adinda Kanda Gold tu la..pastu double stemcell. biarpun aku bukan pengguna barang2 dia tapi kalau ada yang tanya pasal produk tu, aku recommend shira. Suksess ya shira. Semoga rezeki balik Semenanjung ni terussssss berkembang. Ameen

5) Syaznie - sama batch tapi tak sama g DPA sebab syaznie cuti bersalin masa kami g DPA. setahu aku syaznie ambil CMA. anak dia dah dua orang sekarang. Sepasang. syaznie ni pada aku dia sangatla creative. dia minat quilt, jahit2..aku tengok dia start untuk family dia je. jahit langsir bilik, bed sheet, comforter nipis kanak2 etc. cantik2..dulu dia tak ambil order sekarang dia ambil tapi terhad. katanya tak cukup masa. kalau nk belajar dia boleh bantu. dia belajar daripada Youtube je..material beli dari US..aku memang berkenan dengan hasil kerja syaznie..lebih dari itu, syaznie antara inspirer aku untuk jahit for family. domestic gitu..syaznie, semoga minat ko ni memberikan pulangan lumayan pada ko dan keluarga.. Ameen

6) Aimi Nazirah - sama batch, sama g DPA walau lain sidang dan sama2 di ICU. Aimi pada aku antara manusia bertuah..cantik, manis, bijak, datang daripada keluarga yang senang. Aimi sekarang tengah QA di INTAN, insyaAllah, Sept ni akan buat MASTERS. HLP lagi..dia memang hebat. dalam pada tu kencang dengan business shawl. Tour Jours.. produk pun seawsome tuannya. ramai dah peminat tour jours ni..semoga terus sukses Aimi. Ameen.

7) Niza aka Mis Baks nama fb dia - niza ni ex-staff aku kat BSR. pandai masak dan menjahit esp manik2 ni. dia mmg creative. dah ramai yang dapatkan hasil kerja tangan dia. niza ni pemalu nak market hasil kerja dia tp boleh kata jarang dia free. ada je tempahan. ni tak tau la mcamna. dia dapat offer kerja dengan PDRM. pakai uniform. Alhamdulillah..aku bangga dengan dia. dia cekal dan sangat komited. semoga berjaya niza sebagai anggota polis dan penjahit manik

8) Kak suriati aka Bling bling acik nama di fb - ex staff di BSR. ibu kepada 3orang anak gadis. tinggal di seremban dan bekerja di putrajaya. kak su pun ambil upah kek (kahwin, tunang, birthday etc), menjahir manik dan crochet (yang seni mengait tu). macam2 produk dah kak su hasilkan ie bag, kasut baby, sarung kaki baby, sarung tangan baby, topi baby, baju babygirl..semoga terus consistent kak su. Ameen..

ni antara kawan2 yang aku teringatla..ada lagi nanti aku update. kalau ada yang berminat boleh search mereka di fb. diorng ni semua guna nama sebenar, senang nak find.  

bagi yang berniaga MLM, aku tak list kan sebab perniagaan MLM xkena dengan jiwa aku. 

aku jenis manusia yang suka perniagaan yang kita buat daripada hasil titik peluh kita sendiri. produk daripada kita sendiri. macam menjahit, baking, catering etc..ni aku la..no offence ya..

tapi aku tetap doakan kawan2 yang join MLM untuk terus sukses..kita punya cara kita sendiri dalam hidup..still, good job. daripada xde kan..

-------------------------------------------------------------------------------------------

adik aku ada dua orang berbusiness

Ngah
ngah ni tukang masak di madrasah budak2 belajar agama
sekarang buka kedai jual barangan bundle
ngah sewa kedai dengan 3 orang kawan dia tapi business masing2
sorang bundle, sorang barber, sorang photostate
tak pernah lagi g kedai ngah
kadang2 tu weekend, dia sewa tapak di pasar tani
jadi ada kenal2 tu beli dan nanti mesti datang kedai beli
kiranya macam promosi la..
along doakan ngah sukses
anak dah nak masuk 2orang ni kena betul2 arrange hidup
walaupun bertabligh, keperluan hidup jangan diabaikan
Ameen

Nordy
(fb/insta Dian Khairuddin)
adik perempuan bongsu aku
anak keempat daripada 5 beradik
kerja tetap di Perodua, Rawang
dah lama gak dia kerja
so far ok la
sekarang ni baru mula secara serious berniaga
pemilik D'COrner
jualan kat rumah je
beli stall burger
siap ada combo set
ada bunting lagi
seronok tengok
jual burger, mee goreng, kueh teow goreng, sengkuang calit, air
cheesy fries 
aku antara pembeli tetap kedai nordy
ada je yang nak dikunyah
dulu lagi nordy ni dah start berniaga
mana sukan sekolah dia tak join
untung rugi terduduk semua dia dah rasa
tp on off
sekarang ni nampak serious la
yang bantu dia, diana..budak depan rumah
diana pun xkeje..umur wal 20-an
at least ada juga income
umah dan tempat keje sekangkang kera je
hahaha
itulah untungnya
aku nasihat nordy buat betul2
komited
meniaga start kol 5pm sampai 10pm
sementara nordy balik keje, diana akan uruskan dulu
kalau weekend memang tak menang tangan
aku selalu tolong bahagian air je
heheheheh
ude pun selalu gak tolong esp kalau diana off
ayah tolong bahagian teknikal dan perkakasan
masa yang nk kena tukang ke
maa pulak tolong bahagian nasihat penyediaan barangan masakan
tolong masakkan sambal cili etc
Along doakan usaha dan perniagaan nordy ni konsisten dan berjaya
ni hasil keringat korang
Ameen

All the best to all of them
prouddddddd

#TIPS --> keperluan Thaqyf - bakul makanan & bag baju

Assalamualaikum

entry lepas sedikit emosi
hehehe
penangan musim persekolahan baru bermula
makpak sibuk nak lavishkan keperluan sekolah anak2 hingga mengeluh harga mahal
dah semua nak beli, nak hat bagus
bayar je la kan..

aku ni walau xde anak yang sekolah
tapi setiap kali awal tahun, kami tetap perlu bayar duit pendaftaran etc Thaqyf
almost seribu juga
yuran bulanan mengikut umur anak
macam Thaqyf ni, tahun lepas RM380 sebulan
mulai 2014, RM300 sebulan
kurang RM80 tapi kena allocate untuk susu formula
(sekarang Thaqyf on enfagrow 1-3tahun)
sekotak 650g RM45.00 tahan 4hari
pampers Huggies XL 56pcs RM30.00
sehari bagi school 7pcs
bajet je la berapa
tapi kami xmengeluh
kalau budget untuk anak meningkat, 
budget untuk parent kena reduce
mudah je

takat makan minum Thaqyf
daily meals dia aku masak/beli
- nasi bubur untuk 3portions
(2portions bawa g school - pagi & ptg)
(1portion untuk malam)
kadang2 Thaqyf makan apa yang kami makan
beli slow cooker. berbaloi - jimat masa & tenaga

- roti gardenia 
(sama ada roti coklat, buat roti telur, roti pisang)
ikut hat mana aku dan

-buah 
(kiwi, betik, pisang)

-lauk
(sama ada aku masak asing atau masukkan terus dalam slow cooker dengan bubur) 
-biskut
(aku beli yang bear coklat, biskut merrie etc)

- air masak
(siapkan dalm botol ada straw)

-susu formula
(masukkan dalm bekas, tulis berapa oz air & scoop susu per feeding)
dulu aku bagi dalam container untuk 3 feedings tapi Thaqyf dah kuat menyusu, so aku bagi dalam bekas tupperware 

-pau kukus
(ni aku beli kat office je. ada 9pcs RM5.00)
aku kukus 2pcs untuk bekal Thaqyf

selalu teacher akan bagi Thaqyf makan apa yang aku masak - bubur nasi, pau kukus, roti telur, buah..biskut dan roti yang lain tu sampingan je

aku belikan bakul piknik yang kecil dan siap2kan semua dalam tu

so, basically ni bakul makanan Thaqyf
- 1 botol susu
- 1 bekas susu formula
- 1 mangkuk makan
- 1 sudu kecil (yang boleh detect heat. jenama Nuby)
- 1 botol air masak 
- 1 termos bubur nasi
- 1 bekas bubur nasi
- lauk (biasanya sup)
- buah
- 1 bekas kecil untuk snack

#simple je..kalau nk masak yang renyak sikit, aku masak time cuti ie bihun, mi suah, sup+nasi impit 


kalau untuk bag pakaian Thaqyf
- 7pcs pampers (selalu ada lebih. at least 1pc)

- 1 helai lampin (untuk kes emergency hehehe. kotla muntah ke, demam nk lap badan ke etc)

- 1 botol bedak (untuk badan dan muka sahaja..aku pesan jangan bubuh bedak dalam pampers Thaqyf)

- baju 4pasang (ada yang sleeveless and with sleeve)

-1 helai tuala (hari2 bawa balik dan ganti yang baru cuci)

- 1 helai hoodie blanket (guna ke tak tetap aku bawa sebab kalau hujan, berguna untuk selimutkan kepala dia)

- 1 set sarung tilam dan bantal (untuk kegunaan seminggu. Tiap jumaat bawa balik untuk cuci, Isnin bawa semula. kami beli 2 set)

- 1 botol kecil (yang boleh refill) wet tissue. jenama KIKO. mudah nak guna esp kalau time Thaqyf selsema.

- 1 botol lite baby oil jenama Johnson's (untuk rambut)

- untuk skin care (sabun & Shampoo), aku beli botol besar tinggal kat school je..nak habis nanti, teacher akan bgtau. nanti aku beli refill.yang baru

tu je la sedikit sebanyak persediaan hari2 aku buat anakanda Thaqyf

-------------------------------------------------------------------------------------

macam pakaian Thaqyf, aku akan cuci dalam 3 hari sekali.
guna pencuci khas untuk baby
pastu kami beli dryer bulat 3layers untuk jemur pakaian2 Thaqyf
(Thaqyf guna 2layers je. yang atas ada penyepit untuk mommy)
selimut, tuala, baju2 yang tebal aku guna hanger jemur kat ampaian kami

so, pakaian2 yang dah kering aku akan terus lipat dan susu ikut set untuk keperluan seharian

1 helai tuala
1 helai hoodie blanket
4pasang baju
(siap 1 set)

aku akan buat macamtu untuk semua pakaian harian Thaqyf
memudahkan tugas aku nak pack bag pakaian Thaqyf
kalau hari ahad, siap2kan bag untuk hari Isnin and make sure ada 4sets untuk hari seterusnya
kalau lebih bonus hehehe

 pakaian tidur dan untuk berjalan, aku hang dalam almari Thaqyf
Alhamdulillah, mula2 tu rasa payah
tapi bila dah biasa mudah sangat
kadang2 Thaqyf temankan aku kat bilik atas
tapi memang lambatla siap
sebab dia ajak main la
xpun ada je yang dia nak kebek2
kena sentiasa peka dengan bukan debab ni hehehe

kalau nak balik kampung atau ke mana2 yang perlukan kami bermalam di luar, aku pastikan semua feeding set Thaqyf dah siap cuci  dan bag baju untuk 1st day school is ready
kotla balik nanti, lewat sampai ke, penat ke, apa ke
at least keperluan anak dah selesai
tinggal nak masakkan nasi bubur je..

#TIPS --> kos sara hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat menyambut hari ke-6 tahun 2014
diharapkan segalanya baik-baik sahaja untuk kita semua despite all the challenges

challenges?
haruslah ada kan
tahun lepas dengan kenaikan harga petrol sudah cukup menyesakkan hidup
iye, aku cuma kerja di putrajaya
tinggal pun di putrajaya
sesak apa nya kan?!

sesak woooo
suami kerja di Jalan Duta
tol & petrol = WAJIB
balik kampung - KT, Btg Kali
tu semua perlu lebih RM untuk lebih petrol
(-__-)
tu belum lagi yang lain2

cuma kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin hidup kami xsesak mana
tapi kami ni baru la nk adjust hidup
maklumlah di usia kami sekarang ni, kehidupan peribadi baru nak bermula
kerjaya baru mula bertapak
keluarga baru nak berkembang
jadi sesak juga la sikit sebanyak
apatah lagi tinggal berjauhan daripada keluarga
semua urus sendiri

sekarangni sana sini orang mengeluh tentang kos sara hidup yang makin mencekik hidup
sana sini merungut
daripada kantin sekolah sampai la ke kantin pejabat

tapi kalau kit a perhatikan betul2, yang merungut mengeluh ni apa usaha mereka untuk menghadapi kos sara hidup yang meningkat ni???
apa???

ada tak usaha siapkan bekal anak ke sekolah?
ada tak inisiatif nk jimatkan belanja sendiri/pasangan?
ada tak usaha nak kekang kehendak?
ada tak usaha nak kurangkan perbelanjaan yang tak perlu?
ada???

kalau ada walaupun kecil atau sedikit, tahniah
sebab aku pun akui bukan mudah nak ubah cara hidup
lagi tak mudah nak ubah cara kepala otak orang berfikir
common bangsaku
wake up
jangan hanya tuding jari
korang sendiri tau tuding jari korang tu tak bawa ke mana

aku bukan denial sebab aku kerja dengan kerajaan
aku pun rakyat macam korang
aku pun rasa susah macam korang
aku pun rasa sesak macam korang
kerja dengan perkhidmatan awam bukan bermakna aku tak perlu bayar tol, bukan dapat petrol harga murah, makan minum tanggung
semua tetap kena bayar sendiri
atas tanggungan sendiri
 gaji pun bukan besar mana
bonus dapat 1/2 bulan gaji tu dah rahmat besarrrrr sangat
biasa dapat RM500 pun dan syukur

sebab tu aku mulakan dengan diri aku
keluarga kecil aku

kami tetap keluar cuma hadkan kekerapan keluar
kami tetap makan di luar tapi hadkan kekerapan makan di luar
kalau dulu selalu la berstarbucks, kami hadkan dan tahan nafsu
sekali sekala je
kami hadkan shopping barang2 keperluan
kalau nak beli tunggu ada sales
sekarang aku mulakan dengan bawa bekal air masa
at least 1.5litres
mula2 susah, tapi bila dah mula, insyaAllah mudah je rasa
jadi, aku dah jimatkan duit daripada melabur pada minuman
(fav aku starbucks, 100plus, lemonade auntie anne)
teringin tapi aku tahan
lama2 ok la

kalau nak berjalan, kami plan awal2
siap2 book and pay
duit belanja dah siap2 allocate
kalau nk lebih hat tu, kurangkan hat ni
macamtu la
economically,optimize our limited resources n order to adjust them with our unlimited wants (want ni memang paling bahaya)

aku pun mula dengan perkara yang simple
bawa bekal untuk anak (dari dia mula solid food)
bawa bekal untuk diri sendiri'
kalau pun kena keluar duit juga, at least masih boleh dikurangkan
susah wei
tapi kalau tak buat hidup kita lagi susah

macam aku, sebelum pregnant aku dah beli sewing machine
niat nak buat untuk kegunaan sendiri
tapi dengan alahan dan keadaan tak mengizinkan ni, memang mencabar
sudahnya kain2 pasang yang orang hadiah kan tu, aku laburkan pada aunty lai wah
tapi aunty dah pesan, sampai hujung tahun ni je dia buka kedai
after this, she's off..retire..
mula2 aku bingung juga..mana nak tempah baju kurung lepas ni
tapi itulah hikmahnya
selagi aunty tu ada, selagi tu la dok harap kat dia
bayar upah bukan murah
sepasang baju kurung, jahit tindih pada baju+pada selisih kain & zip untuk nurse =RM75.00
sepasang kain cotton RM60.00
baju batik harga lain
sutera lagi mahal
lace & inner double pay
tapi aku optimis
inilah hikmahnya
(^___^)
buat apa nak takut
tak pandai, belajar
tak tahu, tanya
cantik ke tak end product nanti, sendiri bikin, sendiri pakai
 at least aku dapat kurangkan perbelanjaan upah jahit baju
 AT LEAST

so, tepuk dada tanya diri kita
apa yang kita nk buat untuk menghadapi 2014
2015
2016
dan seterusnya...

aku sentiasa yakin
ada rezeki dan bahagian buat kami sekeluarga

aku punya suami
punya anak
punya kereta yang ditanggung sendiri
punya kerjaya

usaha seterusnya untuk mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan keluarga
untuk meneruskan usaha punya kediaman sendiri
untuk melanjutkan pelajaran

aku mohon doa semua
sebagaimana aku sentiasa mendoakan mereka2 yang sentiasa berusaha
walau kita tak pernah kenal

tips mudah:
1) sediakan bekal sarapan/makan untuk anak ke sekolah/nursery. stock up fridge

2) sediakan bekal sarapan untuk anda dan pasangan - bukan sekadar jimat malahan boleh mengeratkan kasih sayang antara suami isteri (aku xbawa bekal untuk suami, sebab dia tak nak. kecuali nasi goreng hehehe)

3) bawa air masak bila keluar - boleh elak beli air mineral, air manis..sihat dan menjimatkan

4) makan nasi dulu sebelum keluar - boleh elak daripada membeli yang bukan2..kan dah kenyang

5) kalau makan kat luar, makan makanan berat ie nasi ke - jadi xperlu nak makan banyak2 kali. 

6) jangan tengok tv show JJCM hahahaha..ni la paling bahaya..jenuh nak hunting..sekali sekala ok la..but please minimize the frequency.. 


sekian
ikhlas daripada hati aku
dan
perkongsian peribadi aku

Thursday, 2 January 2014

jagalah diet demi kesihatan

Assalamualaikum

dah habis entry tentang IMC, nak share tentang semalam
daripada pagi tu ok sihat ceria
pastu bila nk balik around 2pm tu rasa lain macam
mula tu fikir maybe sebab penat dukung Thaqyf dan bgn awal
otw balik tu aku baring kat seat bealkang dengan Thaqyf
brg2 lain aku tolak sikit
asal dapat baring
sekejap je dah smpai rumah
tak sempat nak lelap
(-___-)

sampai je rumah terus rasa kepala berdenyut2
baring and try untuk tidur tapi dok bangun jaga je
then menjelang lwat petang sakit kepada makin teruk
bangun mandi, cuci rambut segala
baring duduk semua serba tak kena

dengar bunyi tv lagi berdenyut2
sudahnya aku baring kat bilik atas
tapi rasa xselesa
turun kat hall
baring sebelah suami
suami urut2kan balakang badan n kepala
tetiba rasa lain macam
nak muntah
terus tekup mulut n lari g bilik air bawah
smpai depan pintu terus terhambur segal aisi perut dan dek kerana cuai, tergelincir dalam bilik air
huhuhu
mujur smpat tahan badan dengan tangan
so xla terhentak
habis muntah penuh dalam bilik air dan dinding
mmg kawkaw punya
suami datang lepas dengan bunyi jatuh
tapi aku ckp aku ok..minta suami ambilkan tuala dan jaga thaqyf
aku boleh uruskan diri sendiri
lagipun geli la suami dan tengok
sian dia hehehehe

siap buka baju kelawar , aku cuci bilik air, tetiba perut memulas
buang air besar dan muntah lagi
Alhamdulillah, pas keluar segala isi perut, lega sangat
beransur2 hilang sakit kepala
dasyat sangat rasa sakit kepala semalam
elok muntah, elok hilang berdenyut

sebelum tidur semalam makan roti gardenia kosong 2keping dan vitagen sebotol
pagi ni bangun Alhamdulillah sihat
ntah apa silap semalam
mayb sebab minum bandung soda n shake choc
deme bergaduh dalam perut
huhuhuhu

sekian, jagalah diet demi kesihata
jangan makan macam2
sebab tu senang kalau bawa bekal air
minum air masak jewwwwww
ekekekee
my mistake

#TIPS --> Isetan Member Card - IMC

Assalamualaikum

hari kedua 2014 bersiaran dengan penuh kegembiraan
gembira kerna mission accomplished

mission?
hehehe
last week, kami terima katalog tentang IMC
Isetan Member Card Day
mulai 1 - 5 Januari 2014

antara banyak2 promosi, suami tertarik pada combo Playpen Bumblebee
ada latex mattress macam yang kami belikan untuk Thaqyf
ada macam2
it cost me just RM500.00 only
berbaloi kan
cuma masalahnya
kat Isetan KLCC ada 3sets je

so, kami plan nak keluar rumah awal sikit masa cuti umum tahun baru
sebab KLCC known sebagai tempat tumpuan orang ramai bila cuti
Alhamdulillah, Thaqyf pun cooperate
elok je bangun dan mandi awal
mommy siap2kan air suam untuk bujang bersiram hehehe

sampai KLCC around 10am
kami terus ke Isetan level atas sekali (xingat level berapa)
department kanak2
dalam pada tu setiap level ada je jeritan dan lambakan vowen bag "Isetan Lucky Bag"
we ignored sebab fokus utama adalah playpen
heeeeee

sampai je kami terus tanya sales assistant
indian lady
baik dan helpful
dia amik order kami dan minta datang lagi 10min sebab nk get ready everything
Alhamdulillah
rezeki adik baby (gelaran baby untuk abg Thaqyf)
 kami g Rasa, makan dulu then baru boleh jalan2 dengan tenang

kami bertiga makan nasi pagi2 tu
senang sebab kalau light bfast nanti cepat lapar
tengahari sure ramai orang
jadi makan nasi siap2

lepas makan kami datang semula
siap bayar RM500.00
lega
1 set untuk kami, 1 set orang baru booking n 1 set left
rezeki bangun pagi hehehe

so, lepas tu baru kami dok cari jawapan pada Isetan Lucky Bag
red vowen bag yang dijual dengan harga cukup menarik
cuma kita tak boleh tengok isi dalam
tapi apa barangan yang dijual, dah siap2 tulis pada resit kat setiap bag
dijual dalam tempoh masa terhad.
macam semalam smpai jam 12noon sahaja.

antara Lucky Bag yang kami beli semalam
1. undergarment byfor - RM50.00
- 3pcs u/wear
-1pc boxer
-1pc singlet

2. smalto -RM100.00
-1 helai tshirt
-1 helai kemeja lengan panjang
-1 helai kemaja lengan pendek

3. perfume - RM170.00
depends pada brand. semalam suami belikan aku edp CK and Lanvin
dua ni cuma RM170.00 je..patutla ramai berebut2

4. Jean Perry -RM100.00
- 1pc mattress protector
-1set of Queen Fitted Sheet
yang ni design ikutla rezeki kita..kami dapat warna oren..tak pernah ada lagi..suka sangat

yang lain2 tu beli biasa je la..xde lucky dah hehehe
so, antara misi lain semalam adalah hunting for maternity wear
dapat long skirt dan seluar di modernmum
harga memangla mahal
tapi selesa dan berbaloi

pastu suami beli perfume untuk dia
sehelai seluar kotak2 warna oren Hallmark untuk Thaqyf
bag sekolah Totally Dora warna purple untuk Qistyna

cukup penuhla kereta suami hehehe
walaupun nampak macam banyak beerbelanja tapi ini semua yang memang dalam list kecuali perfume hehehe
suami punya keje la ni

pasni nak beli single fitted sheet je sebab kat rumah ada 2tilam single..so, kena la beli lagi 2sets..

berdasarkan pemerhatian aku semalam:
1) jam 10pagi dah ramai orang dan dah ramai yang siap membeli esp Lucky bag. buat aku terfikir, jam berapa mereka sampai..dan jam berapa Isetan mula beroperasi..

2) most of them are Chinese. pada aku mereka memang bijak berbelanja dan cari peluang to save cost. boleh kata tiap family tu pegang lebih daripada 10 Lucky Bags..
jimat sangat..

3) most of the chinese akan bawa bekal air masak masing-masing..ada untuk anak dan parent.. ni la antara penjimatan dan kesihatan yang aku nak ikut..sebab tu aku invest beli tumbler tupperware 1.5ltres siap sarung untuk bawa g mana2.. kena jimatkan kos bila keluar. at now aku mulakan dengan minuman..small things will lead to big things ok

4) banyak kemudahan bila kita membeli masa member card day ni tak kiralah sogo, JJ, Isetan etc..mmg orang akan padat macam sardin (sardin juga kena hehehe), tapi banyak jimat..yang penting beli barang yang perlu.kalau xpercaya ada yang sanggup ambil cuti bila sogo day or JJ day.

5) kena bangun awal dan sampai awal. strategi kena ada. esp kalau ada anak kecil. macam aku smlm dah siap2kan 
- 2 pasang baju ganti Thaqyf, 
- 5 keping pampers 
- 1 botol kecil wet tissue. senang guna botol kalau kuar berjalan
- 1 termos air panas
- susu formula dah siap2 isi dalam compartment ikut oz
- 500ml air masak isi dalam botol tupperware..xmudah leaking
- snack

6) siap2kan makan nasi masa bfast. mudah. jimat masa. jimat belanja
thaqyf pun layan JM beriani semalam
heaven hehehe

so, disimpulkan bahawa IMC mmg sesuatu yang dinanti2kan oleh mereka2 yang cara berfikir macam kami - beli dan jimat yang penting kena disiplin. 

pengalaman IMC dan Isetan Lucky Bag pertama untuk aku
(^_^)

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum


Ahlan wasahlan 2014
syukran jazilan 2013

banyak sangat kenangan sepanjang tahun lepas
 semuanya aku terima dengan sebaik mungkin

perkahwinan
Alhamdulillah, apa jua dugaan dan cabaran, kami suami siteri tanganinya sama2
sedari dulu kami memang xpernah share masalah kami pada orang
masalah ni selalunya ttg kewangan, masa etc
bukan ttg masalah kami
Alhamdulillah
3tahun melayari kehidupan berumahtangga, kami sentiasa mengingati diri sendiri dan masing2 akan tjawab
apatah lagi dengan hadirnya Thaqyf dan insyaAllah anak kedua Jun 2014 nanti
takat gaduh2 manja pasal benda2 kecil tu biasalah ehhehe
aku jenis suka mengusik suami
suka tanya dia benda yang sama byk2 kali
"b nak minum tak?"
ni soalan paling dia pantang
hahahaha
kelakar kan..

anak
Alhamdulillah
biar sedikit terduga, namun bahagia tetap dikurnia
selepas 11 bulan berkahwin, aku disahkan hamil
sepanjang proses tersebut kami lalui dengan penuh kegembiraan
lahirnya Muhammad Thaqyf apda 27 Julai 2012 sudah cukup menyempurnakan hidup kami
dapat ku rasakan bahagia itu disegenap urat nadiku

dan awal oktober 2013, sekali lagi, aku disahkan hamil anak kedua
biar sedikit terkejut namun berita baik ini kami terima dengan penuh kesyukuran
insyaAllah, buah cinta kedua ini akan lahir pada Jun 2014
semoga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat hendaknya
Ameen

kerjaya
memulakan tugas sebagai PTD pada 24 Mac 2008
banyak yang aku lalui
hampir enam tahun dalam perkhidmatan awam, apa yang boleh aku simpulkan
ia cukup mematangkan aku
tak perlu emosi mengiringi tugas hakiki
belajar dan terus belajar
bina hubungan interpersonal skill
Julai 2013 rezeki Allah buat kami sekeluarga
memangku M44 biarpun daripada segi kewangan tak memberi impak namun daripada sudut exposures and responsibilities are priceless
seronok apatah lagi mulai oktober 2013 aku ditugaskan ke bahagian baru
semoga terus sukses dalam kerjaya
begitu jua buat suami dan adik-beradikku

yang lain2, aku simpulkan bahawa 2013 sarat dengan pelbagai tjawab
usia meningkat seiiring dengan tjawab

buat 2014, semoga lebih sukses dan positif
i would send more loves and positive vibes to all
insyaAllah

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014
tahun penjimatan buat aku
heeeeeee