AYAM PANGGANG
cik epal
Dr. Fatin Liyana
Azlita Masam Manis
CHICKEN PIE
ads
Tuesday, 27 December 2016
Tuesday, 20 December 2016
ketenangan akan datang apabila kita perbaiki hubungan kita...
Assalamualaikum
as time goes,
macam-macam berlegar dalam kepala ni
tentang hidup
tentang mati
tentang amal ibadah
tentang perbelanjaan keluarga
tentang maa ayah
tentang anak-anak
tentang perkahwinan
and the list goes...
tu tanda usia semakin meningkat dan kita semakin matang barangkali
sebba kita dah mula fikirkan tentang risk and affect
kita mula menimbangtara setiap perlakuan dan keputusan kita
serabut kan
di dada-dada akhbar dan social medi terpampang pelbagai bad news
macam-macam
manusia kian hilang pertimbangan dek desakan hidup
manusia mula hilang akal dek tenggelam dalam dunia khayalan sendiri
manusia mula hilang perikemanusiaan dek arus pemodenan
tanya diri kita,
bahagiakah kita?
tenangkah kita?
tak kan..
aku selalu percaya ketenangan dan ketenteraman urusan di dunia bergantung pada SOLAT kita
kalau tak solat, mesti mcm2 hal jadi
semua serba tak kena
solat tp akhir-akhir waktu pun sama
contoh bila kat traffic light
elok kita nk smpai, lampu bertukar merah
then we have to wait
frust kan
kita hanya akan memperolehi ketenangan bila kita perbaiki hubugan kita dengan Dia
kita perbaiki ibadah kita pada Dia
kita perkemaskan amalan kita untuk Dia
insyaAllah pasti segalanya berjalan lancar buat kita
ingatan ini sesungguhnya hanya untuk aku
demi Tuhanku
demi kehidupan di alam barzakh
takut bila kenang dosa dan khilaf sendiri
rasa nk ulang semula waktu
nk perbaiki macam-macam
namun, demi masa depan
aku teruskan
bermula di garisan permulaan seperti dahulu
jaga waktu solat
jaga aurat
jaga ibadat
kalau mula tak 'selesa' dengan sesuatu atau seseorang
aku berundur/unfriend/unfollow
lebih mudah
tak mahu nnt hati bersangka buruk
akal berfikiran negatif
tak mahu
sedang dosa sedia ada terlalu banyak
taknak menambah dosa lagi
Allahu
sesungguhnya ketenangan akan datang apabila aku memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH yang satu..
Monday, 19 December 2016
Thursday, 15 December 2016
Surah Al Mulk
assalamualaikum
posting kali ni nak share tentang amalan membaca surah al-mulk sebelum tidur
setahun tinggal di asrama semasa tingkatan 1 mmg tak pernah miss
sebab wajib
pastu bila dah duduk luar (read : berulang dr rumah), tetap amal cuma kadang2 termiss
pastu bila sambung belajar kt KISDAR (sekarang KUIS) dan IIUM, teruskan juga
cumanya bila dah mula keje
lebih byk y miss daripada baca
my bad
penat keje dan hal-hal duniawi, balik rumah terus tidur
takat niat je huhu
so skrg ni nak mulakan semula
baca surah al-mulk setiap malam..
tak banyak pun, 30 ayat je
Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..
macam yang kita tahu, surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
rasa mcm dah bertahun2 rugi
(*_*)
kejar duniawi sehingga merugikan saham sendiri
masa yang berbaki ni, nk manfaatkan sebaiknya
yang lagi satu nak perkemaskan
solat dhuha
kuatlah aisyah
masa tak lama yang ada
dosa kian bertambah
mohon doakan untuk saya
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN
Friday, 9 December 2016
6th anniversary 10.12.2016
esok, ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6
10.12.2010 - 10.12.2016
doaku
semoga ada sinar yang lebih terang
semoga ada cahaya yang lebih indah
semoga ada kasih yang lebih subur
semoga ada sayang yang lebih utuh
semoga ada cinta yang lebih di kalbu
semoga ada toleransi yang lebih jitu
semoga ada jiwa untuk terus bersatu
demi Allah dan RasulNya
AISYAH
kuatlah wahai hati
usah biar sedih membelenggu kehidupan
menangis la sepuas hati
tapi bukan untuk meratapi nasib diri
gugurkanlah segala yang merosakkan hati
semoga kuat mendepani hari2 nanti
inagtlah, Tuhanmu sentiasa di hati
AISYAH
Tuesday, 13 September 2016
bersediakah kita..allahurobbi
Bismillah...ibarat 7 check point/road block kita semua perlu tempuhi sebelum meniti titian sirat al mustaqim iaitu :
1) kalimah syahadah.adakah kita myebut nya ikhlas kerana Allah taala atau sbb lain,
2) bagaimanakah solat kita.Allahuakhbar jgn smp ibarat Allah baling kain buruk di muka kita dgn bkata nah ambil la balik solat kamu ini! Nauzubillah.bagaimana dgn bcaan al fatihah kita?? Adakah khusyuk solat kita?? Apabila azan apakah yg kita lakukan? Adakah masih sbuk dgn urusan dunia?? Atau masih seronok di ulit mimpi?? AllahuakhbarðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
3)puasa.bagaimana dgn puasa kita?? Mata, telinga,mulut,adakah kita jaga dgn baik?
4) zakat? Bagaimanakah dgn zakat kita? Adakah diuruskn dgn baik?
5) haji/umrah adakah kita menunaikan nya ikhlas kerana Allah taala dan adakah ianya sempurna?
6) wudhuk/mandi hadas besar.adakah kita melakukan nya dgn sempurna? Dan yg takhir sekali
7) kezaliman pd manusia?? Adakah kita penah menzalimi mereka? Dosa kita pd Allah taala in shaa Allah Allah akn ampunkn jika kita btaubat tetapi dosa kita dgn manusia Allah tidak ampunkn mlainkn kte memohon keampunan dr manusia yg dizalimi itu sdiri.
mari la sama2 kita check balik 7 point ini? Bukan sng hendak meniti titian sirat al mustaqim dan masuk ke syurga apatah lagi.Allahuakbar.
Rasulullah S.A.W bersabda hnya 70 000 ribu manusia yg masuk ke syurga tanpa di hisab? Adakah kita salah seorg dr kelompok itu? Amat sedikit bilangan nya.manusia di bumi ini beratus2 ribu billion.Dunia yg hanya sementara syurga yg kekal abadi.masih jauh perjalanan kita.kita masih didunia.bsyukur lah Allah masih beri kita peluang hdup didunia ini dgn segala nikmat yg tidak terperi.Dunia hanya lah tmpt persinggahan utk kita beramal,mengumpul pahala utk mghadap Allah taala.
Apabila buku pyerahan catatan amalan diberi dan di sambut dgn tangan kanan atau kiri? ketika itu jelas bagaimanakah amalan kita di dunia dan apabila melalui mizan berat timbangan akn menentukn ke syurga atau ke neraka kah kita???
Jd rebut la peluang selagi kita masih hidup didunia ini bg mbuat persiapan yg tbaik utk bjumpa dgn tuhan kita iaitu Allah SWT dan rasul kita Rasulullah SAW dgn muka yg putih,bcahaya lg bseri dan jelas tpancar senyum kegembiraan.Amin ya robb
1) kalimah syahadah.adakah kita myebut nya ikhlas kerana Allah taala atau sbb lain,
2) bagaimanakah solat kita.Allahuakhbar jgn smp ibarat Allah baling kain buruk di muka kita dgn bkata nah ambil la balik solat kamu ini! Nauzubillah.bagaimana dgn bcaan al fatihah kita?? Adakah khusyuk solat kita?? Apabila azan apakah yg kita lakukan? Adakah masih sbuk dgn urusan dunia?? Atau masih seronok di ulit mimpi?? AllahuakhbarðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
3)puasa.bagaimana dgn puasa kita?? Mata, telinga,mulut,adakah kita jaga dgn baik?
4) zakat? Bagaimanakah dgn zakat kita? Adakah diuruskn dgn baik?
5) haji/umrah adakah kita menunaikan nya ikhlas kerana Allah taala dan adakah ianya sempurna?
6) wudhuk/mandi hadas besar.adakah kita melakukan nya dgn sempurna? Dan yg takhir sekali
7) kezaliman pd manusia?? Adakah kita penah menzalimi mereka? Dosa kita pd Allah taala in shaa Allah Allah akn ampunkn jika kita btaubat tetapi dosa kita dgn manusia Allah tidak ampunkn mlainkn kte memohon keampunan dr manusia yg dizalimi itu sdiri.
mari la sama2 kita check balik 7 point ini? Bukan sng hendak meniti titian sirat al mustaqim dan masuk ke syurga apatah lagi.Allahuakbar.
Rasulullah S.A.W bersabda hnya 70 000 ribu manusia yg masuk ke syurga tanpa di hisab? Adakah kita salah seorg dr kelompok itu? Amat sedikit bilangan nya.manusia di bumi ini beratus2 ribu billion.Dunia yg hanya sementara syurga yg kekal abadi.masih jauh perjalanan kita.kita masih didunia.bsyukur lah Allah masih beri kita peluang hdup didunia ini dgn segala nikmat yg tidak terperi.Dunia hanya lah tmpt persinggahan utk kita beramal,mengumpul pahala utk mghadap Allah taala.
Apabila buku pyerahan catatan amalan diberi dan di sambut dgn tangan kanan atau kiri? ketika itu jelas bagaimanakah amalan kita di dunia dan apabila melalui mizan berat timbangan akn menentukn ke syurga atau ke neraka kah kita???
Jd rebut la peluang selagi kita masih hidup didunia ini bg mbuat persiapan yg tbaik utk bjumpa dgn tuhan kita iaitu Allah SWT dan rasul kita Rasulullah SAW dgn muka yg putih,bcahaya lg bseri dan jelas tpancar senyum kegembiraan.Amin ya robb
Saturday, 10 September 2016
Doa daripada isteri
Wahai Allah, kami datang memenuhi panggilanMu..
Tiadalah sekutu untukMu, segala puji dan kuasa untukMu..
Kami meraba tanpa cahaya, kami yang lupa hina dan papa..
Di hadapanMu yang Maha Indah, di hadapanMu yang Maha Mulia..
Ya Allah berkatilah perjalanan suamiku *MOHD SYUKRI HAFIDZ BIN ABDUL LATIF* dalam menyahut panggilanMu..rahmatilah dia kerana dia adalah syurga bagiku dan zuriat cinta kami yang sangat baik dan penuh ihsan kepada kami..kurniakanlah haji yang mabrur kepadanya..permudahkanlah segala urusan sepanjang perjalanannya ke jalanMu Ya Allah..terimalah taubatnya, kabulkanlah hajatnya, peliharalah iman, jiwa dan hatinya..peliharalah kesejahteraan hidupnya..ganjarilah dia dengan syurga firdausiMu dan jauhilah dia drpd azab nerakaMu..Ya Allah, siramilah dia dengan kasih sayangMu kerana dia adalah syurga untukku..aku pohon padaMu Ya Allah..terimalah doa daripada hambaMu ini..
HambaMu,
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN
MUHAMMAD THAQYF HAFIDZ
MUHAMMAD SAFWAN HAFIDZ
Putrajaya, Malaysia
Jumaat, 09.09.2016
Doa daripada suami
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Di hadapan KAABAH ini dan dengan segenap hati, jiwa serta perasaan, ku mohon kepadaMu Ya Allah, buat isteriku tersayang, Noraisyah binti Khairuddin dan anak2 kami Muhammad Thaqyf Hafidz & Muhammad Safwan Hafidz.
Ya Allah, berikanlah segala kemudahan baginya, sebagaimana Engkau berikan kemudahan bagi orang-orang yang soleh.
Luaskanlah rezekinya sebagaimana Engkau luaskan bumi beserta isinya.
Percantikkanlah akhlaknya dengan ketaqwaan, sebagaimana Engkau cantikkan akhlak para kekasihMu.
Indahkanlah lisannya dengan kelembutan, lisan yang selalu basah menyebut nama-MU Ya Allah, sebagaimana kelembutan para utusanMu.
Kuatkanlah badannya dengan kesihatan, sebagaimana kekuatan para syuhada' Mu Ya Allah.
Jagalah hati serta jiwanya agar sentiasa terhindar dari segala kesalahan.
Peliharalah dia dari siksa dunia dan akhirat-MU Ya Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah dia dengan sifat pemaaf kepada orang-orang yang pernah menyakitinya.
Golongkanlah dia ke dalam golongan orang-orang yang soleh agar dapat mempersembahkan yang terbaik untukMu Ya Allah.
Jauhkanlah dia dari sifat lalai dalam mengingatiMu.
Berikanlah kesabaran pada dirinya dalam menempuh kehidupan ini.
Dan jadikanlah dia, orang yang pandai bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadanya.
Ya Allah, kurniakanlah kepadanya hati yang tenteram seperti hembusan bayu di subuh hari, hati yang kaya dari sebanyak apapun harta yang dimilikinya.
Lembutkanlah hatinya Ya Allah, selembut helaian sutera yang terpilih.
Duhai Yang Maha Menatap lagi Yang Maha Mendengar.
Sesungguhnya...
Rahmat-MU itu tiada terbatas,
Kasih sayang-MU tiada bertepi,
CintaMu dan kasihMu seluas langit dan bumi,
Ampunan-Mu menutupi murka-Mu Ya Allah.
Aku mohon kepadaMu Ya Rabb, berikanlah semua itu kepadanya juga kepadaku yang banyak dosa dan kesalahan ini...😢😢😢
Ya Allah...
Ampunilah dosa-dosanya dan dosaku,
Ampunilah kesalahannya dan kesalahanku,
Ampunilah segala kealpaannya dan kealpaanku,
Ampunkanlah ibu bapanya dan ibu bapaku,
Sembuhkanlah segala penyakitnya dan penyakitku,
Banyakkan rezekinya dan rezekiku,
Berkati hartanya dan hartaku,
Bahagiakan keluarganya dan keluargaku,
Kabulkanlah segala hajatnya dan hajatku,
Masukkan dia dan aku kedalam SYURGA-MU yang paling indah bersama dengan NABI MUHAMMAD SAW, KELUARGA BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA SERTA SELURUH PARA HAMBA-MU YANG SOLEH.
Ya Rabb...
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Sesungguhnya jika bukan Engkau yang ku mohon,
Dan jika bukan Engkau yang mengabulkan do'aku ini,
Maka tiada siapa lagi yang dapat mengabulkannya selain Engkau Ya Allah.
Ku mohon kepadaMu ya Rabb, kabulkanlah do'a hambaMu ini untuk mereka kerana Noraisyah Binti Khairuddin & Muhammad Thaqyf Hafidz & Muhammad Safwan Hafidz adalah insan yang ku sayangi dan ku cintai.
Aamiin..Ya Rabbal 'Alamiinnn..
Ikhlas,
Mohd Syukri Hafidz
Masjidil Haram
Jumaat (9 September 2016)
Doa sempena Hari wuquf
Assalamu'alaikum: Doa Arafah – Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman… yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Wukuf dilaksanakan pada hari arafah mulai dari tergelincir matahari tanggal 9 dzulhijjah sampai dengan terbit fajar tanggal 10 dzulhijjah. Wujuf dinilai sah walaupun dilaksanakan hanya sesaat dalam rentang waktu tersebut, akan tetapi diutamakan mendapatkan sebagian waktu siang dan waktu malam.
Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.
Selamat beribadat
Friday, 2 September 2016
panggilan Haji
JENIS-JENIS HAJI
HAJI IFRAD
Haji ifrad ialah
mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji sahaja
dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji,
kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal
daripada haji-haji lain.
Niat haji
ifrad :
Ù†َÙˆَÙŠْت الإِØْرَامُ
بالْØَجَّ َ Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja
aku berihram dengan haji kerana Allah Taala
Cara mengerjakannya :
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah
mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji
pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk
adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah.
CARA MENGERJAKAN HAJI
TAMATTUK
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
KELEBIHAN DAN
KEBAIKAN HAJI TAMATTUK
1.
Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
2.
Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan
masa untuk mengerjakan haji.
3.
Waktu ihram yang pendek.
KEKURANGAN HAJI TAMATTUK
1.
Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad
2.
Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda).
PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK
Haji Ifrad
|
Haji Tamattuk
|
Mengerjakan haji dalam bulan
haji kemudian baru mengerjakan umrah
|
Mengerjakan umrah terlebih
dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.
|
Tidak dikenakan dam
|
Dikenakan dam
|
Lebih afdal
|
Kurang fadhilat
|
HAJI QIRAN
Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara
serentak dengan bernaiat ihram kedua-duanya sekali.
Niat haji qiran :
Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØَجَّ
الْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØْرَÙ…ْتُ بِÙ‡ِÙ…َا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji dan umrah
kerana Allah Taala.
CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN :
Rukun
|
Wajib
|
Sunat
|
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum
syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji
atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan
perkara-perkara yang dilarang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan
bebanan jemaah haji.
Dam terbahagi kepada
4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir
takdil.
JENIS-JENIS DAM
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut
susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih
atau diganti.
|
1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara
qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang
berkaitan ibadat haji
|
§ Menyembelih seekor kambing
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa 10 hari , 3 hari di Makkah
dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
|
7) Tidak melakukan tawaf wida'
|
§ Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’
hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
|
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
2) Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh
ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan
masing-masing
|
1) Melakukan persetubuhan
sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
|
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih seekor Unta
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih seekor Lembu
Sekira tidak mampu
§ Menyembelih 7 ekor kambing
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan nilai harga unta
dan disedekahkan kepada fakir miskin.
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan
cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
|
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
|
§ Menyembelih seekor kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan nilai harga kambing
dan bercukur
Sekira tidak mampu
§ Membeli makanan dengan harga kambing
disedekahkan kepada akir miskin
Sekira tidak mampu
§ Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan
cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
|
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut
pilihan sendiri (takhyir)
|
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
|
§ Menyembelih seekor kambing dan
disedekahkan kepada fakir miskin
Atau
§ Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam
orang fakir miskin
Atau
§ berpuasa selama 3 hari
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya
bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan
harga sebanding.
|
1) Berburu binatang darat.
2) Menebang,
memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
|
§ Menyembelih binatang ternakan yang
sebanding dengan binatang buruan itu.
Atau
§ Membeli makanan dengan nilai harga binatang
buruan itu.
Atau
§ Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang
dibeli dengan harga binatang buruan itu
|
BERMALAM DI MUZDALIFAH
|
Jemaah haji
wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah
selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
1.
Ihram di Miqat
2.
Bermalam di Muzdalifah
3.
Melontar Jamrah Al-Aqabah
4.
Bermalam di Mina
5.
Melontar ketiga-tiga jamrah
6.
Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram
(MIQAT)
Miqat bermaksud
sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.
Miqat terbahagi
kepada 2 :
a) Miqat
Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula
dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap
tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.
b) Miqat
Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan di sekeliling
Mekah untuk ihram haji. MIQAT MAKANI
1) Yalamlam
– bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya
adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2) Zulhulifah
– bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak
lebih kurang 450 km dari Mekah.
3) Juhfah
– Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan
Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4) Qarnul
Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd.
Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5) Mekah
(dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.
(BERMALAM DI MUZDALIFAH)
Jemaah haji wajib
berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah
selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
(BERMALAM DI MINA)
Ertinya berada lebih
dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan
13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH)
Melontar ketiga-tiga
jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing
dengan tujuh biji batu.
Waktu bagi melontar
ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu melontar
bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada
13 Zulhijjah.
Waktu yang paling
afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
SYARAT-SYARAT
MELONTAR
1. Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau
berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2. Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu,
mencampak ataupun membuang
3. Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5. Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan
yakin
6. Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula
- D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada
Jamrah Al-Aqabah.
7. Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12
Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian
jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.
(MELONTAR JAMRAH
AQABAH)
Ertinya melontar 7
biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan
hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar
di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji)
hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada
10 Zulhijjah
(BERCUKUR)
Bercukur bererti
menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di
kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah
selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)