Wahai Allah, kami datang memenuhi panggilanMu..
Tiadalah sekutu untukMu, segala puji dan kuasa untukMu..
Kami meraba tanpa cahaya, kami yang lupa hina dan papa..
Di hadapanMu yang Maha Indah, di hadapanMu yang Maha Mulia..
Ya Allah berkatilah perjalanan suamiku *MOHD SYUKRI HAFIDZ BIN ABDUL LATIF* dalam menyahut panggilanMu..rahmatilah dia kerana dia adalah syurga bagiku dan zuriat cinta kami yang sangat baik dan penuh ihsan kepada kami..kurniakanlah haji yang mabrur kepadanya..permudahkanlah segala urusan sepanjang perjalanannya ke jalanMu Ya Allah..terimalah taubatnya, kabulkanlah hajatnya, peliharalah iman, jiwa dan hatinya..peliharalah kesejahteraan hidupnya..ganjarilah dia dengan syurga firdausiMu dan jauhilah dia drpd azab nerakaMu..Ya Allah, siramilah dia dengan kasih sayangMu kerana dia adalah syurga untukku..aku pohon padaMu Ya Allah..terimalah doa daripada hambaMu ini..
HambaMu,
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN
MUHAMMAD THAQYF HAFIDZ
MUHAMMAD SAFWAN HAFIDZ
Putrajaya, Malaysia
Jumaat, 09.09.2016
No comments:
Post a Comment