Friday 2 September 2016

panggilan Haji

JENIS-JENIS HAJI

HAJI IFRAD
Haji ifrad ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji, kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal daripada haji-haji lain.
  Niat haji ifrad :
نَوَيْت الإِحْرَامُ بالْحَجَّ َ لِلّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya :
Rukun
Wajib
Sunat


HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah.
CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK
Rukun
Wajib
Sunat
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK
1.           Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
2.           Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji.
3.           Waktu ihram yang pendek.

KEKURANGAN HAJI TAMATTUK
1.           Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad
2.           Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda).
PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK
Haji Ifrad
Haji Tamattuk
Mengerjakan haji dalam bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah
Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.
Tidak dikenakan dam
Dikenakan dam
Lebih afdal
Kurang fadhilat
HAJI QIRAN
Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara serentak dengan bernaiat ihram kedua-duanya sekali.
  Niat haji qiran :
نَوَيْتُ الْحَجَّ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهِمَا لِلّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji dan umrah kerana Allah Taala.
CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN :

Rukun
Wajib
Sunat
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan bebanan jemaah haji.
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
§     Menyembelih seekor kambing
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa 10 hari ,  3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
7) Tidak melakukan tawaf wida'
§    Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
2) Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih seekor Unta
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih seekor Lembu
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih 7 ekor kambing
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
§     Menyembelih seekor kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada akir miskin
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
§     Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin
Atau
§     Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin
Atau
§    berpuasa selama 3 hari
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
1) Berburu binatang darat.
2)   Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
§     Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu.
Atau
§    Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu.
Atau
§    Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu

BERMALAM DI MUZDALIFAH     
  Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
1.           Ihram di Miqat
2.           Bermalam di Muzdalifah
3.           Melontar Jamrah Al-Aqabah
4.           Bermalam di Mina
5.           Melontar ketiga-tiga jamrah
6.           Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram

(MIQAT)
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

Miqat terbahagi kepada 2 :
a)      Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.

b)      Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan di sekeliling Mekah untuk ihram haji. MIQAT MAKANI
1)      Yalamlam – bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2)      Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.
3)      Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4)      Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5)     Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.

(BERMALAM DI MUZDALIFAH)
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.

(BERMALAM DI MINA)
Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

(MELONTAR JAMRAH)
Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh biji batu.

Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT MELONTAR
1.      Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2.      Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3.      Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4.      Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5.      Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6.      Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7.      Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.

(MELONTAR JAMRAH AQABAH)
Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.

Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah

(BERCUKUR)
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.



No comments:

Post a Comment