Wednesday, 9 November 2011

MACAROON

 Assalamualaikum
 
Since dah ramai demam Macaroon, saya nak share resepi yang digodek2 daripada rumah sista Ita..mohon copy yea sis...
 
MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
nutella - inti
 
Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.
Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan







Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.



Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!


Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!

No comments:

Post a Comment