Assalamualaikum...
tajuk entry tak hengat yea..hurmmmmm
Sebenarnya keluarga mertua saya ni lain sikit..i mean pepokoknya bukan perangainya..senang cerita, kakak ipar saya tu dah macam mak mertua since my MIL dah lebih 19 tahun meninggal (Al-fatihah)..
Apa yang buat saya terharu dengan keluarga mertua ni adalah penerimaan mereka terhadap saya to be part of their family..sampaikan besan2 SIL saya ni pun kenal mesra dengan saya..boleh kata tiap kali balik Terengganu, mesti kunjung-mengunjung..
baru2 ni, kak long (panggilan kami suami isteri) datang Putrajaya..2malam juga di rumah kami..kak long nak mziarah keluarga dan kebetulan pulak Sohpian (anak sedara kami) & isterinya Liza serta Hawwa (cucu Tok Su & Cik Su) pulang ke Semenanjung sempena cuti sekolah..sebab walid & umi Hawwa ni ustaz/Ustazah kat sekolah menengah di Igan, Sarawak..pedalaman..harus dapat elaun susah hati..
lagipun salah seorang anak kak long - Hamzah ni keje di Western Digital kat PJ tu..so, selalunya kalau kak long datang, memang stay di rumah kami..Hamzah pun akan bermalam sama jugak..so, baru2 ni meriahlah rumah kami...
bila dah bergelar isteri ni, bab paling ketara sekali kena belajar & improve adalah MASAK..walaupun bukan pakar & tak menguasai banyak resepi hebat tapi saya tetap mencuba..alhamdulillah, mereka sempat la merasa homemade dishes di rumah kami..Hawwa pun rajin menolong..TQ hawwa..
bila tengok anak2 sedara & cucu sedara makan, rasa seronok sangat..suami pun senyum dan banyak kali ucap terima kasih..sebagai isteri, apa lagi yang diperlukan selain daripada penghargaan suami terhadap kewajipan isteri kerana penghargaan itu bisa meleraikan penat lelah isteri..penat bukan kerana beban tapi kerana ikhlas dan bersungguh2 untuk terus mengeratkan keharmonian sekeluarga..
Betulla kata orang berpengalaman dalam rumahtangga, masakan isteri/suami tu kuasa magis yang tiada tandingannya..kerana dengan masak, mereka akan sentiasa teringatkan kita..paling manis, sebab masakan kita tu disebut2 selalu..wallahua'lam
kerna itu, xsabar nak explore lebih banyak resepi..
HOME IS WHERE HEART BELONGS
No comments:
Post a Comment