Wednesday, 30 November 2011

colmar tropicale in d house - PART II

Assalamulaikum...

Fi awwal kalam..

part II ni lebih pada sepanjang nak menghabiskan hari sabtu tu..tapi puas jugalah berjalan..mmg best sb suasananya sangat berbeza..bisa mencuit sisi romantis manusia...

ok la..kita layan gambar2 yang sempat di snap...














colmar tropicale in d house - PART III

feel the scenery








colmar tropicale in d house - PART I

Assalamualaikum..

konon2 nak bersiaran secara langsung daripada Bukit Tinggi sempena Sambutan ma'al Hijrah, tapi apakan daya, hajat tak kesampaian dek kekangan masa..

Plan nak gerak daripada umah (putrajaya) around 10-11am..tapi dok ralit mengemas rumah segala sambil tu tgk LEMONADE MOUTH hehehe, kami grk selepas zuhur terlajak2 sikit arond 3pm jugal baru tayar bergolek...

Alhamdulillah, perjalanan pun ok..kami lalu MEX then terus ke highway UIAM (haruslah kan hehehe...alma mater)..singgah sebentar di BP sb nak tapau (makan) di dunkin' donut..ingatkan nak makan dalam kete OTW ke Bukit Tinggi tapi xkesampaian jugak sb encik suami goda isterinya time2 tu jugak..lastly, kami makan dalam kereta jugak tapi kat BP tu...aduhai..makan la jugak..habis..

teruskan perjalanan & malas nak snappy..nak cepat sampai je...

lepas je keluar terowong sempadan selangor-pahang, kereta2 kat depan semuanya BERHENTI bukan PERLAHAN..sejam lebih jugakla kami suami isteri berkaraoke sementara nak tunggu turn..

alhamdulillah, akhirnya kami sampai di guard house setelah melalui perjalanan mendaki yang agak mencabar esp bila cuaca mulai gelap/hujan..Entrance fee per person --> Adult (RM12), children (RM6) & kalau night stay (RM6 tapi hotel akan refund masa check-out).


so, sampai Colmar pun around 5pm..barang kami mmg dah pack siap2 dalam bagpack masing2 so, sandang beg dan terus menuju ke reception counter..tunggu dalam 15minit (xterasa pun sebab sambil2 tu dok kagum dgn keindahan colmar)..

......BERSAMBUNG......mari layan pictures







parking basement

sekian dahulu...

Friday, 25 November 2011

tentang DHIA-zikir

Tajuk Lagu: Dia Untukku (OST Tentang Dhia TV3)
Artis: Adi Putra
Sejak bertemu engkau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu cintamu
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi
Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai
Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi
Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai
Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Wednesday, 23 November 2011

BMI

Assalamualaikum..

ERMMMMMM....

dah check BMI?
Bila last time check BMI?
Ok tak BMI?

last sunday before I went to Seremban (Klana Resort), my husband and I went to Ampang Hospital for some family matters..we accompanied SIL..

then, when I walked at the lobby, I saw ONE MACHINE..it's so caught my eyes + attention..Tadaaaa..the measurement machine..it cost 40cent to measure your BMI..

Asked him for 40cent...the machine is function and these are the result:

WEIGHT : 44.5kg
HEIGHT : 153 cm
BMI : 19.0
v
v
v
v
v
v

NORMAL

  • Enter your weight and height using standard or metric measures.
  • Select "Compute BMI" and your BMI will appear below.
View Standard MeasurementsMetric Measurements
(centimeters)
(kilograms)

BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater





Alhamdulillah...

TAHNIAH!!! HARIMAUUUUUUUUUUUU MUDA - PART 4

HABUAN JINAK GARUDA 
sumber - metro

KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.
Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.

“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.
Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.

Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.

Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.
Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

TAHNIAH!!! HARIMAUUUUUUUUUUUU MUDA - PART 3

Assalamualaikum..

masih panas..masih hangat..masih relevan untuk diperkatakan..
kejayaan Harimau Muda membaham Garuda menjadi topik paling energetic untuk diperkatakan...masing-masing punya penilaian sendiri..namun, yang pasti semuanya penilaian postif dna optimis dengan masa depan tonggak Harimau Muda sekaligus memartabatkan bola sepak negara di persada dunia..di Asia Tenggara, kehebatan Harimau Muda telah dibuktikan..nah!!! apa lagi yang hendak dipersoalkan..

paling annoying (pada saya) bula, Doping Control Team menyerbu Harimau Malaya sejurus kemenangan diperolehi iaitu sebaik sahaja bola yang disepak oleh Captain Baddrol bergolek2 manja menuju ke gawang lawan biarpun sempat ditepis oleh Meiga (saya suka dia..penampilan & fizikal xnampak macam atlet tapi ketinggian dan tangan yang panjang mmg cocok dengan posisi beliau).

hurrmm..kali ini target Doping Control Team adalah Captain Baddrol, Asraruddin Putra Omar (terbaik gaya kamu score.low angle-headed tuuu) & Zubir Azmi..sebabnya?sebab dema2 ni berlari tak henti2..apa ke bangangnya mereka ni..mestilah mereka lari  sungguh2 sebab nak kejar bola sebab nak golkan bola sebab nak menang sebab nak mempertahankan pingat emas..tak reti2 ke????kalau iya pun, NOT JUST AFTER BADDROL'S GOLDEN-WINNING GOAL laaaaa....

tak hagak2 la depa ni..muka masing2 dah macam @#$%^&*( ...mmg den emo..

lagi satu part, TV3 mmg terbaik sebab apa terbaik..sebab mereka siarkan moment lagu Negaraku berkumandang di mana jelas kedengaran suara2 jantan barisan Malaysia yang gagah berdiri atas podium while facing the flag...tak susah pun kan..tak nak berdiri sudah..kami xrugi..kamu kamu kamu semua yang rugi..hello, satu Malaysia nampak betapa kamu xde semangat kesukanan okey!!!! itu baru satu Malaysia..ntah2 ada ramai lagi insan2 di sana sini menonton..Nauzubillah, Malaysian begitu..

itulah serba sedikit luahan hati saya.

Sekian.

KELUARGA MERTUA & IPAR DUAI

Assalamualaikum...

tajuk entry tak hengat yea..hurmmmmm

Sebenarnya keluarga mertua saya ni lain sikit..i mean pepokoknya bukan perangainya..senang cerita, kakak ipar saya tu dah macam mak mertua since my MIL dah lebih 19 tahun meninggal (Al-fatihah)..

Apa yang buat saya terharu dengan keluarga mertua ni adalah penerimaan mereka terhadap saya to be part of their family..sampaikan besan2 SIL saya ni pun kenal mesra dengan saya..boleh kata tiap kali balik Terengganu, mesti kunjung-mengunjung..

baru2 ni, kak long (panggilan kami suami isteri) datang Putrajaya..2malam juga di rumah kami..kak long nak mziarah keluarga dan kebetulan pulak Sohpian (anak sedara kami) & isterinya Liza serta Hawwa (cucu Tok Su & Cik Su) pulang ke Semenanjung sempena cuti sekolah..sebab walid & umi Hawwa ni ustaz/Ustazah kat sekolah menengah di Igan, Sarawak..pedalaman..harus dapat elaun susah hati..

lagipun salah seorang anak kak long - Hamzah ni keje di Western Digital kat PJ tu..so, selalunya kalau kak long datang, memang stay di rumah kami..Hamzah pun akan bermalam sama jugak..so, baru2 ni meriahlah rumah kami...

bila dah bergelar isteri ni, bab paling ketara sekali kena belajar & improve adalah MASAK..walaupun bukan pakar & tak menguasai banyak resepi hebat tapi saya tetap mencuba..alhamdulillah, mereka sempat la merasa homemade dishes di rumah kami..Hawwa pun rajin menolong..TQ hawwa..

bila tengok anak2 sedara & cucu sedara makan, rasa seronok sangat..suami pun senyum dan banyak kali ucap terima kasih..sebagai isteri, apa lagi yang diperlukan selain daripada penghargaan suami terhadap kewajipan isteri kerana penghargaan itu bisa meleraikan penat lelah isteri..penat bukan kerana beban tapi kerana ikhlas dan bersungguh2 untuk terus mengeratkan keharmonian sekeluarga..

Betulla kata orang berpengalaman dalam rumahtangga, masakan isteri/suami tu kuasa magis yang tiada tandingannya..kerana dengan masak, mereka akan sentiasa teringatkan kita..paling manis, sebab masakan kita tu disebut2 selalu..wallahua'lam

kerna itu, xsabar nak explore lebih banyak resepi..

HOME IS WHERE HEART BELONGS

TRIFFLE...

Assalamualaikum..

Sambil2 nak post dan pikir macamana naka siapkan karangan tentang kejayaan Harimau Muda, tiba-tiba teringat TRIFFLE..ni la contoh2 kenapa triffle tu sangat menggoda daku..adussss..tapi ni semua pic. dariapda GOOGLE..





Alkisahnya, selepas sekian lama memendam rasa, akhirnya ku realisasikan jua keinginanku untuk bertriffle..jenuh la godek2 si google ni mencari resepi yang pada penilaian sendiri logik akan bahan2 & cara membuatnya..

Sudahnya, masa cuti raya Haji baru ni triffle ku bergodeng2 dalam proses..tapi xde gambar sebab.......
nak concentrate hahahaha (poyo punya penyataan)

Alhamdulillah..ok la for the 1st try..bahan2 pun senang dapat di Econsave Batang Kali..

ni, try usha Pavlova & Macaron pulak..InsyaAllah..

TAHNIAH!!! HARIMAUUUUUUUUUUUU MUDA - PART 2


TAHNIAH!!! HARIMAUUUUUUUUUUUU MUDA - PART 1

Assalamualaikum..

rasanya masih tak terlewat untuk ucapkan MILLIONS CONGRATULATION kepada skuad HARIMAU MUDA aaummmmmmm..

Tahniah Malaysia kerana berjaya mempertahankan pingat EMAS buat kali yang kedua selepas Malaysia menumpaskan Laos semasa Sea Games ke-25 pada 2009 yang lalu..

Kini, Harimau Muda Malaysia BISA membaham SANG GARUDA di tempat sendiri..bukan sekali..tapi DUA KALI PERLAWANAN..

Semua penonton boleh nampak dan boleh nilai bagaimana semua tonggak utama HARIMAU MUDA bertungkus lumus semasa perlawanan akhir sehingga perlawanan diheret ke penentua sepakan penalty..memang hebat..Rasa macam nak pecah dada..berdebar2 mengalahkan masa nak kawin hehehe..

TERIMA KASIH BADDROL, TERIMA KASIH FAHMI APEK..TERIMA KASIH SEMUA....
(rasa macam xnak terima kasih kat FAKRI je.yuckssss)


 BADDROL BAKHTIAR - captain & pemain yang paling rajin membuat hantaran

 KHAIRUL FAHMI aka APEK - goalkeeper terhebat

 SYAHRUL AZWARI - umur 18thn tapi lari kencang

 IZZAQ FARIS RAMLAN - pemain muda yang hebat & penggempur digeruni

 NAZMI FAIZ MANSOR - xsia2 kamu tangguhkan exam SPM..goog job sweet 17

GOLD is OURS

 NEGARAKU
(lantak pi la pada manusia2 yang dengki tu..go MALAYSIA go)


ONG KIM SWEE - ni la sebenarnya tonggak utama kejayaan HARIMAU MUDA
(tang kena buang padang tu mmg moment paling diingati)

TITUS BONAI yang ntah apa ritualnya tiap kali dapat sepakan percuma & corner kick, mesti nak nak sentuh2 jaring gawang Malaysia. Physco giler..dia lagi banyak masuk gol daripada bola hehehe
tapi TABIK SPRING ar kat BONAI sebab dia adalah satu2nya barisan INDONESIA yang bersalam dengan pemain Malaysia selepas tamat perlawanan..

bersambung...