Wednesday, 27 April 2011

tudung -antara tuntutan dan fesyen...

Assalamualaikum...

tudung..ermmm, pasti semua sedia maklum apa itu TUDUNG kan..tudung=sebahagian drpd pakaian untuk menutup aurat wanita Islam..Sesungguhnya, perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah WAJIB sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

this entry xde la nk berceramah pjg cuma nak berkongsi pandangan tentang tuntutan nan satu ni..bila nk keluar/pergi keje mesti akan sibuk2 matching baju n tudung {biasala kan kan kan *sigh*}..tiap kali tu jugak rasa dh xde baju n tudung lagi {lagi la biasa kan kan kan}..tp aku selalu ingatkan diri..dalam pada nk berpakaian ni, biarlah selaras dengan tuntutan agama..Tutup aurat n labuhkan di bahagian dada..cuba sebaik mungkin..xmau pakai pakaian yang menampakkan sosok badan n keterlaluan..

jumpsuit

long dress
Berfesyen?xsalah..sapa kata, bila bertudung fesyen terhad..la ni, dengan peredaran zaman serta evolusi fesyen Muslimah yang kebaboom, bayak pihak dh mula sedar akan tjawab ni..so, impak secara langsungnya, banyakla, orang cerdik pandai dalam bisnes ni melaburkan jutaan wang simpanan mrk untuk market pelbagai produk tudung..tanya la mana2 wanita Islam ttg NAJJAH, ARIYANI, HAJABA..sure dh terbayang2 pelbagai produk tudung/selendang/shawl yang pelbagai rekaan, warna n corak..semua tu wujud kenapa?sb kita dah mula sedar n berani untuk tampil bertudung yang menutup aurat secara total..bukan takat tutup rambut tp tekak/leher n dada ditayang tanpa segan..

tu diaa..siap appoint ekin jd duta lagi...

skrg ni pun, dh ramai artis muda bertudung..sempurna atau tidak, kita xlayak menilai.sekurang2nya ALLAh SWT pilih mereka ini untuk menikmati manisnya IMAN..untuk tatapan n rujukan, ni ada beberapa pic artis yang bertudung n tetap laku dalam industri hiburan..sesungguhnya setiap eprbuatan mestilah dengan niat {Innama 'akmalu binniyyat}..jom layan..{turutan pic xmgambarkan apa2..random upload}









p/s: ini cuma pandangan peribadi shj..terpulang pada penilaian individu..wassalam...

No comments:

Post a Comment