Assalamualaikum..
salam sejahtera daripada tanah Palm Garden..
Kekenyangan melanda sambil menikmati presentation dalam kesejukan air-cond memang mengasyikkan..
hurmmmm..last weekend memang hactic dengan pelbagai jadual sama ada daripada pihak suami mahupun isteri..
yang pasti, isteri sudah mula merasakan perubahan yang lebih ketara terutamanya dalam bab memilih pakaian seharian serta speed berjalan semasa..
suami juga telah turut perasan akan perubahan yang melanda isteri..
yang pasti, baju2 kurung hasil koleksi lama2 isteri telah mula disisihkan..hanya yang selesa di perut isteri akan dipakai secara berselang-seli atau dalam kata lain lebih kerap..
tapi kerna tubuh badan isteri yang sebelum ini memang kecil wpun makan banyak, makanya perubahan isteri sukar dikesan oleh orang luar..cumanya fizikal wanita hamil ni tetap nampak lain wpun bump belum jelas kelihatan..percayalah..
sudahnya, saiz seluar slack isteri telah berubah status iaitu daripada S ke M (as at now)...
koleksi t-shirt isteri yang terhad itu juga telah direject olehe tubuh badan..kalau ada pun, ada laa sehelai dua yang masih boleh disarung tp itu secara jelas dan nyata akan kelihatan spt isteri nak menunjuk2 akan bumpnya itu..so, no more t-shirt..
as solution, isteri membeli blouse yang lebih longgar, selesa dan tidak menyesakkan mata orang lain..alhamdulillah, suami juga menyokong tindakan isteri..sejuk hati bila suami ucapkan terima kasih kepada isteri kerana isteri pandai memelihara maruah dan harga diri sekaligus memelihara maruah dan menghargai harga diri suami...[u are most welcome syg!!!]..
dek kerana faktor bump masih belum jelas kelihatan, makanya ramai la yang tak percaya si isteri ini sedang hamil 20 minggu..mula2 isteri rasa ok tp kadang2 hati isteri sedikit terusik..bunyi xpercaya itu nampak seperti isteri ni dok mereka2 cerita akan usia kehamilannya..sedangkan itulah hakikatnya..
dah kerana bump masih belum jelas kelihatan, makanya isteri masih lagi belum membeli dan memakai uniform [baju untuk wanita hamil]..tapi semalam seusai isteri menemani suami bekerja, suami membawa isteri berjalan2 dengan tujuan untuk membeli long skirt yang lebih sesuai dan selesa dengan keadaan fizikal isteri sekarang..alhamdulillah..tujuan memcapai maksud...isteri berjaya membeli sehelai long skirt [free size] yang buat masa sekarang ni sedang elok disarung tapi untuk minggu2 yang akan datang, rasanya isteri kena beli long skirt yang lain..isteri juga dengan persetujuan suami berjaya membeli sehelai baju labuh yang seakan2 jubah dengan size 42!!!..isteri sendiri terkejut dengan pemilihan size itu sb biasanya isteri beli pakaian ready-made ni dengan size 34 atau 36..tapi dengan keadaan perubahan fizikal sekarang, isteri lebih selesa memilih pakaian yang boleh dipakai bukan disarung..sudahnya size 42 bertukar tangan menjadi milik isteri..
sekarang, isteri sudah tidak berapa selesa memakai baju kurung..bajunya ok tapi bab kainnya boleh menimbulkan rasa yang amat2 tidak selesa pada isteri dan juga pada baby [hehhee]..suami selalu berpesan pada isteri, pakailah pakaian yang isteri selesa asalkan bersesuaian dengan suasana kerja..[terima kasih suami]..
dengan itu, isteri sudah mula memanjangkan pandangan tika berjalan2, kot2la ada pakaian2 yang sesuai dengan keadaaan isteri sekarang..apatah lagi dengan keadaan di mana isteri sudah mula merasakan pergerakan manja daripada baby dalam kandungannya..suami juga turut merasainya..[subhanallah..terima kasih ya Allah]..
morale of the story : hanya saya dan suami faham keadaan ini..makanya, saya berasa amat beruntung kerna dikurniakan suami yang memahami..sama ada nampak atau tidak, beruniform atau tidak, saya letakkan keadaan itu pada masa..untuk suami, WE LOVE YOU SO MUCH..
No comments:
Post a Comment