Wednesday, 28 March 2012

dah nampak dah baby bergerak...

Bukan sekadar merasainya, tapi kini kami diberi kesempatan untuk melihatnya..
Biarpun hanya pergerakan kecil namun ia semakin kerap dan dapat dilihat dengan jelas.

Syukur Ya Allah kerana memberikan hamba kesempatan dan anugerah ini..

Terima kasih hubby kerana memberikan syg peluang ini..

Terima kasih baby kerana memberikan mummy rasa ini..

Monday, 26 March 2012

sgt kreatif


20 - 21

week 20


week 21

xnampak vs uniform

Assalamualaikum..

salam sejahtera daripada tanah Palm Garden..

Kekenyangan melanda sambil menikmati presentation dalam kesejukan air-cond memang mengasyikkan..

hurmmmm..last weekend memang hactic dengan pelbagai jadual sama ada daripada pihak suami mahupun isteri..

yang pasti, isteri sudah mula merasakan perubahan yang lebih ketara terutamanya dalam bab memilih pakaian seharian serta speed berjalan semasa..

suami juga telah turut perasan akan perubahan yang melanda isteri..

yang pasti, baju2 kurung hasil koleksi lama2 isteri telah mula disisihkan..hanya yang selesa di perut isteri akan dipakai secara berselang-seli atau dalam kata lain lebih kerap..

tapi kerna tubuh badan isteri yang sebelum ini memang kecil wpun makan banyak, makanya perubahan isteri sukar dikesan oleh orang luar..cumanya fizikal wanita hamil ni tetap nampak lain wpun bump belum jelas kelihatan..percayalah..

sudahnya, saiz seluar slack isteri telah berubah status iaitu daripada S ke M (as at now)...
koleksi t-shirt isteri yang terhad itu juga telah direject olehe tubuh badan..kalau ada pun, ada laa sehelai dua yang masih boleh disarung tp itu secara jelas dan nyata akan kelihatan spt isteri nak menunjuk2 akan bumpnya itu..so, no more t-shirt..

as solution, isteri membeli blouse yang lebih longgar, selesa dan tidak menyesakkan mata orang lain..alhamdulillah, suami juga menyokong tindakan isteri..sejuk hati bila suami ucapkan terima kasih kepada isteri kerana isteri pandai memelihara maruah dan harga diri sekaligus memelihara maruah dan menghargai harga diri suami...[u are most welcome syg!!!]..

dek kerana faktor bump masih belum jelas kelihatan, makanya ramai la yang tak percaya si isteri ini sedang hamil 20 minggu..mula2 isteri rasa ok tp kadang2 hati isteri sedikit terusik..bunyi xpercaya itu nampak seperti isteri ni dok mereka2 cerita akan usia kehamilannya..sedangkan itulah hakikatnya..

dah kerana bump masih belum jelas kelihatan, makanya isteri masih lagi belum membeli dan memakai uniform [baju untuk wanita hamil]..tapi semalam seusai isteri menemani suami bekerja, suami membawa isteri berjalan2 dengan tujuan untuk membeli long skirt yang lebih sesuai dan selesa dengan keadaan fizikal isteri sekarang..alhamdulillah..tujuan memcapai maksud...isteri berjaya membeli sehelai long skirt [free size] yang buat masa sekarang ni sedang elok disarung tapi untuk minggu2 yang akan datang, rasanya isteri kena beli long skirt yang lain..isteri juga dengan persetujuan suami berjaya membeli sehelai baju labuh yang seakan2 jubah dengan size 42!!!..isteri sendiri terkejut dengan pemilihan size itu sb biasanya isteri beli pakaian ready-made ni dengan size 34 atau 36..tapi dengan keadaan perubahan fizikal sekarang, isteri lebih selesa memilih pakaian yang boleh dipakai bukan disarung..sudahnya size 42 bertukar tangan menjadi milik isteri..

sekarang, isteri sudah tidak berapa selesa memakai baju kurung..bajunya ok tapi bab kainnya boleh menimbulkan rasa yang amat2 tidak selesa pada isteri dan juga pada baby [hehhee]..suami selalu berpesan pada isteri, pakailah pakaian yang isteri selesa asalkan bersesuaian dengan suasana kerja..[terima kasih suami]..

dengan itu, isteri sudah mula memanjangkan pandangan tika berjalan2, kot2la ada pakaian2 yang sesuai dengan keadaaan isteri sekarang..apatah lagi dengan keadaan di mana isteri sudah mula merasakan pergerakan manja daripada baby dalam kandungannya..suami juga turut merasainya..[subhanallah..terima kasih ya Allah]..

morale of the story : hanya saya dan suami faham keadaan ini..makanya, saya berasa amat beruntung kerna dikurniakan suami yang memahami..sama ada nampak atau tidak, beruniform atau tidak, saya letakkan keadaan itu pada masa..untuk suami, WE LOVE YOU SO MUCH..

Thursday, 22 March 2012

ucapkanlah --> dedikasi buat yang disayangi SYUKRI HAFIDZ

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpa di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan

Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia

fidyah

Fidyah

Cetak
PDF

Golongan yang dikenakan fidyah

BilGolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasaFidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinyaWajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari.

Pengiraan Fidyah (beras)

1 gantang baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.

kedudukan uri di bawah semasa kehamilan

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu? Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim. Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.
“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.
Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.
Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.
Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.
Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.


- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).
Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.


- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.


a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).


b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.


Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:
- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.
Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

zakat KWSP

Zakat KWSP

Cetak
PDF
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu" (At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya, melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50 ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat jalannya, adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).

Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara.

Contoh:
Jumlah pengeluaran = RM 20,000
Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 500

11,060.59 2.5% =276.51

zakat pendapatan

Zakat Pendapatan

Cetak
PDF

Takrifan Zakat Pendapatan

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:

RMRM
Cara 1Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000.00 x 2.5%750
Cara 2Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun)30,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri8,000
2. Isteri3,000
3. Anak 4 orang x RM1,0004,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12)1,200
5. KWSP (contoh: 11%)3,300
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)900
Jumlah Tolakan20,400
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)9,600
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%240
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)20


sumber : PPZ

Wednesday, 21 March 2012

Antenatal Class

Assalamualaikum..

Dalam-dalam dok melayan morning sickness ni, hati dan aqal terus bekerjasama..Alhamdulillah..hati dan aqal mencari yang terbaik buat kami berdua..InsyaAllah..

Dalam pada dok browsing internet, cari2 info ttg pregnancy ni, sempat jugak la servey Antenatal Class..macam2 jenis ada..lastly, setelah menimbangtara pelbagai aspek, saya decide nak propose dekat hubby kelas antenatal yang dianjurkan oleh DEMC..

sebabnya kalau boleh, tak mau la attend kelas during weekdays..Alhamdulillah, last week dah call person-in-charge ni..tanya la juga ttg beberapa info berkaitan..Alhamdulillah, hubby pun setuju..jadinya, berdasarkan kepada jadual, we decided to attend antenatal class on  22nd April 2012 ni insyaAllah..sb kalau ikut perkiraan, on that time, I'm 24 weeks of pregnancy =)..tapi, xbuat payment lagi hikhik..

here are, some info pertaining to the class..enjoy..



New Session Antenatal Class 2012

  • 29th January 2012
  • 26th February 2012
  • 25th March 2012
  • 22nd April 2012
  • 27th May 2012
  • 24th June 2012
  • 26th August 2012
  • 9th September 2012
  • 30th September 2012
  • 21st October 2012
  • 25th November 2012
  • 16th December 2012

Itinerary

8.30 am - 9.00 amRegistration & Ice-breaking Session
9.00 pm - 9.45 amNutrition During Pregnancy” by Nutritionist
9.45 am - 10.45 amPregnancy & Labour Process” by O&G Consultant
10.45 am - 11.00 amTea Break
11.00 am - 11.30 amPain Relief” by Anaesthetist
11.30 am - 12.30 pmCare of Newborn” & “Effective Baby Massage ”by Paediatrician
12.30 pm - 1.00 pmHospital Tour to Labour Room, Operation Theatre & Maternity Ward
1.00 pm - 2.00 pmLunch Break & Solat
2.00 pm - 2.30 pmActivities & Games
2.30 pm - 4.00 pmSuccessful Breastfeeding “ by Pn. Jasmeen Tay Abdullah
4.00 pm - 5.00 pmBreathing Techniques During Labour” by Physiotherapist
5.00 pm - 5.30 pm"The Importance of Post Natal Care"
5.30 pmAdjourn

* Registration Fee: Only RM 120/ couple (inclusive of 4 meals)
* Venue: Level 1, Kayangan Hall DEMC Specialist Hospital Shah Alam
Payment also can be made thru :
MAYBANKAccount No : 1621 0698 4958

Kindly fax/ email your transaction receipt with your detail to us at:
(Attention: Cik Lydea / Cik Raihan) for record and issuance of DEMC official receipt.sumber : antenatal classes 2012