Friday, 25 March 2011

SEMUA ITU MEMBUAT HATIKU.........

Assalamualaikum...

Mengambil berkat waktu rehat hari jumaat y panjang ni, aku muhasabah diri..tengok orang lain, hati mula terusik..lately, memang mudah terusik esp. bila menyentuh bab:

1) Cahayamata - bila ramai ya tanya 'dah berisi ke?', 'xde pape lagi ke?', 'bila nk dapat baby?'..ayoooo, rasa macam disiat je hati nan sekeping ini..siapa y xmahukan zuriat, cahayamata y xterhingga nilainya..kami suami isteri hanya senyum {wpun agak kelat} bila berdepan dgn situasi ini..Isbir!! Isbir!!..

anak kan anugerah drNya =)

2) Sambung belajar - bila tengok kawan2 dah ramai habis wat Master atau sedang sambung Master, rasa macam nak putar je masa..nak accept je offer dr IIUM dulu..tapi masa tu kena pilih antara accept offer keje atau offer sambung belajar..cumanya bila dah 3 tahun kerja dan dah mengikut sunnah Nabi SAW y satu ni, hati semakin berkobar2 nak further study..skrg pun dah mula survey2..Mg dipermudahkan segalanya..

The Garden of K/ledge & Virtue

3) Mekah - yang ni mmg idaman dan impian aku dari dulu lagi..cumanya belum ada peluang lagi..insyaallah, semoga diizinkan untuk menjadi tetamu ALLAH SWT..bila tengok kawan2 n sedara mara g umrah, g haji, Masyaallah, hati ni dup dap dup dap..berdoa semoga dibentangkan peluang dan ruang untuk ke SANA..Insyaallah, aku nak selesai satu2 perkara dulu..Kalo niat kita baik, insyaallah, pasti ada ganjarannya..Ameeen..

Baitullah..

Anyway, ni je la antara yang selalu buat hatiku terusik, tersentuh...tapi itu semua y positive..yeah!!!!aku pun dah berbincang dgn Mr. Hubby..insyaallah, kami akan merencana setiap perkara ini dengan sehabis baik..Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kami fid dunya wal akhirah...Ameeeen...

p/s : dalam hidup ni kita kena ada matlamat, kena ada objektif, kena ada halatuju..kita kena tau apa yang kita hendak dalam hidup...sebab di pengakhiran hidup kita nanti, itulah yang akan menjadi kenangan kita di dunia ni..ni semua ingatan utuk diri sendiri jugak...

No comments:

Post a Comment