Assalamualaikum..


bengkak susu atau demam susu ni biasanya dialami oleh ibu-ibu semasa peringkat awal selepas melahirkan anak..

saya pernah baca satu artikel (lupa source) yang menyatakan bahawa bengkak susu yang dialami oleh ibu-ibu berlaku kerana badan masih belum tune how much milk that the baby needs per feeding..so, semakin kerap ibu direct feeding (DF), semakin banyak production susu ibu..teori ekonominya, demand and supply..

let me share my experience..
saya ni bukan datang daripada keluarga y memberi penekanan tentang exclusively/fully bf..biasanya baby bagi susu botol (refer to formula milk=FM)..saya kena bengkak susu masa hari ke 18 selepas melahirkan..sakitnya ya Allah, xhengat-hengat..

sebelum tu, saya akan pump almost every 2hour and baby bottle feed sebab baby tak pandai nak latch..i encountered inverted nipple (will share in next entry)..so, mama marah sebab kekerapan mengepam tu membuatkan baby tak nak belajar latch..mama banyak bantu masa nak start df baby..

masa kena bengkak susu tu, saya xboleh bangun dan angkat tangan..bisa..berdenyut..demam..around 7am, kakak yang urut masa selepas bersalin tu, Kak Izan datang..purposely untuk urut both breast nak bagi surutkan bengkak.. 

sebelum tu, selepas sahur mama dah call kak izan tnya macamana..kak izan pesan jangan letak kobis, nanti susu kering..tekapkan daun sirih yang dh dilayur pada keliling breast..masa tu bengkak memang xhengat. keras dah macam batu..smpai ke tulang bahu kerasnya..

kak izan sampai je, masuk bilik..saya duduk dengan kaki melunjur lurus. kak izan minta izin nak urut..4 helai kain batik basah dengan susu..sejam lebih kak izan urut..leganya Allah je yang tau..lepas tu, mama xbagi pump dah, mama minta df baby..sb df baby sangatlah membantu menyurutkan bengkak susu..

Alhamdulillah lepas tu, saya dah boleh adjust dan kawal bila nk df baby..bila nk pump..how to store..saya buat tandem with Avent Manual..saya buat power pumping..dan selepas hari ke 20, Medela Freestyle saya sampai dan disambut dengan senyuman yang cukup membahagiakan..dan kini, Medela FS adalah teman baik mommy...

so, ni antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan jika ibu-ibu mengalami bengkak susu:

1. saya tak pakai bra sebab bila pakai memang mudah kena bengkak susu sebab susu tak dapat mengalir keluar. so, saya hanya pakai kemeja warna gelap dan sweater. lagipun dirumah xde adik/ipar lelaki..ayah ke kebun..

2. saya tekap daun sirih yang dilayur pada keliling breast. buat sehingga daun tu dah macam hilang nutrisinya hehehe..

3. sikat breast menghala ke nipple..sikat-sikat manja..fungsinya macam urut cuma kalau xpandai guna tangan, memang boleh menangis..

4. saya tuam dengan tuala panas tapi selalunya lambat berkesan (untuk kes saya)..so, saya akan mandi/g bilik aor, basahkan badan (bahu ke pinggang je)..

5. ni paling penting, df baby secepat mungki..hanya hisapan baby yang mampu menyurutkan bengkak susu kerana susu tu memang untuk baby ;) df sambil urut perlahan breast ke arah nipple..


ini, bahan rujukan daripada pama. harap boleh bantu ibu-ibu di luar sana..

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

sumber : pama