Monday, 11 June 2012

1 tahun + 6 bulan

10 Disember 2010 - 10 Jun 2012
genap setahun enam bulan usia perkahwinan kami..
Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..
kadangkala rasa macam BARU je kahwin...kadang-kadang pulak rasa eh macam dah LAMA pulak hehehe..
bab BARU dan LAMA ni bergantung pada situasi yea kawan-kawan..

tapi satu hal yang saya sangat pasti tentang fiil suami ni adalah BAB SURPRISE..
den memang sejak azali tak berapa berkenan bab-bab surprise ni..
hahahaha..xtau kenapa..
hujung bulan 5 aritu, adalah bagi (bukan hadiahkan) suami macam hadiah yang dah siap-siap pack kat Famos amos tu + beli sekeping kad kat Parkson Alamanda sambil-sambil diselitkand engan barangan baby..
konon-konon nak surprise..
esoknya baru bagi pada suami..konon-konon surprise tapi suami kata dia dah dapat agak..
cehhh...den memang fail bab-bab ni..mungkin kerna itu juga saya tak suka elemen suprise ni...

tapi masa last friday (8 Jun 2012) masa dalam perjalanan balik ke Btg Kali

suami ada tanya kalo diberi pilihan isteri suka beg Coach warna apa

isteri yang lurus bendul ni, terus jawab warna coklat (sb isteri berangan nk beli satu beg sama ada Coach atau Fossil warna coklat)

makanya suami yang sangat tulus hatinya itu terus bertanya lagi, kalo warna hitam xsuka ke

isteri pun jawab lagi..eh, kenapa tanya-tanya ni..tapi kalo suami belikan, isteri ok je..


************sekianlah perbualan pada mlm itu berkenaan beg Coach*********************


petang semalam, semasa suami keluar menjemput kerabatnya di Putrajaya Sentral, terkelihatan sebuah beg kertas besar atas kerusi..tapi isteri tak fikir apa-apa sebab sibuk nak mengemas rumah. lantas isteri menyapu nk menyiapkan minum petang tanpa mengendahkan beg kertas berkenaan..selesai urusan, isteri pun mandi dan bersiap-siap..

masa isteri mandi, suami dan kerabatnya telah sampai ke rumah..dalam 10minit macamtu, suami masuk bilik dan bawa beg kertas tu dengan muka sedikit kecewa dan bertanya, syg tak tengok pun..
hahahahha..sungguh, manalah isteri tau itu untuk isteri..
isteri pun tgk isi kandungannya...subhanallah, ada black Coach, Patchi & card..
touchinggggggggggggggggggggggg...
lebih touching bila suami wish happy 1years+6months anniversary syg...dan ni hadiah sempena ulangtahun ke-setahun enam bulan usia perrkahwinan kami..

lepas tu, bermulalah sesi soal jawab..bila beli, beli dekat mana, harga berapa bla bla bla..
bukan isteri xsuka tapi isteri xmau suami allocate duit hanya untuk perkara tahsiniyyat isteri..
tapi suami yang dah tau perangai isteri dah bersiap sedia dengan jawapan-jawapan..hahahaha...

yang pasti, terima kasih Allah kerna mengurniakan daku seorang imam yang sangat tulus ikhlas kasihnya padaku..bukan harta @ hadiah yang ku dambakan..hanya doa dan harapan semoga perkahwinan kami ini kekal bahagia dan subur dengan kasih sayang, keihklasan serta kesetiaan...sesungguhnya perkahwinan ini juga adalah untuk mencari redhaMu..restuilah kami..Ameen..

buat suamiku,
I do love you..
thanks for always being here n there for me..
tapi sayangla nak guna beg tu..hehehe..







No comments:

Post a Comment